Siapa saja yang tak suka makan kentang goreng. Dapat pula yang rangup memang best. Tapi bila buat sendiri selalu tak menjadi. Mesti lembik lepas goreng. Dah sejuk lagilah.
Rupanya nak dapatkan kentang goreng yang ‘crunchy’ ada rahsianya. Boleh guna resipi yang dikongsi oleh Suhaniza Isenen ini. Kentang goreng ini memang jadi kegemaran anak-anaknya.
Cara buat kentang goreng yang crunchy
Bahan-bahan:
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna Bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ini baru, tak lembik dan segar.
2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
Ads
3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama (agak-agak menggelegak terus angkat). Kalau hirisan tebal kita boleh rebus, jika tak boleh skip langkah ini.
4. Angkat dan sejukkan dalam air berserta ais dalam 5 minit.
Ads
5. Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6. Kemudian gaul dengan tepung Bestari dan serbuk roti sehingga melekat. Goreng secara ‘deep fried’.
Ads
7. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Alhamdulillah. Siap!
Boleh dinikmati dengan sos pilihan korang. Nak makan begitu saje pun boleh dah. Dah makan mesti sampai tak cukup. Percayalah!
Selalu bila goreng ikan cencaru sumbat minyaknya akan jadi hitam. Untuk goreng ikan seterusnya kita kena tukar minyak baru pula. Jadi banyak pulak penggunaan minyak.
Supaya tak guna minyak yang banyak, boleh guna tip yang dikongsi oleh Ariza Kak Chik ini.
Tip ini katanya diperoleh daripada laman TikTok @richardiscooking dan dipraktikkan.
Pernah jadi masalah macam ni bila goreng ikan cencaru sumbat? Kadang-kadang untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa tukar minyak baru kerana dah hitam.
Petua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru ialah dengan guna tepung jagung. Caranya;
1.Ambil 3-4 sudu besar tepung jagung yang ditambah dengan air.
2. Bancuh tepung tadi dan tuang air tepung jagung dalam minyak gorengan hitam yang sedang panas.
3. Biarkan seketika, nanti kita akan dapati kotoran yang ada dalam minyak akan melekat pada bancuhan tepung tadi dan minyak akan kembali jernih.
Minyak dah jernih ini bolehlah goreng ikan seterusnya. Jadi tak perlu tuang minyak baru.
Tip ini guna boleh digunakan untuk membersih dan jernihkan kembali minyak untuk gorengan lain juga.
Ramai tak tahu buncit jenis ini. Perut menonjol dari bahagian bawah bawah payu dara tapi tidak sampai hingga ke bawah perut. Penyebab masalah ini adalah tres.
Selain hamil, bila lihat perut menonjol semua akan melabelkannya sebagai buncit. Tapi ramai yang tak tahu bahawa perut buncit wanita ini ada kategorinya dengan penyebab yang mungkin berbeza. Malah ada juga yang sebenarnya menandakan penyakit. Itulah sebabnya perlu tahu kita kategori mana.
Lima jenis masalah perut buncit ini selalu dialami wanita, cuba perhatikan mana tahu kena dengan keadaan perut anda.
Individu ini miliki pinggang yang ramping, tapi bahagian perut bawah lebih besar selain ada lebihan lemak di pinggul. Mereka juga punya lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha. Ia akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.
Sebahagian wanita mengalami perut pir ini kerana faktor estrogen, sama ada akibat genetik atau ketidakseimbangan hormon. Estrogen bertanggungjawab untuk menciptakan potongan tubuh feminin pada wanita apabila balig selain turut mencipta punggung dan paha yang bulat, serta menyediakan lemak sewaktu hamil.
Jika sel-sel lemak di bahagian ini, yang sensitif untuk hormon wanita, dihasilkan secara berlebihan, berat badan akan terus berkumpul dan menyebabkan bentuk tubuh seperti buah pir. Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.
Tiga bulan atau lebih selepas bersalin perut anda kelihatan seperti masih hamil. Bahagian perut kendur, tiada bentuk dan ada yang menggeleber. Perut yang tidak rata selepas bersalin terjadi kerana sewaktu hamil dan melahirkan, otot-otot perut terbahagi menyebabkan rahim dan perut melebar mengikuti perkembangan bayi.
Setelah bersalin, kedua sisi otot seharus secara semula jadi bersatu. Jika ini tidak terjadi, perut akan kelihatan besar dan buncit. Sebahagian masalah ini akan diatasi sendiri selepas bersalin dan ada juga yang mengambil masa lima hingga tujuh bulan.
Penyakit tiroid bukan hanya menyebabkan bahagian perut wanita saja membesar tapi bahagian tubuh lain juga akan kelihatan membengkak termasuk lengan dan kaki. Dapatkan pemeriksaan bila melihat perut dan bahagian tubuh lain anda dalam keadaan begini.
Penyebabnya adalah kelenjar berbentuk kupu-kupu di leher yang menghasilkan satu hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Tanda-tanda tiroid yang harus diawasi adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisme lambat.
Bila stres dan tiada aktiviti fizikal dilakukan semua lebihan energi tidak akan pergi ke mana-mana. Jadi, ia hanya akan disimpan kembali sebagai lemak.
Atasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit tapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.
Bentuk perut jenis ini seperti menggelembung. Biasanya pada pagi hari perut kelihatan kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Walaupun perut membesar tapi berat badan mereka tak berubah.
Satu dari penyebab utamanya adalah angin. Ketika makanan dihancurkan sewaktu menuju usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas.
Namun, jika bakteri usus mengalami kesukaran menghancurkan makanan tertentu, ia akan melakukan fermentasi, menghasilkan lebih banyak gas yang akhirnya mendorong dinding perut menonjol ke arah luar.
Untuk mengatasi masalah ini, hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuk hidangan pedas dan pemanis buatan. Selain itu menelan terlalu banyak udara, seperti ketika mengunyah gula-gula getah atau minum melalui straw juga dapat menyebabkan kembung.
Ok, sekarang perhatikan perut masing-masing. Tengok anda jenis yang mana.
Kerisik antara bahan masakan yang kita digunakan untuk hari raya. Dalam dua minggu lagi kita pun akan menyambutnya, jadi elok kalau buat siap-siap.
Kerisik ini memang boleh saja dibeli tapi ada juga terkena kerisik berbau tengik, memang spoil rendang dibuatnya.
Supaya puas hati dan menyenangkan kerja memasak di hari raya nanti boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh supaya kerja menyediakan kerisik lebih mudah dan tahan lama.
1. Goreng kelapa parut bersama ketumbar. Kalau rajin boleh jemur dahulu kelapa parut.
2. Bila kelapa dah garing, sejukkan sekejap.
3. Kemudian masukkan kelapa goreng ke dalam mesin pengisar basah dan masukkan sekali minyak masak.
4. Kisar kelapa parut sehingga halus. Siap
5. Simpan dalam botol, Insya-Allah tahan lama kerana kerisik sudah berminyak elok.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...