Hidangan pulut memang kesukaan ramai. Pulut cicah kelapa dan ikan masin, pulut durian dan macam macam lagi lah. Boleh buat makan waktu pagi atau hidangan petang.
Tapi ramai juga yang belum mahir hasilkan pulut apatah lagi yang sedap. Nak masak pulut ini sebenarnya mudah saja dan jika nak pulut sedap ada tip yang boleh kita praktikkan.
Caranya dikongsi oleh Khadijah Jaafar. Menurut beliau untuk dapatkan rasa pulut yang sedap kena tanak guna air kelapa.
Rahsia tanak pulut sedap, guna air kelapa
Tanak pulut guna air kelapa muda, rahsia pulut sedap. Cara masak pun mudah guna rice cooker. Paling penting, tetap lembut & sedap. Pulut pun tak jadi berkerak. Sungguh enak dinikmati bersama ikan masin & kelapa parut. Jom cuba!
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut susu
2 cawan air kelapa muda
Cara masak
- Sukat 2 cawan beras pulut.
2. Basuh beras pulut hingga bersih.
3. Masukkan air kelapa. Kemudian, masaklah pulut seperti biasa dalam rice cooker. Jika mahu rasa sedikit masin, masukkan garam.
4. Bila pulut dah masak. Biarkan seketika ‘keep warm’ & siap. Sedap dimakan dengan kelapa parut & ikan masin.
Selamat mencuba!
Sumber: Khadijah Jaafar
Artikel berkait: Buat sendiri Jeruk Ikan Masin Tenggiri. Nak lagi sedap peram dalam bekas ini
4 Tanda Anai-Anai Telah Menjajah Rumah, Lakukan Langkah Ini Segera Untuk Hapuskannya
Jika kediaman yang kita duduki mempunyai kayu walau pun tak banyak maka ia berisiko untuk terkena serangan anai-anai. Malah jangan ingat rumah yang simen kesemuanya tidak berdepan masalah ini.
Jika kediaman diserang haiwan kecil ini memang banyak barang akan jadi makanannya sehingga boleh habis kesemuanya. Sebab itu petanda kehadiran anai-anai ini perlu kita kenal pasti.
4 petanda anai-anai sudah menjajah rumah
4 keadaan di bawah adalah petanda anai-anai sudah ada dalam rumah dan tidak mustahil sudah menjajah rumah.
Warna kayu berubah
Lihat warna pada kerangka pintu dan tingkap atau lantai kayu, jika sudah berubah warna dari coklat gelap kepada coklat cari ini bermakna terdapat anai-anak di situ.
2.Laluan anai-anai
Tanda ini paing mudah, kita akan dapat lihat laluan anai-anai seperti satu laluan panjang bersaiz pensil muncul keluar dari perabot kayu atau kerangka pintu dan tingkap.
3. Kalkatu berterbangan
Kehadiran kalkatu selalunya menandakan kawasan berkenaan ada anai-anai bersarang.Perhatikan di kawasan mana yang kalkatu selalu keluar dan makan, anda akan dapat mencari anai-anai di situ.
Ada rekahan atau lubang pada kayu dalam rumah
Cuba ketuk perlahan pada bahagian kayu di sekitar rumah bagi mengesan lubang. Perhati dengan teliti sebarang rekahan pada kerangka berkayu. Di sinilah anai-anak berkumpul.
Selain itu perhatikan juga jika ada bunyi ketukan berbeza pada tempat tertentu.Kalau anda terjumpa selut berpasir di rekahan tu, ia menandakan kehadiran anai-anai.
Langkah segera hapuskan anai-anai
1. Gunakan asid borik
Kenal pasti laluan anai-anai dan juga perabot kayu yang menjadi mangsa kerakusan mereka, taburkan serbuk asid borik pada permukaannya. Jika anda jumpa lubang anai-anai lebih bagus.
Asid borik adalah bahan utama kebanyakkan racun kimia anai-anai. Asid ini akan melumpuhkan sistem saraf anai-anai dan terus mematikannya. Asid borik sangat efektif untuk menghapuskan anai-anai.
2. Kapur sirih
Siramkan air kapur sirih secara kerap ke atas laluan anai-anai dan juga permukaan kayu. Mengapa air kapur sirih berkesan? Jawapannya kerana kapur bersifat panas. Syukur anai-anai hanya mempunyai sesungut yang keras tetapi kulit anai-anai sangat nipis.mKepanasan kapur mampu membakar anai-anai.
3. Garam dapur
Taburkan garam di laluan anai-anai. Lebih bagus jika garam dilarukatn dan air larutan dijirus di kawasan yang diserang anai-anai. Biarkan semalaman.
4. Air basuhan beras
Cara ini agak mudah memandangkan hampir setiap hari kita lakukan perkara ini. Air basuhan beras mampu membunuh anai-anai. Simpan air basuhan pertama dan siramkan ke atas laluan anai-anai. Biarkan semalaman dan lihat kesannya. Mudah bukan?
5. Tembakau
Dapatkan tembakau dikedai runcit. Kemudian rendamkan di dalam air untuk menjadi larutan. Jirus atau siramkan larutan termbakau itu pada kayu yang diserang atau sarang anai-anai (jika jumpa). Biarkan semalaman, Larutan tembakau boleh membunuh anai-anai.
INFO: Rumah simen pun tak terkecuali
Meskipun anai-anai tidak boleh merosakkan simen dan konkrit, anai-anai masih boleh membuat sarang kawasan seperti ruang pendawaian elektrik dan corong paip. Bayangkan apa akan berlaku kalau anai-anai mampu menggigit dan menghadam simen dan konkrit? Nasib baik tak boleh.
Rekahan di dalam dinding adalah kawasan sempurna untuk anai-anai membiak. Apa sahaja yang menghalang laluan untuk mendapatkan sumber makanan mereka (kayu) contohnya plastik, akan dimakan anai-anai.
Sumber: Harian Metro & Rapidko
Urutan Otot Masseter Selama 10 Saat Ini Mampu Redakan Sakit Kepala Akibat Stres
Ramai selalu mengalami sakit kepala tapi kita sendiri pun tahu pengambilan ubat yang kerap dah tentu tak elok untuk kesihatan.
Jadi untuk korang yang macam ni disarankan amalkan urutan otot masseter ini. Ia cuma ambil masa lebih kurang 10 saat saja untuk dilakukan dan dikatakan mampu mencegah sakit kepala daripada berulang.
Urutan ini disarankan oleh pakar terapi David Reavy yang menurut beliau sakit kepala selalu berpunca kesan otot masseter yang tegang.
Apa itu otot masseter
Ia merupakan otot tebal yang menghubungkan tulang pipi dan juga rahang yang cukup penting untuk mengunyah. Ada antara kita yang stres akan mengetap rahang yang mana akan menyebabkan otot ini tegang.
Bagaimana ia menyebabkan sakit kepala?
Perbuatan mengetap atau mengetatkan rahang ini akan membatasi otot lain di kepala dan juga leher seterusnya menyebabkan sakit kepala.
Cara melakukan urutan otot masseter
1. Letakkan hujung jadi pada bahagian otot masseter
2. Buka mulut atau rahang dan tutup.
3. Ulangi sehingga anda berasa otot bahagian tersebut tidak lagi tegang. Itu saja.
Selamat mencuba!
Tip Elak Jangkitan, Suami Ummi Nazeera Larang Anak Dibawa Keluar Berjalan
Banyak kita dengar kes bayi yang mendapat jangkitan penyakit disebabkan terdedah dengan pelbagai kuman terutama apabila berada di luar rumah. Atas dasar itulah suami Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani, tidak membenarkan anak mereka Ayra Aneesah dibawa keluar rumah sesuka hati.
Melalui instagram, Ummi Nazeera menyatakan bahawa suaminya hanya membenarkan Ayra keluar rumah untuk pergi ke rumah lain sahaja. Ayra masih tidak pernah pergi ke mana-mana pusat beli-belah. Hanya apabila usia 6 bulan sahaja barulah suaminya benarkan Ayra pergi ke pusat beli-belah.
Tunggu umur 6 bulan ya sayang
Daddy tak benarkan ayra keluar jalan jalan lagi… Travel from one place to another pun to another house je.. Shopping malls semua belum pergi lagi. Tunggu 6 bulan nanti lah syg ya in shaa Allah.. Naik stroller @cybexmalaysia #cybexfashioncollectionkoi ni pun area area rumah je. ? Sian dia.. Takpelah.. She has met so many people at home and so many people dah angkat sembang2 dgan ayra kan.. i consider that teaching u/exposing u to social skills as well iAllah. mummy love u so much baby.
Netizen menyokong tindakan suami Ummi Nazeera yang tidak membenarkan bayi mereka terdedah secara langsung dengan tempat awam seperti pusat beli-belah.
Banyak penyakit di luar
Setahun baru jalan-jalan
Yang penting kesihatan terjaga
Baby sensitif
Mencegah lebih baik
Bagus sangat
Sumber: Ummi Nazeera