Makan

Cara Buat Mee Goreng Kicap Makcik Kantin. Katanya Ramai Rindu Nak Makan

Share

Mesti ramai yang rindu nak makan mee goreng kicap kantin sekolah. Mee goreng kicap saja, tiada rencah atau sayur pun tapi sedap sungguh pada tekak kita. Jual pun murah saja RM1.

Kalau teringin nak merasa kembali mee goreng makcik kantin ini bolehlah cuba buat sendiri ya. Mee ini memang nampak gelap tapi rasanya sedap.

Bahan-bahan

2 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih (cincang)
Cili kisar
Kisar pedas (jenama Ikhwan)
Kicap lemak manis (jenama Jalen)
Kicap pekat (jenama Jalen)
Minyak bijan

Cara membuat:

1. Celur mee kemudian tos. Masukkan dalam bekas dan tuang semua jenis kicap. Gaul mee dengan kicap ini sampai rata.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan pes cili kisar hingga naik bau.

3 Masukkan mee kicap tadi, besarkan api dan kacau sebati.

4. Jika nak basah, masukkan sedikit air. Bila mee dah lembut tutup api dan renjis minyak bijan.Siap!

5. Mee ini memang tak letak garam dan gula hanya menggunakan kicap sebagai perasa. Sukatan kicap boleh sesuaikan kita citarasa.

Sumber: Neny Lai Han

Published by
VK