Seakan sudah tertanam dalam fikiran kita yang bekerja ini bila dah berhenti dan bersara nanti kita kena buat rumah yang besar untuk tinggal dengan selesa menghabiskan hari-hari tua.
Malah ini jugalah realiti yang berlaku hari ini. Ramai ibu bapa kita yang sudah tua menghabiskan wang KWSP atau simpanan mereka untuk membina rumah yang besar untuk diduduki. Seperti satu kejayaan bila dapat melakukannya.
Namun bagi perancang kewangan Azizul Azli Ahmad, dia menyarankan sesuatu yang berbeza dan VK rasa memang ada logiknya.
Azizul menyarankan kita lupakan saja hasrat tersebut dengan menyenaraikan alasan-alasan berikut.
Lupakan impian bina rumah besar bila tua
#TabungRumah
Ramai ada impian untuk bina banglo agam bila bersara dari kerja nanti.
Ada yang dah beli tanah di kampung, nak upah bina rumah banglo Yusop Aslam ini.
Alasan 1
Bersara nanti tinggal hanya kita berdua saja, itu pun jika panjang usia kita.
Alasan 2
Anak anak hanya balik setahun tak lebih 10 kali, kenapa perlu ada 10 bilik untuk semua anak ini?.
Alasan 3
Tingkat atas siapa nak cuci, kita mungkin sakit lutut nanti. Naik mengemas seminggu sekali.
Rancang persaraan dengan kediaman besar bukan ‘trendy’ lagi.
Alasan 4
Bersara itu adalah masa untuk kita nikmati, bukan kemas rumah yang besar macam istana.
Alasan 5
Tinggal di apartment, rumah kecil atau kondo bukan satu dosa. Ia sesuai dengan keperluan sebahagian dari kita bila bersara.
Jika kita sanggup cuci lantai, kemas tirai sepanjang masa. Silakan saja. Biar kecil tapi bermakna.
Alasan 6
Pertimbangkan semula impian kita bina rumah besar sedangkan hidup hanya berdua. Jika saya ingin jalan jalan dan melihat dunia. Akhirnya kita diruang yang kecil dan sempit juga?
#LupakanRumahAgamBilaBersara.
#RumahSederhana
Ha macam mana betul tak cakap Cik Azli ni. Lepas baca ni VK dah tukar cita-cita.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
‘Saat Takliq Dibaca Itu Bukan Perjanjian Saya Dengan Awak, Tapi Dengan Allah!’ Reaksi Saharul Ridzwan Bila Isteri Luah Tentang Pengorbanannya
Selalu membawa watak jahat dan kasar dalam lakonannya tapi realitinya pelakon Saharul Ridzwan ini punya personaliti yang berbeza.
Bukan saja merupakan suami dan bapa yang penyayang, lebih dari itu punya rasa tanggungjawab yang cukup besar untuk keluarganya.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh isterinya Deena Emir dalam instagram miliknya. Bila membaca perkongsian Deena terasa bertuah betul dirinya punya suami sebegitu yang sanggup bekerja keras demi keselesaan hidup anak isteri.
Sanggup abaikan tidur malah sakit dan demam untuk bekerja Malah Shahrul juga melakukan tiga empat kerja dalam satu masa demi memastikan impian isterinya tercapai.
Semua itu persiapan untuk isteri dan anak
This man. I never thought that one fine day there’s a man who will works very hard, not for himself but just to make sure my life better & happier. Sampai demam demam, buat 3-4 kerja dalam 1 masa, tidur tak menentu 2-3 jam je a day, berkorban wang ringgit (kadang kadang duit poket sendiri pun tak ada) untuk make sure impian isteri dia tercapai.
Bila saya suruh rehat, dia jawab “tak boleh nanti banyak kerja tertangguh… tanggungjawab saya banyak…” dan selalu cakap – “saya buat semua ini untuk persiapan bila saya dah tak ada di dunia ni satu hari nanti… sementara saya kuat lagi.. sekurang kurangnya saya tahu ada something yang boleh bantu awak & Ali. Allah…
Suamiku, @saharulridzwan terima kasih for making me feel like the luckiest woman in the world every single day. I married the best husband in the world, and I thank Allah s.w.t that He made it happen. Alhamdulillah.
I know I’m far from perfect, but thank you for staying with me and remaining strong amidst the challenges. You are the best thing that’s ever happened to me (plus my adorable son) and I look forward to spending many more happy years with you & our kids. Semoga Allah s.w.t beri ganjaran syurga tertinggi untuk awak sayang. I LOVE YOU ❤.
A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
Ini reaksi Saharul Ridzwan
Luahan hati Deena Amir ini mendapat reaksi di ruangan komen. Ramai yang mendoakan kebahagiaan dan jodoh mereka berdua kekal hingga ke jannah.
Namun paling menyentuh hati adalah bila membaca reaksi daripada Shahrul Ridzuan sendiri. Pelakon ini membalas posting isterinya dengan catatan yang membuatkan netizen sebak.
Terima kasih isteriku
Saat takliq dibacakan selepas kita sah diijabkabulkan, itu bukan perjanjian antara sy dengan awak sahaja, tetapi perjanjian sy dengan Allah. InShaaAllah, akan sy tunaikan dengan baik dengan Izin Allah. .
Love you sayang
Ringkas balasan Saharul Ridzwan tapi cukup bermakna. Dia melakukan semua itu kerana akur itu adalah amanah yang dipertanggungjawabkan buat dirinya. Moga semua suami punya pemahaman yang begini.
Sumber: saharulridzwan & deenaemir
Kisah Transformasi Amber Rachdi, Dulu Obes 300Kg Kini Jadi Gadis Cantik Menawan
Ramai yang kagum dengan transformasi Amber Rachdi gadis berusia 24 tahun ini. Dari berat 300kg dia berjaya mengurangkannya hingga separuh, dengan berat terkini 119kg.
Kalau nak tahu usaha Amber untuk menurunkan berat badannya bukanlah sekejap dan mudah. Dia mengambil masa selama tiga tahun untuk melakukannya.
Kisahnya mendapat simpati dan menjadi tumpuan ramai selepas terlibat dalam satu program TV, My600lb Life pada tahun 2014 bila dia menjadi salah seorang peserta program realiti menurunkan badan.
Amber mengalami masalah ketagih makan serius yang membuatkan dia tidak mampu mengawal pemakanannya.
Walaupun berasa takut dengan jumlah makanan yang diambil namun dia gagal mengawal diri dari berhenti makan walaupun sudah kenyang.
Mengalami masalah obesiti sejak usia lima tahun, berat badannya ketika itu sudah mencecah 72kg dan ia bertambah dan terus bertambah.
Tidak diketahui puncanya, tapi kebanyakan lemaknya lebih jelas di bahagian kaki menyebabkan dia sukar berjalan. Dia juga hanya boleh berdiri selama beberapa minit.
Namun sejak kisahnya disiarkan dalam program realiti itu pada 2015, kehidupannya berubah 100 peratus.
Ia juga mengubah diri Amber dari wanita yang kecewa kepada gadis penuh keyakinan diri dan cantik!
Sebagai permulaan program itu dia melakukan gastric by pass surgery atau pembedahan pintasan gastrik dan diberi panduan pemakanan yang khusus.
Kesan pembedahan dan juga pemakanan itu saja cukup besar buat gadis ini. Namun perubahan yang besar buat Amber bila di dia dipindahkan ke Houstan, Texas agar berada dekat dengan pakar yang memantau perkembangannya Dr Younan Nowzaradan.
Pembedahan yang dilakukan, pemantauan pakar, dan terapi yang dijalani Amber membuatkan dia berubah sepenuhnya menjadi gadis yang baru, cantik dan sihat.
Dia berjaya menurunkan 181 kg dari berat badan asal 300kg dengan berat terkini 119kg. Hebatkan!
/vanillakismis
Teknik Elak Rumput & Lalang Tumbuh Guna Kotak & Kertas. Cara Dikongsi Lelaki Ini Memang Jimat Masa, Tenaga & Duit
Rumput dan lalang yang tumbuh antara masalah bagi yang suka berkebun atau ada kawasan lapang di rumah.
Supaya tak sakit mata memandang kita kena habiskan masa dan wang untuk potong atau meracun rumput dan lalang ini. Jika kita selalu buat rutin ini apa kata ikut pula kaedah yang dikongsi oleh Akmal Al Yahya.
Rupanya ada teknik mudah untuk kawal rumput dan lalang ini dari tumbuh, caranya cuma guna kotak dan kertas rincih yang boleh kita peroleh secara percuma. Langkahnya boleh ikut perkongsian Encik Akmal ini.
Kawal rumput & lalang guna kotak dan kertas rincih
Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal.
Penggunaan kotak dan kertas yang telah dirincih, inspirasi dari Amalan Permaculture yang dilakukan ini kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal.
Dua bahan ini, kami dapatkan secara percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa.
1. Letak kotak sebagai lapisan pertama
Sebelum itu gemburkan tanah sedikit dan ratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah.
Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah.
2. Tabur kertas yang dirincih untuk lapisan kedua
Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar.
Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
3. Proses ini dipanggil sebagai Mulching / Sungkup
Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih. Tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula dialihkan ke dalam plot tayar terpakai.
4. Kemudian tabur daun kering
Setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos.
Lapisan sungkup ini akan membantu kami di tanah untuk memegang kelembapan agar tidak hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini.
5. Kelebihan sungkupan untuk tanaman
Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar.
Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan.
6. Kertas rincih juga boleh buat kompos
Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing.
Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan kertas rincih ini. Setiap minggu timbunan kompos ini akan dibolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
Untuk lebih jelas boleh juga tonton video ini.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh klik di SINI.