Ramai Tak Tahu Rupanya Macam Ini Cara Simpan Taugeh Supaya Tahan Lama & Kekal Ranggup

314

Kalau masak hidangan mi taugeh antara sayur taugeh antara yang kita selalu sertakan. Ada yang rasa letak lagi banyak lagi sedap.

Tapi masalah bila beli taugeh ini beli tak sampai RM1 pun jumlahnya banyak. Gunanya sedikit saja. Selebihnya kita simpan dan sayur ini pula tak tahan lama. Sudahnya terbuang!

Sebenarnya kalau nak pastikan ia tahan lama ada cara untuk menyimpannya. Mudah tapi ramai tak tahu.

Tip ini dikongsi oleh Norhaniza Kamaruddin

Selalu kalau beli taugeh simpan dalam peti ais lebih 2 hari mesti dah jadi hitam hitam kan.

Saya share petua yang saya amalkan. Hanya letak sekeping asam keping dalam taugeh yang direndam air. Biar dalam peti ais. Ia akan kekal rangup.

Mula tak percaya tapi bila dah cuba sendiri barulah saya berani share.



Sumber: Norhaniza Kamaruddin