Rakam Video Suami Suap Isteri, Perunding Motivasi Ini Akui Inilah Momen Paling Indah Hidup Berumahtangga

Share

 

 

 

Apabila ternampak pasangan suami isteri makan bersuap di restoran, ada kala orang akan mencebik kerana menganggap pasangan tersebut cuba menunjuk-nunjuk romantik pada orang ramai. Pun begitu, bagi Perunding Motivasi, Sharimi Shaharudin, inilah momen paling indah kehidupan berumahtangga.

Walaupun situasi itu nampak biasa, namun sebenarnya banyak perkara positif boleh dipelajari.

“Tanggapan yang mengatakan suami isteri bersuap-suap konon menunjuk-nunjuk romantik adalah persepsi negatif yang kita nak singkirkan. Kenapa perlu bersangka buruk pada pasangan yang dah halal? Kita nak semua orang positif,” kata Sharimi.

Belajar di mana-mana sahaja

Kita boleh belajar di mana-mana. Allah kalau nak tunjuk suatu pengajaran, ia akan beri walau dengan 1 pandangan.

Baru kejap nie aku pergi makan kedai Pak Long, Ukay Perdana. Tempat biasa aku lepak, makanan sedap harga berpatutan. Macam biasa lepak sorang.

Suami suap isteri makan

Sedang aku lepak, aku terpandang belakang, tengok sepasang suami isteri bersama 2 anaknya. Si isteri sedang pegang anak keciknya. Yang sweetnya si suami suapkan isterinya makan. Allahu, bagi aku moment yang best sangat. Aku pun trase nak rakam, buat pengajaran dlm diri, time aku rakam, elok pulak anak dia nak suap juga maknya.
Begitulah kehidupan,

Ada 3 perkara boleh diambil pengajaran

1. Jadi suami yang memahami, saling bantu membantu, ambik berat dan tahu main peranan dan bukan penting diri. Sentiasa untuk bahagiakan isteri dan anak-anak.

Suami perlu jadi individu yang memahami isterinya, bantu isteri ketika isteri memerlukan, ambil berat tentang isteri dan tidak pentingkan diri sendiri. Suami juga perlu sentiasa cuba membahagiakan isteri.

2. Contoh yang baik dari ayah, anak-anak akan ikut sekejap tu juga. Begitulah juga sebaliknya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Seorang lelaki yang bergelar ayah akan menjadi role model kepada anaknya. Jadi ayah kena tunjuk contoh yang baik kepada anak tidak kira dalam situasi yang macam mana pun. Kalau nak anak hargai ibu dan wanita, maka ayah kena tunjuk contoh sedemikian.

3. Keluarga bahagia nie 1 nikmat yang tidak terbanding dengan semua nilai harta di dunia. Kita yang memilih untuk bahagia atau tidak.

Hidup dalam situasi bahagia amatlah penting dalam hal rumahtangga. Kalau bahagia rumahtangga, maka bahagialah hidup anda. Kalau rumahtangga kucar-kacir, begitu jugalah kehidupan anda.

Aku nak doakan kepada semua kawan aku yang dah kawen, ada anak kecil, agar terus tersemai rasa kasih sayang dan membentuk keluarga bahagia.

Terima kasih pasangan suami isteri nie, kerana memberi makna dlm kehidupan hari ini pada aku dan semua.

3 Tip Mudah Jadi Suami Berkualiti

Sharimi turut berkongsi 3 tip untuk seseorang lelaki itu jadi suami dan ayah berkualiti pada keluarganya.

1. Sebut benda yang baik sebab apa yang kita sebut, anak mudah ingat dan hafal.

2. Kawal emosi. Jangan bawa hal remeh temeh dalam rumah tangga, hal kerja di rumah. Kalau tak pandai kawal emosi, anak-anak akan jadi mangsa. Pengurusan masa yang seimbang. Ada masa yang kualiti untuk famili.
3. Terap nilai agama, adab dan akhlak sejak anak kecil bermula daripada ayah dan ibu itu sendiri. Guna kaedah toleransi dan psikologi yang tepat untuk didik anak dengan sempurna. Kita kena sentiasa ingat bahawa anak ialah amanah.

VK pun rasa sweet je momen suami isteri makan bersuap-suap ni.

 

Sumber: Sharimi Shaharudin

Published by
Maryam Elyas