Siapa saja yang tak suka makan kentang goreng. Dapat pula yang rangup memang best. Tapi bila buat sendiri selalu tak menjadi. Mesti lembik lepas goreng. Dah sejuk lagilah.
Rupanya nak dapatkan kentang goreng yang ‘crunchy’ ada rahsianya. Boleh guna resipi yang dikongsi oleh Suhaniza Isenen
ini. Kentang goreng ini memang jadi kegemaran anak-anaknya.Bahan-bahan:
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna Bestari
Minyak untuk menggoreng
1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ini baru, tak lembik dan segar.
2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama (agak-agak menggelegak terus angkat). Kalau hirisan tebal kita boleh rebus, jika tak boleh skip langkah ini.
4. Angkat dan sejukkan dalam air berserta ais dalam 5 minit.
5. Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6. Kemudian gaul dengan tepung Bestari dan serbuk roti sehingga melekat. Goreng secara ‘deep fried’.
7. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Alhamdulillah. Siap!
Sumber: Suhaniza Isenen