Rambut beruban terutama ketika masih berusia muda mungkin menandakan seseorang individu itu sedang menghadapi masalah kesihatan .
Demikian perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad. Menurutnya satu kajian yang dibentang di satu konferens kardiologi, EuroPrevent 2017 oleh Dr. Irini Samuel, seorang pakar jantung di Cairo University, Mesir mengaitkan masalah rambut beruban dengan peningkatan penyakit jantung di kalangan lelaki.
Risiko penyakit jantung lebih tinggi tanpa mengira usia
Atherosclerosis, adalah sejenis penyakit di mana saluran darah tersumbat akibat seseorang itu mengalami penyakit tekanan darah tinggi, merokok, diabetes dan tahap kolesterol yang tinggi.
Ads
Sementara masalah rambut yang beruban juga bermula dengan proses yang sama, iaitu kerosakan DNA, keradangan oksidatif, perubahan hormon, dan kelemahan fungsi sel.
Ads
Kajian yang melibatkan 545 orang dewasa mendapati mereka yang beruban menpunyai risiko penyakit jantung (coronary artery disease) yang lebih tinggi tanpa mengira usia atau sedang menghadapi masalah penyakit kronik yg berbahaya itu.
Sebelum ini beberapa kajian dahulu pernah dilakukan (semenjak 1990an), yang menunjukkan kaitan antara rambut beruban dan serangan sakit jantung.
Ads
Jangan panik, jaga kesihatan
Saya percaya banyak lagi kajian yg perlu dilakukan bagi membuktikan hubungan antara rambut beruban dengan masalah penyakit jantung. Bagi mereka yang mempunyai rambut beruban tidak perlu panik, tetapi lebih baik jika melakukan pemeriksaan doktor.
Apa yang penting kita menjaga kesihatan dengan memilih makanan yang sihat, lakukan pergerakan fizikal dan menguruskan stress dgn baik.
Rujukan :
“The degree of hair graying as an independent risk marker for coronary artery disease, a CT coronary angiography study”
Amr Abdel Aziz ElFaramawy, Irini Samuel. Egypt Heart J. 2018 Mar; 70(1): 15–19.Published online 2017 Aug 1.
Belum sampai setengah tahun biasanya baju sekolah anak-anak yang putih dah jadi kuning dan kedam. Nak tunggu hujung tahun tak tahulah macam mana rupanya.
Memang tak sedap mata memandang. Takkan nak beli baru semua kan. Jadi penyelesaiannya boleh cuci ikut cara yang dikongsi oleh Zakiah Hassan.
Pakai sabun ni
Caranya tak susah cuma guna sabun jenis ini, insya-Allah putih semula baju sekolah anak.
Bahan-bahannya:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin) atau sabun Kilat (ada di NSK)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Cara-caranya:
1. Masuk baju sekolah ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Bubuh air.
5. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau pada bahagian yang nampak berdaki/ ada kotoran Lepas tu masukkan baju sekolah dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan sehingga selesai. Tak perlu sental langsung tapi hasilnya baju kembali putih.
8. Sidailah baju putih macam biasa.
Hasilnya, putih kan!
Kalau nak beli di Shopee boleh klik link ini Sabun A1
Seronok tengok hasil kunyit yang ditanam oleh Razak Adom ini. Bersusun-susun isinya, memang puas hati.
Lagi menarik, hasil kunyit yang banyak ini ditanam dalam tayar saja. Tak perlu beli bekas khas pun, cuma guna barang terpakai. Berikut adalah perkongsian beliau.
Hasil tanam kunyit dalam tayar
Tanam kunyit dalam 2 biji tayar. Setiap tayar 6-7 pokok. Alhamdulillah, inilah hasilnya…
Tayar saiz 14. Potong bahagian tepi tayar dengan pisau dapur. Bahagian tepi tayar tiada dawai, tapi pisau mesti cukup tajam. Bila dah potong terbalikkan bahagian luar ke dalam.
2. Isi tayar dengan media, gaul baja tahi kambing, tanah bakar, pasir sekali dan masukkan dalam tayar. Kemudian bolehlah semai benih kunyit. Siram.
Ramai yang bekerja depan komputer dalam keadaan duduk hampir seharian. Dengan posisi duduk yang tak betul lagilah ia menjejaskan kesihatan.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, kajian menunjukkan duduk dalam tempoh enam jam secara berterusan selama 15 tahun meningkatkan 40 peratus punca kematian berbanding individu yang duduk kurang tiga jam.
Duduk terlalu lama meningkatkan dua kali ganda risiko terkena penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok berbanding kerja yang memerlukan anda berdiri.
Risiko banyak sangat duduk
Sakit punggung
Ketegangan pada leher, bahu dan pinggang
Kolesterol tinggi
Kesan segera duduk
– Pembakaran kalori menurun setiap satu minit
– Aktiviti saraf otot tidak berfungsi
– Enzim mencegah lemak menurun sehingga 90 peratus
Kesan 2 Jam
– Kolesterol baik menurun hingga 20 peratus
Kesan 24 Jam
– Keberkesanan insulin menurun hingga 24 peratus dan tingkatkan risiko diabetes
– Tekanan berlebihan pada tulang belakang, khususnya pada bahagian pinggang dan bahu
Kesan berpanjangan
– Otot leher, bahu menegang dan pembuluh darah terganggu menyebabkan ‘menggigil’.
– Aktiviti kecergasan organ seperti paru-paru dan jantung berkurang dan meningkatkan risiko sakit kronik
– Pembuluh darah timbul pada betis
Pencegahan
Duduk pada kedudukan 135 darjah untuk kurangkan tekanan pada bahagian belakang badan.
Buat pergerakan setiap 30 minit
Bangun apabila televisyen menyiarkan iklan.
Lakukan latihan ringan ketika menonton seperti goyangkan kaki.
Hadkan tempoh duduk dan lakukan senaman ringan dengan kerap.
Minum lebih banyak air.
unakan tangga ketika di pejabat (bergantung pada tahap kecergasan diri).
Makan di luar berbanding di meja kerja.
Tidur awal lebih baik daripada menonton.
Monitor aktiviti harian anda, senaraikan dan tinggalkan aktiviti ‘duduk’.