Rahsia Buat Sup Tulang Sedap, Kuah Pekat. Kena Kisar 2 Bahan Ini & Tumis Sekali

Share

Kalau teringin makan sup tulang yang sedap, homemade apa kata ikut cara yang dikongsi oleh Fazniza Razali.

Bahan dan cara masak mungkin macam biasa tapi untuk jadikan sup tulang ini lebih sedap dan pekat rahsianya kena masukkan dua bahan yang dikisar iaitu kentang dan batang sederi.

Cara masak sup tulang yang sedap, kuah pekat

Teringin nak masak sup tulang lembu, boleh lah try resepi ni. Yang ditunjukkan ni masak secara manual. Kalau yang ada pressure cooker tu bolehlah guna.

Bahan A
3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
Halia dalam 2 ketul
1 sudu ketumbar.
Nota: Kisar semua bahan A sampai halus

Bahan B
3 batang saderi
1 batang lobak merah
Nota: Kisar bahan B sampai hancur

Bahan C
3 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup
2 kg tulang
5 biji kentang(dibelah 2)
3 batang sadari (dihiris)
3 biji bawang besar(dibelah 4)
Air

Cara membuat:

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan B dan bahan C, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.

Bahan warna kuning itu adalah lobak merah dan daun saderi yang dikisar

2. Masukkan air, kemudian tulang. Didihkan hingga isi-isi pada tulang empuk.

3. Jika tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi empuk. Proses ini makan masa 1 1/2 jam juga.

4. Dah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.

5. Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.

Selamat mencuba.

Sumber: Fazniza Razali.

Published by
VK