Menjaga kulit wajah nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting. Kulit wajah yang terjaga rapi selalunya boleh memberikan kesan lebih muda. Wow sangat ni kan? Nah, VK kongsikan tip nak nampak muda 10 tahun berbanding usia sebenar hanya dengan menjaga kulit wajah cara orang Korea.
Membersihkan kulit muka adalah rutin paling penting. Selain menggunakan sabun pembersih, orang Korea suka bersihkan kulit menggunakan minyak. Gunakan kapas atau span. Manfaat bersihkan kulit dengan minyak adalah bukan hanya menanggalkan solekan tapi turut menanggalkan sebum dan kulit mati.
Selepas bersihkan kulit muka dengan minyak, barulah bersihkan dengan air bersih.
Sel kulit mati pada wajah akan menyebabkan adanya tompok hitam. Hal ini meninggalkan cela pada wajah. Salah satu rutin penting penjagaan kulit wajah orang Korea adalah membersihkan sel kulit mati ini. Namun anda perlu ingat jangan lakukan rutin pengelupasn setiap hari kerana boleh membuatkan kulit terlalu tegang. Cukuplah seminggu sekali supaya kulit lebih mudah bernafas.
Selalu kita skip rutin menyapu toner pada kulit. Kita anggap ianya tidak penting. Selepas melakukan pembersihan dan juga pengelupasan, kulit selalunya agak lemah dan perlukan lebih lembapan. Toner yang disapukan pada wajah lepas rutin membersih dan mengelupas akan mudah diserap. Jadi rajin-rajinlah berikan toner pada kulit wajah selepas rutin membersih.
Oleskan essence (pati) dengan cara menepuk kulit muka. Wanita Korea juga menggunakan serum untuk memberikan manfaat berganda pada kulit. Lebih-lebih lagi serum yang menggunakan bahan semula jadi.
Orang Korea juga mementingkan emulsi untuk meningkatkan manfaat daripada penggunaan essence dan serum. Emulsi daripada akar ginseng dimanfaatkan sepenuhnya kerana dipercayai boleh menampakkan kulit lebih muda. Sama seperti manfaat kolagen.
Masker dipakai pada kulit memberikan kesan kulit lebih anjal dan mengecilkan liang pori. Gunakan masker ikut apa impian yang anda hendak capai. Misalnya kalau mahukan kulit nampak glowing, gunakan masker vitamin C. Trend di Korea, mereka gunakan masker susu keldai untuk mendapatkan kesan kulit lebih cerah.
Krim ini disapukan pada kulit nipis di sekitar mata. Syaratnya jangan tekan kuat sangat sebab kulit ini nipis. Sapukan perlahan-lahan. Menyapu krim mata boleh membantu hilangkan lingkaran hitam. Barulah nampak segar dan lebih muda.
Krim muka di pasaran ada macam-macam manfaat. Orang Korea mengguanakan krim muka daripada kuning telur untuk kesan anjal, krim muka dengan lendir siput untuk mengurangkan kedutan. Jadi anda boleh pilih mana-mana krim muka untuk manfaat yang anda suka.
Cahaya matahari boleh merangsang penuaan kulit. Penggunaan krim pelindung matahari boleh bantu kulit tidak terjejas dengan sinaran ini. Gunakan krim pelindung sebelum keluar rumah.