Di media sosial ramai yang berkongsi info dan bercakap tentang tentang agihan RM30 untuk pengguna e wallet yang boleh dituntut hari ini 15 Januari 2020 menerusi program e tunai rakyat.
Agihan tersebut diberi kepada 15 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM100k setahun yang boleh dituntut menerusi 3 pengendali e-wallet terbesa r iaitu Grab, Boost & Touch & Go.
Tak dinafikan ramai yang bercakap tentang perkara ini namun rasamua yak semua faham tentang e wallet atau e dompet ini. Apa makna, bagaimana kegunaan dalam kehidupan seharian dan kelebihan e wallet ini.
Buat yang belum tahu info ringkas ini boleh memberi kita kefahaman.
E-wallet (atau Dompet Digital), berfungsi seperti dompet fizikal kita iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit, dan juga maklumat akaun bank kita dalam satu aplikasi. Untuk lebih terperinci, e-wallet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu membawa dompet atau beg tangan ke mana-mana.
Mungkin ada sedikit perbezaan untuk setiap e-wallet, tapi prosesnya mudah dan lebih kurang sama.
Selepas memuatnaik e-wallet, pengguna hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam aplikasi tersebut untuk digunakan. Sesetengah e-wallet juga membenarkan maklumat kad kredit atau akaun bank dihubungkan melalui aplikasi itu sendiri.
Pengeluaran pula bergantung kepada kemudahan setiap e-wallet. Sebagai contoh, GrabPay membenarkan pengguna untuk menggunakan baki yang ada untuk membayar tambang Grab, manakala Boost membolehkan pengguna membeli apa-apa saja di KK Speedmart.
Hanya imbas kod QR dan anda sudah berjaya melakukan pembayaran. Baki wang anda di e-wallet akan ditolak, dan anda boleh masukkan seberapa banyak jumlah wang pada bila-bila masa jika baki tidak mencukupi.
Berikut adalah senarai e-wallet yang ada di Malaysia. Setiap e-wallet mempunyai keistimewaan mereka masing-masing. Pilih mana yang sesuai dengan anda.
Boost
GrabPay
Touch n Go Wallet
WeChat Pay
BigPay
FavePay
SamsungPay
Paypal
VCash
MPay
KiplePay
RazerPay
Ipay88
Payfy
MCash
Setel
UOB Mighty