Ramuan Berkesan Elak Ular & Tikus Masuk Rumah, Gaul Garam Kasar Dengan 3 Bahan Ini

Share

Kejadian ular masuk dalam rumah bukan saja berlaku di kampung tapi juga di kediaman teres di bandar. Disebabkan habitat binatang ini yang semakin terancam membuatkan ia keluar ke persekitaran kita, jadi kita memang perlu berhati-hati.

Salah satu cara yang boleh diusahakan untuk elak binatang berbisa ini masuk dalam rumah adalah dengan menggunakan ramuan garam kasar seperti dikongsi oleh Fara Aem.

Menurutnya ia bukan saja boleh mengelak ular tapi juga menghalau tikus dari masuk ke rumah.

Ramuan elak ular dan tikus masuk rumah

Tujuan asal buat untuk halau ular tapi tak sangka pulak boleh halau tikus juga.
Jadi boleh buat untuk menghalau haiwan ini di rumah.

Campur bahan berikut
– Garam Kasar
– Minyak Kasturi
– Kulit kayu manis (ditumbuk)
– Cengkih (sedikit, tiada pun tak mengapa)

 

Letak di penjuru rumah

Gaul rata, boleh ikuti dengan selawat dan niat. Bahan ini punya bau yang kuat ya.

Letakkan sikit di semua penjuru rumah, dapur, tingkap atau mana-mana laluan haiwan ini.

Saya dah cuba, alhamdulillah.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Fara Aem

Published by
VK