Rambut beruban terutama ketika masih berusia muda mungkin menandakan seseorang individu itu sedang menghadapi masalah kesihatan .

Demikian perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad. Menurutnya satu kajian yang dibentang di satu konferens kardiologi, EuroPrevent 2017 oleh Dr. Irini Samuel, seorang pakar jantung di Cairo University, Mesir mengaitkan masalah rambut beruban dengan peningkatan penyakit jantung di kalangan lelaki.

Risiko penyakit jantung lebih tinggi tanpa mengira usia

Atherosclerosis, adalah sejenis penyakit di mana saluran darah tersumbat akibat seseorang itu mengalami penyakit tekanan darah tinggi, merokok, diabetes dan tahap kolesterol yang tinggi.

IKLAN

Sementara masalah rambut yang beruban juga bermula dengan proses yang sama, iaitu kerosakan DNA, keradangan oksidatif, perubahan hormon, dan kelemahan fungsi sel.

Rambut Beruban Mungkin Bermakna Jantung Kita Bermasalah

Kajian yang melibatkan 545 orang dewasa mendapati mereka yang beruban menpunyai risiko penyakit jantung (coronary artery disease) yang lebih tinggi tanpa mengira usia atau sedang menghadapi masalah penyakit kronik yg berbahaya itu.

IKLAN

Sebelum ini beberapa kajian dahulu pernah dilakukan (semenjak 1990an), yang menunjukkan kaitan antara rambut beruban dan serangan sakit jantung.

Jangan panik, jaga kesihatan

Saya percaya banyak lagi kajian yg perlu dilakukan bagi membuktikan hubungan antara rambut beruban dengan masalah penyakit jantung. Bagi mereka yang mempunyai rambut beruban tidak perlu panik, tetapi lebih baik jika melakukan pemeriksaan doktor.

IKLAN

Apa yang penting kita menjaga kesihatan dengan memilih makanan yang sihat, lakukan pergerakan fizikal dan menguruskan stress dgn baik.

Rujukan :
“The degree of hair graying as an independent risk marker for coronary artery disease, a CT coronary angiography study”
Amr Abdel Aziz ElFaramawy, Irini Samuel. Egypt Heart J. 2018 Mar; 70(1): 15–19.Published online 2017 Aug 1.

Selain itu:  Tip Buat Ayam Buttermilk Yang Sedap, Rangup Walaupun Berkuah. Guna Tepung Salut Ini

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI