Ayam masak merah bersantan ini mungkin biasa dimasak oleh orang Utara, bagi yang belum pernah cuba boleh try. Memang sedap, berlemak dan paling penting banyak kuah. Boleh makan dengan nasi tomato, nasi minyak dan macam macam nasi.
Ayam masak merah bersantan stail utara
Walau nampak seakan sama tapi ingredients sedikit berbeza. Memang sesuai dengan nasi tomato dan lain-lain.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka – kalau nak meniaga dipotong 12
(Ayam dibersihkan digaul dengan garam, kunyit dan digoreng tapi jangan goreng terlalu lama nanti keras)
Bahan tumis:
Setengah biji bawang besar dipotong nipis
2 ulas bawang putih
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih
Bahan kisar:
20 biji cili kering dipotong direbus dikisar halus (jika suka pedas guna 25-30 biji cili kering)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1cm halia
2cm lengkuas
Bahan lain
1 tin kecil tomato puri
1 cawan santan pekat
1 tin kecil kacang peas
Cara membuat:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris nipis.
2. Bila bawang dah layu baru masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Goreng sebentar kemudian terus masukkan bahan kisar.
3. Gaul rata kemudian masukkan tomato puri. Masak sampai tumisan pecah minyak dan biarkan sedikit kering (periuk kena sentiasa ditutup sebab masakan ini merecik).
4. Masukkan ayam yang siap digoreng tadi bersama santan pekat. Gaul rata kemudian masukkan gula dan serbuk secukup rasa. Biarkan mendidih.
5. Perlahankan api kemudian biarkan kuah ayam sampai berminyak baru tutup api. Akhir sekali masukkan kacang peas hijau sebagai hiasan.
Timun antara sayur yang kerap kita makan, jadi memang berbaloi sangat kalau nak cuba tanam sendiri. Ia juga sesuai ditanam dalam bekas kalau ruang tak mencukupi.
Bagi yang nak cuba tanam timun termasuklah timun Jepun boleh ikut tip yang dikongsi ini . Jimat belanja dapur, timun Jepun antara yang mahal harganya.
Tip tanam timun Jepun dan timun biasa
1. Penanaman dalam pasu atau bekas
Pokok timun termasuk timun jepun sesuai ditanam dalam pasu dan juga bekas tanaman lain. Berikut cara penanaman yang boleh dipraktikkan.
Gunakan campuran medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1
(3 top soil : 2 Bahan organik: 1 Pasir sungai) untuk menanamnya.
Lebih mudah beli tanah di kedai nursery. Tanah organik.
Terus tanam 2 biji benih dalam bekas atau pasu. Letak tempat redup. 2 atau 3 hari benih akan bercambah.
Apabila benih tumbuh 5-6 helai daun alih pasu menghadap cahaya matahari/ dedahkan anak pokok pada cahaya matahari terus.
Bila pokok sudah memanjat memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.
Siram air dua kali sehari, waktu pagi dan petang pada hari panas.
Ini perlu dilakukan supaya medium tanamannya sentiasa berkeadaan lembap sentiasa agar pokok dapat tumbuh subur dengan daun, bunga atau putik buahnya tidak layu dan gugur secara tiba-tiba.
Isu kehilangan wang dari akaun bank masih hangat diperkatakan. CIMB antara bank yang tular kerana kehilangan wang melibatkan institusi bank ini.
Sebagai langkah berhati-hati mengelakkan kita menjadi mangsa scammer punca kehilangan wang ini, langkah berikut boleh membantu. Pastikan tiada akaun perbankan online tidak link atau disambung dengan mana-mana nombor telefon yang tidak dikenali. Cara untuk menyemak akses tersebut dikongsi oleh Fariz Hazwan.
Cara semak akses tidak dikenali dengan akaun
Memandangkan isu CIMB ni tengah hangat. Ramai pertikai macam mana boleh transfer duit ke account scammer tanpa TAC.
Ini berlaku kemungkinan account anda dah link dekat telefon scammer. Sekiranya ada, boleh delete dan tukar password anda secepat mungkin.
Boleh check selalu untuk pastikan tiada telefon tidak dikenali ada akses kepada akaun CIMB anda.
Ini ikhtiar selain mengharap CIMB upgrade security mereka. Boleh tengok gambar di bawah untuk semak langkah-langkah tersebut.
1. Login apps CIMB anda dan Slide ke tepi untuk pergi ke Setting.
2. Tekan pilihan Setting.
3. Sekiranya ada device lain selain telefon anda, boleh delete. Slide kiri ada untuk delete.
Point di sini, jangan kita tekan apa apa link jika terima message yang suspicious seperti kurier hantar barang, menang hadiah, notification duit masuk, so jangan tekan dulu. Untuk keselamatan bersama.
Tandas dan bilik air kita gunakan setiap hari. Kalau dibiar seminggu, dua minggu atau berbulan tidak dibersihkan, anda akan ‘azab’ nak mencucinya nanti. Mungkin perlu sejam untuk menyentalnya.
Supaya jimat masa dan tenaga kita boleh guna tip yang dikongsi oleh Fizan Rahman bagi membersihkan bilik air di rumah.
Tip mudah bersihkan bilik mandi dan tandas
Setiap tip yang diberikan sangat berguna untuk anda jimatkan masa membersihkan ruang yang sangat penting dalam rumah. Jom tengok.
Tip1: 5 minit setiap hari
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span atau berus dan gosok dinding, sinki serta lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.
Tip 2: Tuang peluntur dan biarkan selama sejam
Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.
Tip 3: Seminggu sekali bersihkan dinding dan lantai
3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus
Mudah saja kan? Bila amalkan tip ini, barulah tandas dan bilik mandi sentiasa bersih. Kita pun tak perlu ambil masa lama nak basuh tandas dan bilik mandi. Senang je rupa-rupanya.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...