Kelebihan Tanam Pokok Bunga Keliling Pokok Cili, Salah Satu Hasil Cili Makin Lebat

Share

Kalau suka tanam pokok cili dan takut kena serangan perosak cuba kaedah ini. Tanam pokok cili bersama dengan pokok bunga.

Ramai yang tak tahu salah satu cara untuk mengurangkan serangan perosak pada pokok cili adalah menanam pokok bunga keliling pokok cili. Selain serangan perosak kurang, laman pun jadi berseri. Kaedah ini dikongsi oleh usahawan tani Kakak Kebun.

Menurut beliau selain kurangkan serangan perosak ada banyak lagi kebaikan jika tanam pokok bunga di keliling pokok cili ini.

Kebaikan tanam bunga di keliling pokok cili

1. Kurang serangan serangga perosak seperti trips, aphids, hamama, ulat dan lain lain lagi.

2. Bila kurang serangga perosak, penyakit juga akan kurang.

3. Agen pendebungaan seperti lebah, kelulut, kumbang akan membiak dengan banyak dan membantu pendebungaan pokok cili. Itu sebab buah jadi banyak.

4. Musuh semula jadi seperti ladybug, labah labah, pepatung dan lain lain lagi akan membantu menjadi tentera untuk menjaga tanaman kita dengan cara memakan telur serangga perosak.

5. Jangan guna racun kimia supaya tidak membunuh sahabat ladang ini.

6. Gunakan baja organik, semburan organik untuk mengawal serangga perosak dan mencegah penyakit selain meningkatkan lagi ketahanan pokok.

Antara pokok bunga yang boleh ditanam sekitar pokok cili adalah rose Jepun, marigold/ bunga tahi ayam, bunga pukul 10/ turnera atau zinnia.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Kakak Kebun.

 

Published by
VK