Ramai Tak Tahu Sebiji Nenas Boleh Hasilkan 50 Lagi Benih Nenas. Sesuai Kalau Nak Tanam Banyak

Share

Kita biasa tanam nenas daripada sulur atau jambulnya. Tapi ramai yang tak tahu sebenarnya kita juga boleh tanam nenas melalui biji benih.

Dan paling menarik, dari sebiji nenas boleh menghasilkan 50 benih nenas. Info menarik ini dikongsi oleh Mahadzir Hashim.

Rupanya sebiji nenas boleh hasil 50 lagi benih nenas

Tahu kah anda sebiji nenas boleh menghasilkan 50 lagi benih nenas? Sebenarnya tiap mata nenas adalah benih nenas.

Caranya

1. Untuk menghasilkan benihnya anda perlu keluarkan biji nenas dari mata nenas.

2. Letak biji nenas atas tisu basah dalam bekas plastik dengan penutup dan letak bekas di tempat agak gelap selama 5-6 hari.

3. Selepas tumbuh anak tunas, pindahkan ke tapak semaian. Pokok nenas perlukan tanah poros dan tidak menakungi air. Sebagai nisbah boleh gunakan      2  bahagian pasir, 1 bahagian tanah dan 1 bahagian organik. Campur sebatikan tanah. Anak semaian ini perlukan siraman pagi dan petang.

4. Selepas 2-3 bulan benih dah cukup matang untuk dipindahkan ke kebun. Pengawasan kurang diperlukan kerana nenas biasanya kurang makhluk perosak . Siraman di perlukan sekali sehari dan pembajaan sebulan sekali. 

5. Nenas akan matang selepas 10 bulan dan akan mula berbuah.

6. Buah nenas akan cukup matang untuk dipetik selepas 3 bulan.

Semoga bermanfaat

Sumber: Mahadzir Hashim

Published by
VK