Banyak biskut dan kek yang menggunakan coklat cair melalui kaedah double boiler dan ramai yang mempraktikkannya ketika musim raya ini.
Tapi ramai juga yang kurang mahir dan tak tahu kaedah betul double boiler ini. Perkongsian daripada Yatie Faizal menjelaskan tentang cara terbaik mencairkan coklat kaedah double boiler. Barulah coklat cair berkilat.
Cara cairkan coklat kaedah double boiler
Cara ini terbaik untuk jaga kualiti coklat, terlebih suhu rasa coklat akan berkurangan.
Bahan diperlukan:
Pan / periuk
Stainless steel bowl
Spatula
Coklat compound
Air
Kain lap
Piping bag
Cara membuat:
Ads
1. Masukkan air ke dalam periuk separuh penuh, panaskan di atas api.
2. Cincang coklat compound supaya mudah hancur dan masukkan ke dalam stainless steel bowl
3. Setelah air mendidih, TUTUP API dan letakkan stainless steel bowl yang mengandungi coklat di atas periuk tadi. Untuk coklat putih dan milk coklat biarkan seketika baru letakkan bowl di atas periuk kerana suhu lebur coklat lebih rendah dari dark coklat.
4. Kacau dengan spatula hingga semua coklat cair.
Ads
5. Setelah semua coklat cair, angkat bowl dari periuk dan tuang coklat ke dalam piping bag. Sebelum itu, lap dulu bawah bowl supaya air tidak menitik ke dalam piping bag ketika menuang coklat.
6. Kaedah ini hanya sesuai dengan coklat compound, coklat courveture perlu menggunakan kaedah tempering.
Ads
DO
Pastikan semua peralatan (stainless steel bowl & spatula) bersih dan kering.
Gunakan stainless steel bowl yang bersaiz lebih besar dari saiz periuk supaya bowl tidak terendam dalam air. Bowl mesti menutupi keseluruhan periuk untuk mengelak titisan wap air masuk ke dalam bowl.
Cairkan coklat di atas wap air, bukan didalam air panas, dasar bowl tidak boleh terendam dalam air panas, tutup api ketika cairkan coklat.
Jika hendak mewarnakan coklat, gunakan pewarna berasas minyak (oil based)
DON’T
Tidak tutup api ketika cairkan coklat.
Rendam bowl di dalam air panas atau bowl di atas tidak menutupi keseluruhan periuk di bawah.
Coklat terkena atau tercemar dengan titisan air atau wap air.
Menggunakan pewarna water based.
Tutup stainless steel ketika coklat masih panas, ia akan menghasilkan wap air yang mungkin menitis ke dalam coklat dan merosakkan coklat.
INFO
-Coklat yang dicairkan mengguna kaedah yang betul akan cair sepenuhnya, licin dan berkilat.
-Coklat yang rosak, berketul-ketul dan agak pekat.
-Coklat yang rosak tidak sesuai lagi digunakan untuk membuat coklat kerana sukar untuk mengeras dan susah dikeluarkan dari mold, tetapi jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan untuk membuat coklat ganache, kek, biskut dan sebagainya.
Bagi yang nak cuba kaedah penanaman sayur organik di rumah, perkongsian daripada Mat Diy ini boleh dijadikan panduan. Sayur yang ditanam tidak menggunakan sebarang racun atau bahan kimia.
Dalam usaha mendapatkan hasil sayur yang elok, ujarnya perkara pertama yang dilakukan adalah menyediakan tanah yang subur, gembur dan terbaik untuk pokok.
Caranya adalah dengan memberi zat kepada tanah menggunakan sisa makanan atau sisa organik yang ada di rumah.
Ini perkongsian beliau yang boleh kita ikuti.
Guna sisa organik dari dapur sendiri
Saya sangat suka dengan konsep penanaman secara organik. Maksudnya tanpa perlu racun atau baja sintetik/kimia yang terhasil dari makmal kimia. Jadi saya suka cari maklumat dan baca hal-hal yang berkaitan dengan kaedah tersebut.
Tanaman di sekeliling rumah saya memang tiada menggunakan baja kimia sintetik. Semua sisa organik dari dapur seperti sisa sayuran, perut ikan malahan rumput yang jiran potong pun saya ambil dan tanam dalam batas sayur, dalam pasu atau di pangkal pokok.
Kita beri makan kepada cacing dan bakteria dalam tanah, barulah mereka akan rajin bekerja menyuburkan tanah untuk tanaman kita.
Caranya
Buatkan ‘parit’ di tengah batas, kemudian masukkan semua sisa organik dan tanam. Untuk sisa masakan dan yang berminyak, seeloknya ditapis dan dibilas dengan air dulu.
2. Berikan masa 1-2 minggu untuk bakteria dan cacing bekerja menguraikan sisa makanan (cacing ini juga boleh dibeli jika dapati tanah tiada cacing).
Tanah yang banyak cacing tanda subur.
3. Kemudian barulah pindahkan anak pokok yang sudah ada 3-4 daun di atas batas.
4. Ini adalah hasil sayur menggunakan cara penanaman organik. Sebelum itu bayam, kailan, kangkung, kubis dan bayam Brazil juga ditanam kaedah yang sama.
INFO
Dalam pada yang sama boleh juga letakkan sisa makanan yang diletakkan terus pada celah- celah pokok yang membesar dengan cara mengorek lubang.
Jangan risau tentang semut, semut pun salah satu agen penguraian sisa. Dalam masa sama ia bantu sebarkan bakteria dalam tanah.
Selepas setiap pusingan tuaian gemburkan semula batas kemudian tanam banyak sisa organik.
Sisa organik yang ditanam ini bukan saja baik untuk tanaman tapi dalam masa yang sama bantu kurangkan sampah yang dibuang.
TIP
Untuk tanaman di pasu, beli tanah campuran yang ada jual di nursery. Sewaktu masukkan dalam pasu, campurkan dengan sedikit pasir dan rumput kering.
Bagi yang mahu menanam dengan batas di tanah laman etc, cuma gemburkan sahaja tanah sedia ada dan naikkan batas. Kemudian buat proses tanam sisa organik seperti di atas.
Tanam sayur sekitar rumah, baru nak naik dah nampak kehadiran siput. Yang datang pula dua jenis siput kecil dan siput besar atau siput babi.
Tapi yang pasti keduanya memang boleh merosakkan tanaman, daun pokok sayur boleh berlubang dan akhirnya pokok mati akibat haiwan ini.
Jika berdepan masalah siput yang merosakkan tanaman tip yang dikongsi oleh netizen di Facebook Berkebun D Rumah boleh dipraktikkan.
1. Tepung jagung untuk hapuskan siput babi
Bagi membunuh siput babi boleh gunakan bancuhan tepung jagung. Caranya campur 2 sudu tepung jagung dengan setengah segelas air.
Tuangkan ke atas plastik atau bekas yang mudah dimasuki siput babi. Letak sedikit kubis atau salad sebagai umpan tambahan. Tepung jagung akan membunuh siput babi disebabkan sifat tepung ini yang akan mengembang bila masuk ke dalam badan siput.
2. Guna garam
Boleh juga tabur garam kasar sekeliling pokok untuk elak siput mendekati tanaman dan mati bila terkena garam.
3. Racun siput
Jika mahu lebih berkesan boleh gunakan racun siput, boleh dibeli di nurseri atau secara online. Klik SINI untuk beli di Shopee
4. Kutip siput pada waktu malam
Cara ini mungkin menggunakan tenaga tapi puas hati. Boleh juga kutip terus siput ini pada waktu aktifnya iaitu pada waktu malam dan buang di tempat lain atau hapuskan.
Dulu mungkin tak tapi sekarang mayones antara bahan yang perlu ada di rumah. Sebab hidangan roti atau sandwictak lengkap tanpa ada mayones ini.
Anak-anak pun suka, jadi stok mayones ini memang kena sentiasa ada. Tapi pada zaman harga barang sudah semakin mahal, jika ada yang boleh dihasilkan sendiri maka eloklah dibuat.
Ini termasuklah mayones. Ramai yang tak tahu kan mayones ini boleh kita buat sendiri saja. Caranyanya mudah saja kalau mengikut perkongsian Miya Aira ini.
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak atau minyak zaitun
1 sudu kecil lada putih (tumbuk halus)
Cuka atau boleh ganti air perahan lemon
2 ulas bawang putih (jika suka, tidak diletakkan pun tak mengapa)
Mustard (jika suka, tidak diletakkan pun tak mengapa)
Cara membuat:
1. Masukkan telur, lada putih dan dua atau tiga sudu besar cuka dan masukkan sedikit garam. Kisar seketika.
2. Masuk sedikit minyak (lebih kurang 2 sudu besar). Kisar seketika.
3. Berhenti kemudian masukkan lagi minyak. Ulang proses yang sama sampai minyak habis.
4. Kisar hingga mayones pekat atau berkrim. Siap.
Info
Jangan masukkan minyak dalam kuantiti yang banyak, masukkan sedikit demi sedikit.
Simpan mayones dalam peti ais. Ia boleh bertahan satu hingga dua minggu.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...