Ramai yang guna dapur gas jenis kaca di rumah. Walau dah lama pakai tapi mungkin juga tak perasan ia sebenarnya didatangkan dengan pemetik api menggunakan bateri.
Ada masa akan berlaku masalah pemetik apinya tak berfungsi, petik-petik api tak keluar. Waktu itu mulalah kita fikir nak beli dapur baru, ataupun beli pistol pemetik api, sedangkan yang perlu dilakukan cuma tukar baterinya saja.
Kalau lihat iklan ubat gigi kebanyakannya akan meletakkan ubat gigi sepanjang bulu berus. Dek kerana terikut dengan apa yang dilihat maka kebanyakan kita pun melakukan perkara yang sama.
Hakikatnya penggunaan ubat gigi tidak perlu terlalu banyak. Malah terlalu banyak menggunakan ubat gigi juga akan memberi kesan negatif pada gigi terutamanya pada kanak-kanak.
Penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun hanya perlu secalit saja atau pada kuantiti sebutir beras.
Mana kala untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas kuantiti ubat gigi yang digunakan hanya sebesar kacang pea.
Menurut Public Health Malaysia, survey yang dilakukan oleh CDC menunjukkan 80% kanak kanak menggunakan ubat gigi terlalu banyak.
Ubat gigi berflorida boleh mencegah karies gigi tetapi pengambilan berlebihan akan menyebabkan masalah flourosis.
Ini akan mengakibatkan permukaan gigi menjadi tidak rata dan warna gigi berubah. Gigi sebegini lebih sukar dijaga dan mudah rosak.
Pesan pada anak, jangan picit ubat gigi sepenuh berus gigi seperti dalam iklan! Itu memang nak cepat lariskan ubat gigi.
Teringin tanam tomato tapi nak cepat naik dan berbuah, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Zulfazdlina Abdullah ini.
Caranya tanam tomato melalui keratan batang tunas air. Cara ini boleh dilakukan terutama bagi mereka yang dah sedia ada pokok tomato di rumah.
Cara cepat dan mudah tanam pokok tomato
Saya kongsi salah satu cara cepat dan mudah menanam pokok tomato. Bagi yang dah ada tanam pokok tomato di rumah tak perlu lagi tanam guna biji benih.
Boleh tanam menggunakan keratan batang yang tumbuh di celah-celah cabang pokok tomato atau di kenali sebgai tunas air (rujuk gambar).
Cara tanam
Cari tunas air pada batang pokok tomato kemudian potong.
Boleh cucuk terus keratan ke dalam pasu atau tanah.
Disarankan potong lebih dari satu tunas air dan cucuk ke tanah, sebabnya tak semua keratan akan berhasil mengeluarkan akar. Kemungkinan ada yang tak menjadi.
Orang tua dulu-dulu selalunya ada banyak petua yang diguna dan diturunkan kepada anak cucu. Malah petua-petua mereka ini banyak juga yang logik dan berkesan untuk diamalkan.
Antaranya petua ketika dalam bercucuk tanam. Berikut ini adalah lima petua orang tua lama yang boleh kita amalkan sewaktu menanam pokok.
1. Letak daun atau rumput kering dalam lubang sebelum tanam
Seeloknya waktu kita korek lubang untuk tanam pokok carilah daun daun kering atau rumput kering masukkan dalam lubang tersebut kemudian barulah masukkan biji benih atau pokok yang ingin kita tanam kemudian kambus tanah tersebut.
2. Rendam biji benih dalam air bawang putih
Bagi biji benih pula sebelum ditanam seeloknya rendam semalaman dalam air bawang putih yang telah dikisar untuk menggelakkan biji benih di makan serangga kecil dalam tanah.
3. Semai pokok waktu hampir Maghrib
Jika nak semai pokok melalui keratan petang lakukan waktu lewat petang (hampir Maghrib). Ini kerana ketika sudah hampir malam dan cuaca tidak panas. Jika semai pokok ketika ini pokok kekal segar, takkan layu kerana tidak terkena pancaran matahari.
4. Tanam pokok ikut hari
Orang tua lama juga mempunyai hari-hari tertentu untuk menanam pokok. Boleh juga ikut petua ini;
Ahad : Pokok berbuah kecil seperti limau, rambutan, ciku dan sebagainya.
Isnin : Pokok ubi, ubi kayu, keledek dan sebagainya
Selasa: Sayur sayuran, jagung dan sebagainya.
Rabu : Bunga-bungaan
Khamis : Biji-bijian, kacang, padi
Jumaat : Pokok berbuah besar seperti durian, nangka dan manggis
5. Bakar daun kering bawah pokok
Supaya pokok berbuah lebat, bakar daun-daun kering di bawah pokok, biarkan asap mengenai daun dan ranting pokok. Sebaiknya buat waktu petang. Ini sebenarnya satu cara untuk hindarkan serangan lalat buah dan juga serangga perosak yang aktif pada waktu senja.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...