
Walau hamil tapi keadaan masih membolehkan atlet ini untuk bertanding dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Sukan berkuda pulak tu. Hebat tak!
Penyertaannya itu berbaloi bila Quzandria Nur, atlet bagi acara ekuestrian ini telah meraih pingat emas semalam malah mengetepikan pencabar iaitu abangnya sendiri, Qabil Ambak.
Paling best pada usia kehamilan 5 bulan dia bukan menyumbang satu tapi dua pingat emas buat Malaysia dalam kategori dressage individu dan acara dressage berpasukan.
“Saya telah berbincang dengan doktor mengenai keadaan saya tetapi kehamilan tidak menggugat saya. Kejayaan ini dianggap sebagai rezeki.
“Permainan kali ini merupakan satu cabaran buat saya tetapi menjadi satu pencapaian yang sangat bermakna,” katanya yang beraksi bersama kudanya, Rosenstolz.
Tempat kedua pula dimenangi oleh abangnya, Qabil Ambak, yang menunggang Walkuere.
Sumber : Astro Gempak
Ketepikan Penat, Muslimah Lakukan 8 Amalan Ini Di Malam-Malam Akhir Ramadan

Sesungguhnya segala ibadah yang dilakukan adalah untuk menggapai kebaikan dan keberkatan yang disediakan Allah s.w.t dalam bulan mulia itu.
Pada malam terakhir ini juga, Allah s.w.t menjanjikan malam istimewa iaitu ‘Lailatul Qadar’; malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Disebabkan itulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya untuk memaksimumkan amal ibadah dalam malam-malam terakhir itu dengan sebaik-baiknya. Saidatina Aisyah r.a pernah berkata;
“Adalah Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir, suatu hal yang beliau tidak bersungguh-sungguh (seperti itu) di luar (malam) tersebut.”
Dengan itu, sebaiknya kita sebagai Muslimah mencontohi Rasulullah s.a.w dalam kesungguhan Baginda beribadah, terutamanya ketika menjelang 10 malam terakhir Ramadan al-Mubarak. Jangan jadikan penat sebagai alasan dan penghalang kita meraih ganjaran istimewa yang ditawarkan Allah SWT.
Antara amalan yang sangat dianjurkan dan diamalkan oleh Baginda adalah;
#1 – Berqiamullail
Berqiyamulail adalah dengan mendirikan solat malam dan mengisi malam hari dengan pelabagai ibadah kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda;
“Barangsiapa yang berdiri (untuk mengerjakan solat) pada Lailatul Qadar kerana keimanan dan mengharapkan pahala, akan diampuni untuknya segala dosanya yang telah lalu.”
#2 – Membaca Al Quran
Bulan Ramadan juga adalah bulan al Quran, selain terdapat keutamaan dalam membacanya, bulan Ramadan juga adalah bulan yang turunnya al Quran.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah;
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran.” Surah al Baqarah:185
Setiap umat Islam mestilah membacanya, menghayatinya, mempelajarinya dan menjadikan al Quran sebagai panduan hidup.
#3 – Beriktikaf
Itikaf bermaksud berdiam di masjid dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.
Perbuatan iktikaf adalah sunnah Baginda s.a.w pada bulan Ramadan atau di bulan-bulan lain, namun iktikaf adalah lebih khusus dilakukan pada bulan Ramadan.
Disebabkan itu, Rasulullah s.a.w banyak beritikaf pada sepuluh malam terakhir seperti yang diterangkan melalui hadis dari Saidatina Aisyah r.a;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w beritikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian isteri beliau beritikaf setelah itu.”
#4 – Banyak Berdoa
Doa adalah ibadah yang juga merupakan sifat para nabi dan rasul serta ciri-ciri orang yang soleh.
Doa pada bulan Ramadan akan mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t, jadi berdoalah sebanyak-banyak pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Firman Allah;
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
Surah al-Baqarah:186
#5 – Banyak Beristighfar Dan Bertaubat
Dalam melalui sepuluh malam terakhir, lakukanlah solat sunat taubat, termasuklah banyak beristighfar kepada Allah s.w.t. Taubat dan istighfar adalah amalan yang sangat dituntut pada oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman;
“Dan bertaubatlah kalian seluruhnya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kalian beruntung.” Surah an-Nur:31
#6 – Mengerjakan Umrah
Umrah di bulan Ramadan merupakan amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Ibadah ini juga merupakan amalan para solehin yang mengandungi banyak kelebihan dan keistimewaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Umrah pada bulan Ramadhan menggantikan haji bersamaku.”
#7 – Tidak Tidur Di Sepuluh Malam Terakhir
Baginda Rasulullah s.a.w banyak menghidupkan malam-malam sepuluh terakhir dengan pelbagai ibadah. Diriwayatkan dari Aisyah berkata;
“Pada sepuluh terakhir bulan Ramadan Rasulullah s.a.w lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya.” Hadis Riwayat Imam muslim
#8 – Membantu Keluarga Untuk Beramal Soleh
Dalam hadis Abu Dzar bahawa; Baginda s.a.w melaksanakan solat malam bersama kaum muslimin pada malam 23 dan 25.
Disebutkan juga Baginda s.a.w mengajak kaum keluarga dan isteri-isterinya pada malam 27 secara khusus. Baginda sangat bersungguh membangunkan mereka di malam-malam ganjil yang diharapkan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar.
Pada malam-malam sepuluh hari terakhir Ramadan adalah waktu yang sangat tepat untuk beramal. Rasulullah s.a.w telah menunjukkan contoh yang baik untuk melakukan ibadah pada malam-malam yang dangat diberkati ini.
Sebagai umat Islam, rebutlah keberkatan dan janji Allah s.w.t yang tentang istimewanya malam Lailatul Qadar.
Bukan itu sahaja, banyakkanlah ibadah dengan niat untuk dinilai akan segala kebaikan itu di akhirat kelak.
Wanita Ini Kongsi Pelbagai Cara Dilakukan Untuk Dapat Cahaya Mata Terutama Untuk Jenis Haid Tak Teratur

Isi Kandungan
Toggle
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan cahaya mata. Macam pelik pulak kalau ada yang tak nak.
Tapi rezeki setiap pasangan itu berbeza, ada yang sebulan lepas kahwin terus disahkan hamil, ada juga yang bertahun tahun mendirikan rumah tangga masih belum dikurniakan rezeki macam yang lalui oleh Norhasni Salim.
3 tahun berkahwin tanpa cahaya mata, dia bagaimana pun tak putus asa. Macam-macam cara dibuat hinggalah akhirnya berjaya menimang zuriat sendiri.
Tahu ramai wanita lain senasib dengannya, Norhasni berkongsi pengalaman dan usaha yang dilakukan demi mendapatkan cahaya mata terutama buat wanita yang berdepan masalah haid tidak teratur seperti dirinya.
Apa orang suggest semua beli
Langkah pertama pergi klinik
6 bulan selepas itu nampak kantung tapi…
Nak anak memang kena usaha
Keadaan ovari
Ni beza ovari normal dengan orang yang ada PCOS. Kenapa entah aku rasa nak garu garu tengok gambar ni
Inilah Clomid
Ini clomid. Certain orang panggil ubat subur. Tak jual di farmasi ye. Hanya boleh ambil atas nasihat doktor sahaja. Mula mula doktor akan bagi dos rendah (50mg) lepas tu kalau tiada tindak balas dos tinggi sikit (100mg) last (150mg). Makan masa haid hari kedua atau ketiga sampai habis haid dan makan pada masa yg sama setiap hari.
Clomid and Clomiphene Citrate ialah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin kerana ia adalah yang paling kerap digunakan. Dianggarkan 30% dari kes infertiliti yang melibatkan masalah dengan ovulasi, menggunakan clomid sebagai rawatan kesuburan.
Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi.
Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes dimana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination).
Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.
Herba pun ada
Ni kawan aku yang suggest. Aku makan sekali dengan clomid dengan harapan ovum yang bagus dihasilkan. Huhu.Himalaya Shatavari adalah ekstrak herba tulen. Shatavari dianggap sebagai herba yang paling berguna untuk wanita kerana ia membantu dalam mengimbangi sistem hormon wanita.
The Rejuvenative utama herba untuk wanita, Shatavari menyuburkan dan membersihkan darah dan organ-organ pembiakan wanita itu menyokong kesuburan semula jadi badan. Ia menyuburkan rahim dan ovum dan menyokong organ wanita untuk mengandung.
Ia juga menggalakkan laktasi semula jadi badan. Shatavari mengandungi phyto-estrogen, yang prekursor estrogen dan amat berguna untuk wanita yang mengalami tahap estrogen rendah semula jadi akibat menopaus, hysterectomies atau oophorectomies.
Ambil zinc juga dengan harapan boleh hasilkan ovum
Ni zinc. Aku ambil jugak dengan harapan boleh hasilkan ovum. Haha. Boleh baca kt link ni.
http://www.celiknutrisi.my/2013/05/27/bagaimana-zink-membantu-meningkatkan-kesuburan/.
Cara nak tahu waktu subur
CARA MENGGUNAKAN OPK
Celupkan strip dlm urine selama 5 saat. Kemudian tunggu dlm 3 – 8 min atau sehingga jalur merah kelihatan pada ‘test line’ dan ‘control line’.
Bila waktu sesuai utk ujian kesuburan
1) Pertama sekali, anda perlu tentukan kitaran haid ( cycle period ). Kitaran haid dikira dari hari pertama haid bulan lepas sehingga haid yg akan datang..
2) Sila rujuk carta di bawah bagi menentukan bilakah hari yang sesuai untuk gunakan OPK.
Tempoh kitaran haid/ Mula gunakan strip pada
21 hari/Hari ke 6
22 hari/Hari ke 6
23 hari/Hari ke 7
24 hari/Hari ke 7
25 hari/Hari ke 8
26 hari/Hari ke 9
27 hari/Hari ke 10
28 hari/Hari ke 11
29 hari/Hari ke 12
30 hari/Hari ke 13
3) Contohnya jika cycle period anda 28 hari, bagi yang merancang untuk hamil, anda boleh start test pada hari ke 11 (start kira dari hari pertama period), jika result positif (double line sama terang) bermakna anda dlm keadaan subur dan anda bolehlah bersama dengan pasangan ( waktu subur boleh bertahan 24 – 48 jam sehari.
Minum susu jugak ya
Susu ni susu pertama lembu ye. Memang recommended sangat untuk yang nak kurus, sihat, gastrik terutamanya. Hehe.
Eh masa raya hari tu laki ku sorang je tak sakit perut sebab dia minum susu ni. Haha
Ini merupakan perkongsian dari Norhasni, tak semestinya serasi dengan wanita lain. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba ya.
Sumber: Norhasni Salim
Noorkhiriah Menyesal Cukur Kening, Anggap Itu Zaman Jahiliah Buat Dirinya

Isi Kandungan
Toggle
Bagi Muslimah perbuatan mencukur kening adalah dilarang dan hukumnya berdosa. Namun ramai wanita yang berbuat demikian atas alasan mahu tampil cantik. Kening yang nipis dan dilukiskan dengan celak, dianggap boleh menaikkan kecantikan wajah.
Pelakon berbakat, Noorkhiriah Ahmad Shapie, juga mengakui dia pernah melakukannya satu ketika dulu sehingga keningnya tidak lagi mahu tumbuh.
Malah dia menyesal berbuat sedemikian dan menganggap itu adalah kisah zaman jahiliahnya.
Pendedahan itu dibuat di laman sosial instagram bagi menjawab soalan yang ditanyakan melalui aplikasi soal jawab yang tersedia dalam aplikasi Instagram.
Zaman akak jahiliah dulu akak cukur kening
Ya dik. Dulu akak cukur kening akak. Tapi sekarang tak. Macam ni kau tengok kening akak. Dia memang tak nak tumbuh. Zaman akak jahiliah dulu memang akak cukur. Now days no more. No more cukur-cukur. Menyesal uols.
Di samping itu, Noorkhiriah turut menjawab soalan selanjutnya.
Kenapa comel sangat?
Jwpan skadar hiburan,jgnlah stress sgt☺️ #Alhamdulillah
A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on
Tak comel dik. Tak comel. Sungguh. Dalam telefon je. Adjust-adjust, edit-edit-edit, filter-filter. Kat luar berkerak dik. Ya.
Kapsyen Noorkhiriah, jawapan sekadar hiburan. Janganlah stress sangat.
Ternyata pelakon ini memang suka melayan pengikut instagramnya kerana mereka memberikan komen positif bagi video yang dimuat naik oleh pelakon ini.
Terbaik kak
Part menyesal tu paling win
Hidayah milik Allah
Sumber: https://www.instagram.com/khiriah17/