Siapa saja yang tak suka makan kentang goreng. Dapat pula yang rangup memang best. Tapi bila buat sendiri selalu tak menjadi. Mesti lembik lepas goreng. Dah sejuk lagilah.

Rupanya nak dapatkan kentang goreng yang ‘crunchy’ ada rahsianya. Boleh guna resipi yang dikongsi oleh Suhaniza Isenen ini. Kentang goreng ini memang jadi kegemaran anak-anaknya.

Cara buat kentang goreng yang crunchy

Bahan-bahan:

Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna Bestari
Minyak untuk menggoreng

Tip Buat Kentang Goreng Yang ‘Crunchy’, Tak Lembik Bila Sejuk

Cara membuat:

1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ini baru, tak lembik dan segar.

2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.

Ads

3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama (agak-agak menggelegak terus angkat). Kalau hirisan tebal kita boleh rebus, jika tak boleh skip langkah ini.

Tip Buat Kentang Goreng Yang ‘Crunchy’, Tak Lembik Bila Sejuk

4. Angkat dan sejukkan dalam air berserta ais dalam 5 minit.

Tip Buat Kentang Goreng Yang ‘Crunchy’, Tak Lembik Bila Sejuk

Ads

5. Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.

6. Kemudian gaul dengan tepung Bestari dan serbuk roti sehingga melekat. Goreng secara ‘deep fried’.

Tip Buat Kentang Goreng Yang ‘Crunchy’, Tak Lembik Bila Sejuk

Ads

7. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Tip Buat Kentang Goreng Yang ‘Crunchy’, Tak Lembik Bila Sejuk

Alhamdulillah. Siap!

Tip Buat Kentang Goreng Yang ‘Crunchy’, Tak Lembik Bila SejukBoleh dinikmati dengan sos pilihan korang. Nak makan begitu saje pun boleh dah. Dah makan mesti sampai tak cukup. Percayalah!

Sumber:  Suhaniza Isenen

 

Selain itu:  5 Sebab Isteri Perlu Belajar Buat Jamu Kunyit Asem, Bukan Saja Mampu Bakar Lemak Tapi Mantapkan Dalaman Wanita Juga
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI