Ramai Kata Bihun Sup Tumis Darat Rasanya Lagi Sedap. Guna Daging Korban Lagi Mantap. Ini Cara Membuatnya

Share

Dah namanya raya kenalah ada hidangan di rumah. Kalau tak nak makan nasi boleh hidang bihun sup ini. Nak lagi sedap buat bihun sup tumis darat.

Tumis darat ini maksudnya bawang ditumis berasingan kemudian barulah dimasukkan dalam sup yang telah masak. Guna daging korban untuk buat sup lagi mantap.

Cara membuat bihun sup tumis darat ini dikongsi oleh Teratak Eja.

Cara buat bihun sup tumis darat

Bahan untuk sup
1 kg daging dipotong besar
2 inci halia
1 inci Lengkuas
3 biji bawang merah -dimayang
10 biji bawang putih -dimayang
Rempah bunjut sup tulang
Air secukupnya

Bahan untuk tumis darat
3 biji bawang merah mayang
1 labu bawang putih mayang
4 sekawan
Minyak masak secukupnya

Cara membuat:

1. Terlebih dahulu masak sup, masukkan bahan untuk sup dalam periuk dan biar mendidih sampai daging empuk. Guna api perlahan.

2. Reneh sup sampai daging cukup masak, kemudian boleh letak garam, aji, asam keping dan cukup rasa.

3. Pada masa yang sama bolehlah buat tumis darat. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih berserta rempah 4 sekawan (boleh guna rempah yang dah ada dalam rempah sup tulang, ambil dan tumis sekali dengan bawang).

4. Goreng sehingga warna perang, kemudian boleh angkat dan masukkan dalam periuk berisi daging tadi.

5. Untuk bihun, panaskan air dan letak sedikit kunyit. Celur bihun hingga lembut dan tos. Sementara itu daging dalam sup yang dipotong besar bolehlah dihiris.

6. Sediakan juga sambal kicap, cara membuatnya goreng cili padi, bawang merah dan bawang putih lalu masukkan dalam blender, kisar sekali dengan kicap, cuka, garam dan gula.

7. Hidangkan bersama dengan bawang goreng, daun bawang dan tauge (jika suka).

Selamat mencuba.

Sumber: Teratak Eja.

Published by
VK