Cara Buat Ayam Masak Merah Bersantan Stail Utara, Ngam Makan Dengan Aneka Nasi

Share

Ayam masak merah bersantan ini mungkin biasa dimasak oleh orang Utara, bagi yang belum pernah cuba boleh try. Memang sedap, berlemak dan paling penting banyak kuah. Boleh makan dengan nasi tomato, nasi minyak dan macam macam nasi.

Ayam masak merah bersantan stail utara

Walau nampak seakan sama tapi ingredients sedikit berbeza. Memang sesuai dengan nasi tomato dan lain-lain.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka – kalau nak meniaga dipotong 12
(Ayam dibersihkan digaul dengan garam, kunyit dan digoreng tapi jangan goreng terlalu lama nanti keras)

Bahan tumis:
Setengah biji bawang besar dipotong nipis
2 ulas bawang putih
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih

Bahan kisar:
20 biji cili kering dipotong direbus dikisar halus (jika suka pedas guna 25-30 biji cili kering)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1cm halia
2cm lengkuas

Bahan lain
1 tin kecil tomato puri
1 cawan santan pekat
1 tin kecil kacang peas

Cara membuat:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris nipis.

2. Bila bawang dah layu baru masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Goreng sebentar kemudian terus masukkan bahan kisar.

3. Gaul rata kemudian masukkan tomato puri. Masak sampai tumisan pecah minyak dan biarkan sedikit kering (periuk kena sentiasa ditutup sebab masakan ini merecik).

4. Masukkan ayam yang siap digoreng tadi bersama santan pekat. Gaul rata kemudian masukkan gula dan serbuk secukup rasa. Biarkan mendidih.

5. Perlahankan api kemudian biarkan kuah ayam sampai berminyak baru tutup api. Akhir sekali masukkan kacang peas hijau sebagai hiasan.

Selamat mencuba.

Sumber: Makcik Ratu

Published by
VK