Kalau tengok hasil sawi yang ditanam oleh saudara Azuan Abdullah ini memang subur dan besar-besar saiznya. Daunnya juga elok, tak banyak berlubang dimakan serangga.
Ramai yang bertanya dan beliau sudi berkongsi cara yang dipraktikkan untuk dapat hasil sawi sebegini. Menariknya cara yang dipraktikkan bebas dari penggunaan racun kimia.
Rahsia tanam sawi jadi cantik tak dimakan serangga
Ada sahabat tanya, apa rahsia sawi jadi cantik dan tak dimakan serangga?
Sebenarnya tiada rahsia pun. Lebih kurang sama je macam sahabat lain yang buat.
Mungkin praktis tu ada berbeza sikit.
1. Dua tiga hari sebelum tanam, taburkan baja kompos di dalam petak tanaman. Nisbahnya 100-300 gram untuk keluasan satu kaki persegi (cara buat kompos sendiri boleh lihat disini https://osini.co/33resepibajaorganik). Gemburkan supaya baja kompos bergaul sebati dengan tanah.
2. Siram guna teknik banjir. Tarik hos paip dan buka air hingga petak tanaman dipenuhi air. Seolah-olah macam banjir.
Ads
3. Esoknya, spray dengan apa-apa mikrob yang ada. Jika tak ada, memadai siram dengan air peramam beras.
5. Tanam anak benih yang telah disemai. Usia 2 minggu selepas semai. Eloknya tanam waktu petang.
6. Tabur baja kompos diantara pokok. Lebih kurang 1 genggam orang dewasa untuk 1 point.
Ads
7. Esoknya baru siram teknik banjir. Siraman ini akan diulang bila tanah dah nampak kering. Pengalaman saya, paling kerap 2 kali seminggu dan paling lama 2 minggu sekali.
8. Tiga hari lepas tanam terus spray dengan foliar dan kawalan organik. Biasanya saya guna kombinasi 3 beradik ni.
-Mol Ikan : 5 ml / 1 liter air
-Mol batang pisang : 3 ml / liter air
-Pati bawang putih & cili api : 3-5 biji cili api + 1 ulas bawang putih / 1 liter air.
Ads
Ketiga-tiga bahan ini boleh dicampur sekali. Spray seminggu sekali. Eloknya spray waktu pagi.Selang masa antara 1 minggu untuk semburan seterusnya, boleh la spray pati bawang putih + cili api sahaja. Elok spray waktu petang. Jika tak sempat, malam pun boleh. Macam AA buat semalam.
Sahabat, berkebun ni tak ada la susah mana pun bila kena cara. Yang penting kita tahu apa nak buat dan mesti ada displin. InsyaAllah hasilnya akan cun melecun nanti.
Kalau suka makan ulam-ulaman boleh jadikan kacang renek atau kacang duduk ini sebagai tanaman di rumah. Rasanya macam kacang panjang biasa tapi lebih manis.
Kelebihan tanam kacang jenis ini berbanding kacang panjang biasa, kacang renek ini mudah hidup dan tak perlu banyak tanah.
Boleh ditanam dalam pasu saja malah yang duduk di apartment kalau nak tanam pun boleh. Ia juga tak perlukan junjung atau pancang. Hasil pun cepat 2 bulan dah boleh tuai.
Cara tanam kacang renek/dwarf/kacang duduk
1. Benih kacang renek atau kacang duduk secara online di Shopee.
2. Cambahkan biji benih kemudian alih dalam pasu. Boleh letak dalam 3 anak benih dalam satu pasu.
3. Siram setiap hari dan pokok ini perlukan cahaya matahari terus.
4. Dalam tempoh 2 bulan boleh tuai hasilnya. Bila kacang dah matang, jangan biar lama terus tuai.
5. Tip supaya pokok kacang berbuah banyak kali, selepas habis berbuah, buang semua daun yang kering dan letak baja supaya naik pucuk baru dan berbuah lagi.
6. Sebaiknya letak di tempat pasu di tempat yang sedikit tinggi bila berbuah supaya kacang tak terkena tanah.
Selalunya bila tuai pokok serai, bahagian daunnya akan kita potong dan buang. Rugi rupanya bila dibuang.
Daun serai ini ada kegunaan tersendiri terutama untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Menurut Hasmie Harun daun serai yang dipotong ini boleh dikeringkan dan dibuat air rebusan untuk mandian herba yang menyegarkan tubuh. Caranya turut dikongsi oleh beliau.
Daun serai jangan buang, masih berguna!
Alhamdulillah. Tuaian hanya separuh rumpun sahaja. Saya nak share tentang kegunaan daun serai.
Daun serai jangan dibuang. Kalau ada sauna atau yang rajin mandi daun herba mahupun bertangas boleh guna kembali daun serai yang dipotong ini. Caranya;
Waktu tuai serai ambil sekali daunnya. Kemudian potong separuh, bahagian bawah untuk kegunaan memasak manakala daunnya jangan dibuang.
2. Simpul daun serai seperti gambar kemudian keringkan di bawah matahari (daun serai kena keringkan untuk hilangkan ‘miang’ daun).
3. Bila sudah kering simpan dalam peti ais. Bila nak guna untuk mandi herba, ambil seikat dan rebus (boleh juga rebus sekali dengan daun pandan untuk lebih wangi)
4. Bila letak dalam peti ais, bau pun harum saja. Daun serai yang disimpan begini boleh tahan berbulan-bulan lamanya.
Info ekstra
Daun serai yang dipotong ini juga boleh dibuat sungkupan. Potong-potong dan letak atas batas tanaman untuk lembapkan tanah dan bila hancur boleh jadi baja.
Duit yang dikumpul hasil moritorium serta KWSP mungkin agak banyak. Keadaan ini membuat ramai juga yang bercita-cita untuk menukar atau membeli kereta baru.
Tapi dalam keadaan pandemik Covid 19 yang belum berakhir, keadaan ekonomi, kewangan yang tak menentu rasanya kita kena berhati-hati jika mahu membuat keputusan membeli kenderaan. Memandangkan ia akan memberi kesan besar pada kewangan kita.
Jika berhajat juga ingin memberi kereta waktu ini, boleh! Namun pastikan anda ikut tip yang dikongsi oleh perunding kewangan dan hartanah Azizul Azli Ahmad.
Kena ikut peraturan ini
1. Pastikan bayaran kereta tak lebih dari 15 peratus daripada gaji kita
Kalau gaji RM3,000 maknanya bayaran bulan jangan lebih dari RM450.
2. Harga kereta yang dibeli adalah setahun pendapatan kita.
Contoh kalau gaji RM3000x12=Rm36000
3. Gunakan formula 20:7:15 jika nak beli kereta. Maknanya;
Deposit 20%
Tempoh pembiayaan, jangan lebih 7 tahun
Ansuran bulan jangan lebih 15% dari gaji
Kalau tiga tip di atas dapat diikuti maka bolehlah laksanakan hajat beli kereta baru
Boleh cari kereta yang anda mampu antaranya kereta second hand. Boleh survey di sini wwww.tanyaje.com.my.
Menariknya laman web ini kita boleh senaraikan kriteria kereta terpakai yang kita mahu contoh jenis kereta, tahun bila, negeri dan dealer mana, kemudian list kereta akan diberi.
Kita juga boleh lihat dulu keadaan kereta melalui teknologi Spin Car. Boleh lihat kereta yang hendak dibeli dalam pelbagai sudut 360 darjah.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...