Ramai yang guna dapur gas jenis kaca di rumah. Walau dah lama pakai tapi mungkin juga tak perasan ia sebenarnya didatangkan dengan pemetik api menggunakan bateri.
Ada masa akan berlaku masalah pemetik apinya tak berfungsi, petik-petik api tak keluar. Waktu itu mulalah kita fikir nak beli dapur baru, ataupun beli pistol pemetik api, sedangkan yang perlu dilakukan cuma tukar baterinya saja.
Info ini dikongsi oleh Zulkefley Abu Bakar.
Dapur ni kadang-kadang kita tak perasan ada bateri kat bawah untuk pemetik apinya.
Bila datang masalah pemetik api tak berfungsi terus dalam kepala nak beli baru.
Boleh cuba tukar baterinya dulu kalau pemetik api tak berfungsi. Senang saja,jenguk bawah dapur cari penutup bateri buka dan tukar yang baru.
Selesai masalah.
Sumber: Zulkefley Abu Bakar
Cara Buat Ayam Goreng Salut Tepung Rangup. Nak Jimat Tepung Bancuh Sendiri, Ini Caranya
Ayam goreng salut tepung yang rangup macam ni memang kegemaran ramai. Makan pula waktu panas, lagi sedaplah meratah. Sebab itu ramai yang jual ayam goreng ini.
Tapi kita pun boleh saja buat sendiri di rumah. Lagi jimat sebenarnya terutama kalau kita buat sendiri bancuhan tepung. Kalau nak cuba, boleh gunakan cara yang dikongsi oleh peniaga ayam goreng ini sendiri Yayar B. Awang Noh.
Cara buat ayam goreng salut tepung rangup
Hari ini saya kongsikan resipi tepung ayam goreng yang saya buat mencari rezeki. Adunan tepung ini banyak dan boleh disimpan.
Bagi menampung kos tepung, ada tepung campuran yang saya proses sendiri. Meh saya ajar bancuhan tepung ayam yang saya buat. Adunan tepung ini banyak dan boleh disimpan.
Bahan-bahan
700g tepung gandum
1kg tepung beras
300g tepung ubi kayu
3 sudu serbuk lada putih (sudu teh)
7 sudu stok ayam serbuk (sudu makan)
7 sudu Ajinomoto (sudu makan)
7 sudu garam (sudu makan)
Cara membuat
1. Ajinomoto dan garam dicampur dan kisar menggunakan blander kering sampai halus.
2. Campur semua bahan dan kacau sehingga merata. Ok siap tepung ayam buatan sendiri. Tepung ini saya akan campur tepung segera yang beli (saya guna tepung serba guna jenama Puas). Ketepikan dan kita sediakan ayam pula.
3. Ayam dicuci bersih dan dalam keadaan ayam basah-basah pecahkan telur sebiji atau dua biji, bergantung kepada kuantiti ayam.
4. Taburkan sedikit tepung dalam ayam tadi untuk memekatkan keadaan ayam.
5. Dalam bekas yang lain sediakan tepung ayam yang banyak untuk sadur ayam.
Ambil ayam dan gaul dalam tepung ini. Jangan nipis, jangan tebal sangat.
6. Terus masukkan ke dalam minyak yang banyak api sederhana. Siap.
Selamat mencuba.
Selamat mencuba: Yayar B. Awang Noh
Cara Ringkas Masak Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah Kenduri, Guna Beras Biasa Saja
Dalam bulan Syawal ini kita memang sentiasa kena sedia dengan kehadiran tetamu yang datang beraya. Menu untuk jamu tetamu pun elok juga dah ada dalam fikiran supaya senang nak masak nanti.
Salah satu yang boleh kita hidangkan adalah nasi hujan panas! Guna beras biasa pun boleh, hidang dengan ayam masak merah bersama acar mentah. Setel.
Ringkas dan sesuai sangat untuk hidangan tetamu yang datang waktu tengah hari atau malam. Cara membuat boleh ikut perkongsian Raja Amanina.
Cara masak nasi hujan panas, menu ringkas jamu tetamu beraya
Bahan-bahan:
Beras-cuci dan toskan (boleh gunakan beras basmati juga suka)
Air (ikut sukatan beras)
1 biji bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia -dikisar
3 sudu makan -butter atau marjerin
1 cawan susu cair
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
Daun pandan
1 batang serai diketuk
Secubit garam
Pewarna hijau, kuning & merah
Cara membuat
- Panaskan periuk cairkan marjerin dan tumis bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan dan serai hingga naik bau.
- Masukkan susu cair dan beras
- Tambahkan air & garam.
- Tunggu hingga mendidih dan nasi mula kering &titikkan pewarna di tempat berasingan. Tutup periuk
- Biarkan seketika dan gemburkan nasi pakai garfu
Ayam Masak Merah Kenduri
Bahan-bahan:
10-12 ketul ayam kunyit garamkan dan goreng separuh masak
2 biji bawang besar -dikisar
5 ulas bawang merah -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia
1biji bawang besar -dihiris
2 genggam cili kering rebus & kisar hingga halus
3 batang serai diketuk
2 helai daun limau purut
3 biji tomato
3 sudu makan sos cili
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang &pelaga)
Asam keping
Gula garam secukup rasa
Cara membuat:
- Tumis bawang bersama serai, 4 sekawan hingga wangi & masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak.
- Masukkan tomato, sos cili & daun limau purut.
- Tambahkan sedikit air,asam keping dan masukkan ayam.
- Masak hingga pecah minyak tambahkan bawang hiris dan perasakan gula garam
Acar Timun
Bahan-bahan
2 biji timun
Sedikit kubis -dihiris
Lobak merah -hiris
Cili padi -dihiris
Bawang besar 2 biji -dihiris
Sedikit pewarna kuning (optional)
Cuka 1 senduk kecil
Gula
Garam
Sedikit air
Cara membuat:
Campurkan semua bahan gaul sebati perasakan gula dan garam agar rasanya seimbang.
Selamat mencuba.
Sumber: Raja Amanina
DIY Tanam Bayam Brazil Dalam Botol Plastik. Senang Nak Alih & Petik
Antara sayuran yang ramai tanam di rumah adalah bayam Brazil. Bukan saja sedap dimakan tapi cara tanamannya juga mudah.
Tak percaya boleh lihat perkongsian Puan Zainol Yunus ini. Dalam botol plastik pun jadi, cantik merimbun pulak tu. Kalau nak cuba ada step by step yang beliau kongsikan. Tanam dalam botol ini bukan saja senang nak alih, petik pun mudah.
DIY tanam bayam Brazil dalam botol plastik
Bahan-bahan
Botol Plastik
Besi Panas
Tanah Organik
Anak Benih Bayam Brazil
Marker (Untuk Tebuk Lubang Botol)
Langkah demi langkah
1. Sebelum menebuk lubang, tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.
2. Botol siap ditebuk, boleh guna besi panas.
3. Bahagian bawah botol air juga perlu ditebuk untuk laluan lebihan air.
4. Masukkan tanah ke dalam botol. Tanah boleh beli di nursery, guna tanah organik, campuran cocopeat, tanah sisa sawit dan tanah biasa.
5. Dapatkan anak benih daripada batang pokok bayam. Buang daun-daun, tinggalkan tunas sahaja.
6. Sebelum cucukkan batang bayam Brazil pada botol, masukkan air supaya tanah lembap, lebih mudah nak tanam batang bayam Brazil.
7. Batang yang telah ditanam pada botol. Siap!
Dalam botol kecil macam ni pun boleh
Ini contoh yang dah lama ditanam.
Selamat mencuba!
Sumber Pn Zainol Yunus