Ramai Impi Duduk Rumah Besar Lepas Bersara Tapi Perancang Kewangan Ini Senaraikan 6 Sebab Kita Kena Lupakannya

Share

 

 

Seakan sudah tertanam dalam fikiran kita yang bekerja ini bila dah berhenti dan bersara nanti kita kena buat rumah yang besar untuk tinggal dengan selesa menghabiskan hari-hari tua.

Malah ini jugalah realiti yang berlaku hari ini. Ramai ibu bapa kita yang sudah tua menghabiskan wang KWSP atau simpanan mereka untuk membina rumah yang besar untuk diduduki. Seperti satu kejayaan bila dapat melakukannya.

Namun bagi perancang kewangan Azizul Azli Ahmad, dia menyarankan sesuatu yang berbeza dan VK rasa memang ada logiknya.

Azizul menyarankan kita lupakan saja hasrat tersebut dengan menyenaraikan alasan-alasan berikut.

Lupakan impian bina rumah besar bila tua

#TabungRumah

Ramai ada impian untuk bina banglo agam bila bersara dari kerja nanti.

Ada yang dah beli tanah di kampung, nak upah bina rumah banglo Yusop Aslam ini.

Alasan 1
Bersara nanti tinggal hanya kita berdua saja, itu pun jika panjang usia kita.

Alasan 2
Anak anak hanya balik setahun tak lebih 10 kali, kenapa perlu ada 10 bilik untuk semua anak ini?.

Alasan 3
Tingkat atas siapa nak cuci, kita mungkin sakit lutut nanti. Naik mengemas seminggu sekali.

Rancang persaraan dengan kediaman besar bukan ‘trendy’ lagi.

Alasan 4
Bersara itu adalah masa untuk kita nikmati, bukan kemas rumah yang besar macam istana.

Alasan 5
Tinggal di apartment, rumah kecil atau kondo bukan satu dosa. Ia sesuai dengan keperluan sebahagian dari kita bila bersara.

Jika kita sanggup cuci lantai, kemas tirai sepanjang masa. Silakan saja. Biar kecil tapi bermakna.

Alasan 6
Pertimbangkan semula impian kita bina rumah besar sedangkan hidup hanya berdua. Jika saya ingin jalan jalan dan melihat dunia. Akhirnya kita diruang yang kecil dan sempit juga?

#LupakanRumahAgamBilaBersara.
#RumahSederhana

Ha macam mana betul tak cakap Cik Azli ni. Lepas baca ni VK dah tukar cita-cita.

 

Sumber:  Azizul Azli Ahmad

 

 

 

 

 

 

Published by
VK