
Kalau masak hidangan mi, taugeh antara sayur antara yang selalu kita sertakan. Ada yang rasa letak lagi banyak lagi sedap.
Tapi masalah bila beli taugeh ini adalah beli RM1 pun jumlahnya banyak. Gunanya sedikit saja. Selebihnya kita simpan dan sayur ini pula tak tahan lama. Sudahnya terbuang!
Sebenarnya kalau nak pastikan ia tahan lama ada cara untuk menyimpannya. Mudah tapi ramai tak tahu. Petua ini dikongsi oleh Norhaniza Kamaruddin
Lebih dua hari dah hitam
Selalu kalau beli taugeh simpan dalam peti ais lebih 2 hari mesti dah jadi hitam hitam kan.
Saya share petua yang saya amalkan. Hanya letak sekeping asam keping dalam taugeh yang direndam air. Biar dalam peti ais. Ia akan kekal rangup.
Mula tak percaya tapi bila dah cuba sendiri barulah saya berani share.
Sumber: Norhaniza Kamaruddin
Tip Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun, Guna Baja Bancuh Sendiri Saja

Antara pokok limau yang biasa kita tanam di rumah dalam pasu adalah limau kasturi. Banyak kegunaan di dapur jadi memang berbaloi tanam, harganya pun mahal.
Jika memang dah sedia tanam di rumah tapi buahnya kurang atau tak berbuah mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Muspirah Samat.
Hanya guna baja yang dibancuh sendiri menggunakan minuman probiotik dan telur hasilnya pokok berbuah limau kasturi lebat hingga tunduk dahan. Lagi menarik pokok juga berbuah sepanjang tahun katanya.
Tip pokok limau kasturi berbuah lebat sepanjang tahun
Tanam limau kasturi, berbuah sepanjang tahun. Lebat hingga menunduk batang. Dah macam padi pun ada. Makin berisi makin menunduk.
Banyak sudah yang dipetik buat makan, basuh ikan, gugur sebab terlebih masuk pun ada. Sekarang pokok ini keluar bunga baru pula. Alhamdulilllah syukur.
Ramai yang tanya tip yang dipraktikkan, caranya saya amalkan baja bancuhan sendiri menggunakan Yakult dan telur.
Cara bancuh:
1. Ambil sebotol Yakult dan bancuh dengan 2 biji telur. Peram bancuhan ini selama seminggu.
2. Cara penggunaan Air: baja Yakult nisbah, 5: 1 lebih kurang. Sembur awal pagi atau lewat petang.
Artikel berkait: Siram Dengan Air Bancuhan Telur & Yakult, Tip Tanaman Berbuah Lebat
Cara saya jaga pokok ikut masa yang ada, baja sebulan sekali. Selain baja Yakult, siram juga air beras, air basuhan ikan boleh juga guna semburan cuka kayu.
Selamat mencuba
Sumber: Muspirah Samat.
Cara Buat Hidangan Nasi Minyak Mudah & Cepat. Guna Beras Biasa Saja

Memandangkan esok dah raya kenalah ada persediaan buat hidangan raya kat rumah sendiri. Kalau boleh yang ringkas tapi sedap.
Paling senang yang boleh masuk senarai adalah hidangan nasi minyak perkongsian Mizah Ngatiman
Guna beras biasa saja dan lengkap dengan ayam masak merah, acar dan kuah dhal. Step by step nak buat pun disediakan. Selamat mencuba.
Cara masak nasi minyak
Bahan tumis nasi:
6 cawan beras
Rempah 3 beradik
Daun pandan – simpul
3sb Marjerin
1 cawan susu cair
1sb sanquick
Cara masak
1. Panaskan marjerin
2. Tumis rempah 3 beradik dan daun pandan
3. Masukkan dalam periuk yang beras dah siap cuci
4. Masukkan susu cair
5. Masukkan sanquick. Gaul rata. Air secukupnya ikut sukatan beras.
Masak seperti biasa
Bahan bahan kuah dalca
Tulang ayam
Santan pekat secukupnya
1sb serbuk kari daging
1sb serbuk kari ikan
jadikan pes
Bahan tumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada merah besar potong tengah
Daun kari
4sb kacang dhal -rebus empuk dahulu
Cara masak:
1. Tumis daun kari
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau
3. Tumis pes kari hingga pecah minyak
4. Masukkan,tulang ayam, lada besar, asam keping. Biarkan hingga ayam empuk
5.Masukkan dhal yang dah empuk
6.Masukkan sayur kacang panjang dan terung, Optional carrot dan kentang
7. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Tunggu sayur empuk
Siap
Bahan-bahan ayam masak merah
Separuh ayam – cuci dan tabur garam dan serbuk kunyit. Goreng lembap
Bahan kisar:
Lada kering
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai diketuk
Sedikit Nise/ gula Melaka
Cara masak:
1. Tumis lada dan serai hingga pecah minyak
2. Masukkan, Nise, 2 sb sos cili, 1sb sos tiram. Gula dan garam secukup rasa
3. Gaulkan ayam goreng tadi
4. Siap.
Penyediaan acar
Bahan bahan
Nenas dan timun – potong
Bawang dan cili merah besar dimayang
1sb sanquick
1sk gula pasir
Campur semua bahan, gaul rata. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Mizah Ngatiman
DIY Panel TV Untuk Sorok Wayar Berselirat Supaya Ruang Nampak Kemas

Bagi yang suka kediaman nampak kemas, wayar tv yang nampak berserabut akan menyakitkan mata.
Deko rumah dah cantik tapi spoil bila tengok wayar yang berselirat itu.
Bagi yang sedang cari cara nak selesaikannya mungkin boleh ambil idea dari Mazlan Nurul ini.
DIY TV panel, tujuan utama sorok wayar berselirat

Saya nak share DIY Wall TV Panel. Kebetulan ada kayu dan papan lama kita buat laa tv panel. Barang-barang untuk projek ni banyak yang kami pakai barang terpakai saja. Tujuan utama design ni, nak sorok wayar-wayar yg bersirat-birat dan menjimatkan ruang. Cara-cara sila rujuk gambar ya.
1. Ini plan dan ukuran yang di buat untuk tv panel. Ada 3 lubang kecil, untuk masuk wayar dan 2 suis.
2. Bahan-bahan yang diperlukan
Seperti dalam gambar
Tambahan
– Papan
– Shelving unit IKEA Lack (existing)
– Kayu
– Cat ( Ascort Blue) sama je mcm dinding
-Spray paint – sbb ikea lack warna hitam.
-Kertas pasir (240 dan 120)
3. Mula-mula buat frame dulu, supaya bila tampal kat dinding lurus dan ukuran tak lari.
4. Tampalkan frame ini pada dinding. Pakai gam kayu saja. Dinding rumah ni tak rata, ada bahagian frame yang tak lekat kat dinding. Jadi potong kayu kecik-kecik dan letak sebagai sokongan antara kayu dan dinding.
5. Papan bawah tebuk lubang untuk masukan TV dan untuk rak. Tebuk ni pakai pisau je sebab pakai gergaji susah nak potong.
6. Papan atas tebuk 3 lubang, untuk keluarkan wayar dan juga dua plug suis( lubang satu lagi takde gambar, tapi tebuk kecil saja, muat-muat wayar masuk).
7. Untuk lekatkan papan pada frame kayu, kami pilih untuk pakai skru(pakai skru sebab incase ada problem dekat barang electrical boleh bukak balik papan ni, kalau gam rosak nak bukak).
8. Untuk kerja finishing
Papan yang kami ada memang buruk dan banyak lubang, jadi pakai wood filler untuk menutup segala lubang yang ada. Bekas skru pun tampal jugak.
Untuk sambungan papan atas dan papan bawah pun pakai wood filler untuk tutup gap, lepas dah kering gosok pakai kertas pasir. Tempek lagi wood filler sampai papan rasa licin bila pegang.
9. Antara dinding dan kayu pun ada ruang, kita letak latex sealant supaya nampak kemas.
-Gosok pakai kertas pasir, mula dengan yang kasar (120) kemudian halus (240). Kena licin, baru cantik bila cat. Bila dah licin, sapu habuk bersih-bersih dan lap.
10. Sedia untuk dicat.
SIAP
Selamat mencuba!
Sumber: Mazlan Nurul