Walaupun kuih ini asal daripada Kelantan tapi ramai saja dari negeri lain yang menggemarinya.
Cuma bila nak buat sendiri selalu ada masalah cek mek jadi keras, air gula terkeluar dan rupa parasnya tak menjadi elok.
Sebenarnya nak buat kuih ini ada tip dan tekniknya, barulah kuih cek mek molek ini jadi ‘jelita’. Dikongsi oleh Ju Mohamad, in rahsianya.
Tip rahsia kejelitaan cek mek
Tip buat adunan
– Sukatan adunan bergantung pada ‘keadaan’ ubi. Ada ubi ok. Kadang-kadang nasib tak baik, terkena ubi lembik walaupun jenis sama.
– Saya guna ubi keledek kulit berwarna oren (isi oren). Rebus ubi dengan sedikit garam sampai empuk, biarkan kering air (jangan letak air banyak sangat).
– Kemudian sejukkan ubi, saya sejukkan depan kipas.
Ads
– Seterusnya lenyek ubi, boleh guna tapak gelas atau lesung batu.
– Uli bila ubi dah sejuk. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sampai tepung tak lekat pada tangan. Jangan guna banyak tepung nanti kuih keras.
– Tepung ini digunakan untuk ubi keledek jadi doh saja, jadi guna sedikit saja.
Ads
– Ada tip letak baking powder, ada yang letak marjerin. Untuk adunan saya guna tepung gandum saja. Tak tambah apa-apa kecuali garam yang dimasukkan semasa rebus ubi. Jika tak cukup masin boleh tambah waktu ini.
– Sebaiknya uli adunan sebelah malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula. Esok baru goreng. Nanti tepung jadi cantik. Tak bau gandum.
Tip menggoreng
– Mula-mula masukkan cek mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar jadi KULIT. Selepas itu baru perlahankan api.
Ads
– Teknik ini kita digunakan untuk elakkan dari cek mek jadi buncit dan pecah keluarkan air gula semasa goreng disebabkan api perlahan.
– Lagi satu letak gula masa nak menggoreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali. Gula terpulang nak letak banyak mana. Saya letak gula banyak, masa nak makan saya buang sikit air gula sebab manis sangat.
Modal bawah RM10 boleh makan 40 biji dumpling. Kalau makan dekat restoran semangkuk RM8-RM9. Tapi kalau buat cukup satu famili dapat makan. Tapi modal utama kena rajin & sabar.
Bahan untuk inti dumpling:
Isi ayam 300g (fillet dicincang) Lobak merah (setengah batang sagat) Bawang besar (1 biji cincang halus) Bawang putih (4 ulas cincang halus) Daun sup & Daun bawang (potong halus) Serbuk lada sulah (2 sudu) Minyak bijan (3 sudu) Serbuk Maggi cukup rasa (2 sudu) Garam & gula (1 sudu kecil) Dumpling pastry (Instant)
Cara membuat:
Campur semua bahan kecuali dumpling pastry.
Gaul sebati & perap sekejap 10 minit.
Masuk inti dalam pastry kemudian kelim pastri ikut kreativiti. Boleh Google/ tengok Youtube cara lipat dumpling.
Susun dumpling atas pinggan letak dalam pengukus. Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat.
Kukus dumpling selama 10 minit.
Dah siap kukus boleh makan dengan sos kicap @ goreng dumpling.
Letak dumpling yang dah siap kukus tadi dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap. Kemudian tabur sikit daun bawang.
Akhir sekali buat sos pakai sos Thai, campur sikit dengan daun ketumbar yang dah cincang halus. Gaul sebati boleh makan dengan sup. Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasanya.
Total costing :-
Fillet ayam 500g – RM5.20
Dumpling pastry – RM1.80
Lonak merah 6 batang – RM1.00
Daun sup & daun bawang – RM1.00
Bahan yang lain da sedia ada kat rumah
Total = RM9.00
Kebelakangan ini ramai yang mula berminat tanam pokok keladi hiasan di rumah. Tambah pula bila mengetahui harganya boleh mencecah ribuan ringgit.
Harga keladi hiasan ini jadi begitu tinggi harganya jika bentuknya unik dan dan saiznya besar seperti spesis monstera ini.
Bagi yang baru berjinak-jinak dengan hobi menanam pokok keladi tip berikut boleh dijadikan panduan supaya pokok keladi hiasan yang ditanam hidup subur dan lebat daunnya.
Tip penjagaan pokok keladi hiasan
Pokok keladi sesuai di tanam atau diletakkan di tempat yang terlindung daripada sinaran matahari terus pada pokok. Pancaran matahari yang terik boleh menyebabkan daun keladi mudah lecur jika terdedah kepada cahaya matahari secara berterusan.
Disebabkan pokok keladi sangat sensitif kepada kepanasan dan cahaya matahari yang terus, ia memerlukan siraman yang kerap dan juga baja yang mencukupi. Pastikan tanah sentiasa lembap. Dalam masa yang sama pastikan air tidak bertakung dan tanah tidak kering.
Sebaiknya siram 2 kali sehari jika cuaca panas. Boleh gunakan baja kimia untuk pertumbuhan daun yang lebat. Pastikan tabur baja jauh sikit daripada batang dan daun untuk elakkan lecur pada bahagian tersebut.
Cara Tanam/Pembiakan
1. Pokok keladi mempunyai akar besar atau yang berisi dipanggil ubi. Pastikan ambil sekali dengan akar dan ubinya untuk tanam. Buat lubang tak perlu dalam sangat supaya sistem akar lebih mudah hidup terbentuk.
2. Pokok keladi hiasan akan nampak lebih cantik di tanam dalam pasu. Jika dibiarkan tanam atas tanah ia akan hidup bersepah dan tak tersusun. Susah untuk kita uruskan.
3. Pokok keladi memang cantik dengan daunnya yang lebar. Tapi awas, ada jenis pokok keladi yang beracun iaitu getah yang keluar dari bahagian batang, daun dan isinya. Jadi, bila potong kena berhati hati supaya tidak terkena getah.
Getah keladi kalau terkena pada kulit boleh menyebabkan gatal-gatal. Jika ada anak kecil pastikan letak pokok keladi di tempat yang sukar dicapai anak-anak atau letakkan jauh dari tempat laluan.
Masalah lipas dalam rumah memang merimaskan, walau dah bermacam cara digunakan untuk menghapuskan haiwan kecil ini ia tetap akan ada.
Tapi daripada membeli produk khas untuk hapus lipas, kita sebenarnya boleh gunakan bahan terbuang di rumah untuk menjadi perangkap lipas yang berkesan.
Bahan tersebut adalah minyak masak terpakai. Tip ini dikongsi oleh Melizah21 dalam akaun Instagram beliau. Melihat kepada hasil tip yang dipraktikkan memang menjadi. Berikut cara yang perlu dilakukan.
1. Letak minyak masak terpakai dalam bekas
2. Kemudian letak di tempat yang banyak lipas. Biarkan beberapa hari di situ.
3. Selepas beberapa hari boleh lihat akan bekas berisi minyak terpakai ini penuh dengan lipas yang mati.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...