Ramai Tak Tahu Kita Boleh Tuntut RM8,000 & Dapat Elaun Rawatan Dari Kerajaan Jika Ada Penyakit Ini!

Share

 

Bermula sejak 1 Januari 2019 lalu pihak kerajaan telah memperkenalkan program mySalam iaitu skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberi perlindungan takaful kepada individu di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui Tabung Amanah mySalam.

Dalam program ini Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 yang layak berumur di antara 18 hingga 55 dan pasangan mereka akan dimasukkan ke dalam mySalam. Mereka akan berhak mendapat pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali secara apabila didiagnos salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal

Selain itu mereka itu akan mendapat pendapatan gantian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan.

Meskipun begitu ramai yang belum tahu mengenai perkara ini. Oleh amatlah rugi jika mereka yang dalam kategori ini tidak mengambil faedah ini jika layak.

Berikut adalah senarai penyakit yang boleh dibuat tuntutan

Cara membuat tuntutan

Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’

Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Bagaimana pun skim ini hanya tertakluk kepada mereka yang mendapat rawatan di hospital kerajaan saja. Untuk maklumat mengenai hospital terlibat dan juga keterangan 36 penyakit yang tersenarai bolehlah layari laman web mysalam.com.my

Sumber: mySalam

 

Published by
VK