Kejadian ular masuk dalam rumah bukan saja berlaku di kampung tapi juga di kediaman teres di bandar. Disebabkan habitat binatang ini yang semakin terancam membuatkan ia keluar ke persekitaran kita, jadi kita memang perlu berhati-hati.
Salah satu cara yang boleh diusahakan untuk elak binatang berbisa ini masuk dalam rumah adalah dengan menggunakan ramuan garam kasar seperti dikongsi oleh Fara Aem.
Menurutnya ia bukan saja boleh mengelak ular tapi juga menghalau tikus dari masuk ke rumah.
Ramuan elak ular dan tikus masuk rumah
Tujuan asal buat untuk halau ular tapi tak sangka pulak boleh halau tikus juga.
Jadi boleh buat untuk menghalau haiwan ini di rumah.
Campur bahan berikut
– Garam Kasar
– Minyak Kasturi
– Kulit kayu manis (ditumbuk)
– Cengkih (sedikit, tiada pun tak mengapa)
Ads
Ads
Letak di penjuru rumah
Gaul rata, boleh ikuti dengan selawat dan niat. Bahan ini punya bau yang kuat ya.
Ads
Letakkan sikit di semua penjuru rumah, dapur, tingkap atau mana-mana laluan haiwan ini.
Ketika ini semakin ramai yang mementingkan pemakanan sihat dan salah satu yang diadakan di rumah untuk tujuan ini adalah air fryer.
Ramai yang dah membeli air fryer dan menggunakannya di rumah terutama untuk mengurangkan penggunaan minyak yang kita tahu sinonim dalam masakan harian kita.
Meskipun begitu ramai juga yang masih melakukan kesilapan ketika menggunakan air fryer ini. Berikut adalah 7 kesilapan yang dikenal pasti selalu dilakukan oleh pengguna air fryer.
1. Masuk terlalu banyak makanan
Memang air fryer ada tetapkan had maksimum makanan yang boleh dimasukkan ke dalamnya. Tapi kita dinasihatkan tidak memasukkan makanan sampai had ini.
Sebabnya alat ini menggunakan udara panas untuk masak makanan dengan sempurna. Namun jika makanan terlalu banyak, putaran udara panas jadi tidak rata dan ini menyebabkan makanan mungkin kurang masak dan kurang sedap.
2. Tak panaskan dulu air fryer
Guna air fryer ini konsepnya sama macam kita menggoreng. Kita kena panaskan kuali sebelum letak makanan, sama juga dengan air fryer. Panaskan dulu lebih kurang lima hingga tujuh minit sebelum masak apa-apa makanan.
3. Masukkan makanan banyak air
Pastikan ayam, daging, ikan yang kita masak tidak terlalu basah atau banyak air jika masak guna air fryer. Ia menyebabkan makanan kita tak masak sempurna. Eloklah tos dulu ya.
4. Tidak bersihkan sebelum guna
Sebelum guna peralatan memasak kena pastikan ia dalam keadaan bersih. Sama juga dengan air fryer ini. Bila tak dibersihkan, bukan saja kotor tapi rasa makanan akan bercampur.
5. Tak balikkan makanan dalam air fryer waktu memasak
Ini ramai juga yang buat sebab sangka selepas masuk makanan dam air fryer ia boleh dibiarkan terus hingga masak.
Kena balikkan juga makanan terutama jika masak makanan berat seperti daging, ayam dan lain-lain. Kena jenguk-jenguk juga setiap beberapa minit dan terbalikkan supaya makanan masak sempurna seperti yang diinginkan.
6. Salah tetap suhu
Sebelum masukkan makanan tetapkan masa dan suhu yang sesuai untuk hidangan. Memang kena rujuk manual terutama bagi yang baru guna.
7. Tak letak minyak
Meskipun kita gunakan air fryer untuk menyediakan makanan lebih sihat tanpa minyak tapi ini tak bermakna kita tak kena letak langsung.
Kena gunakan juga sedikit, sekadar oleskan makanan supaya hidangan akan lebih masak dan terasa rangup.
Antara kerja yang dianggap renyah oleh kaum ibu adalah melipat pakaian. Dah siap lipat, kemasnya mungkin bertahan sehari kemudian berterabur kembali bila ditarik anak.
Sakit mata dibuatnya bila baju yang baru dikemas kembali bersepah apatah lagi kalau di rumah jenis kabinet terbuka.
Perkara yang sama dihadapi oleh Puan Azila Ahmad. Tapi dia menemui cara menarik untuk memastikan almari baju anaknya sentiasa kemas dan teratur walau ditarik berulang kali oleh anak.
Caranya adalah dengan menggunakan produk yang memudahkan penyusunan baju dikenali sebagai Ezystax.
Ujar Azila cara melipat baju tetap sama tapi ketika menyusun pakaian dalam almari dia menggunakan produk ini untuk lebih teratur.
Produk Ezystax ini sudah lama diperkenal cuma ramai yang belum maklum tentang penggunaannya. Lebih menarik kata Azila produk ini diperbuat daripada bahan kitar semula.
Mana nak beli? Tak perlu susah-susah, Ezystax ini boleh didapati di kedai MR. DIY ataupun boleh dibeli di laman membeli-belah Lazada/ Shopee.
Ha apa lagi balik nanti di singgah cari ya! At least baju yang dah siap lipat tu tersusun kemas dalam jangka masa lama. Sedap sikit mata memandang macam ni!
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka membelinya.
Tapi sebenarnya ada saja cara mudah buat cinnamon rolls ini tanpa buat atau uli doh. Sebaliknya cuma guna roti paratha saja. Lagi senang dan cepat siap. Nak lagi mudah bakar dalam air fryer saja.
Rasa cinnamon rolls ekspres ini tetap sedap, lemak, manis dan lebih rangup. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Wan Ramlah Wan Rahimi ini.