Bila masak terutama kalau menggoreng atau menumis habis satu rumah berbau. Lama pulak tu nak hilang. Situasi ini selalu dialami di rumah yang tiada kitchen hood. Memang ramai saja yang tak pakai alat ini.
Biasanya untuk hilang bau kepam dari masakan ini kita akan sembur pewangi kediaman. Tapi disebabkan hari-hari masak memang cepat lah habis kan. Ini ada satu cara yang boleh kita gunakan untuk menghilang masalah bau yang memenuhi ruang rumah selepas masak.
Cuma rebus empat bahan ini, dan gunakan sebagai semburan. Waktu merebus bahan ini pun rumah dah berbau harum.
Nak share tip bagi hilangkan bau masakan dalam rumah. Ini untuk rumah yang tiada kitchen hood macam saya.
Lepas memasak tumis rumah biasanya akan berbau. Saya selalu lepas kemas dapur saya akan rebus bahan ini untuk hilangkan bau masakan dalam rumah.
Lemon
Rosemary (yang kering pun boleh)
Cengkih
Kayu Manis
Rebus dalam 10-15 minit macamtu. Guna api yang kuat untuk wap naik ke seluruh rumah. Lepas dah siap tutup api biar dia sejuk satu malam.
Air rebusan tapis kemudian masuk dalam botol spray dan boleh guna sebagai semburan satu rumah. Baunya segar.
Selamat mencuba.
Sumber: Sharifah Nursakinah