Lagi beberapa hari kita akan menyambut Aidifitri. Kalau nak buat kuih raya dalam masa yang singkat ini kenalah cari kuih yang senang nak dibuat. Salah satu yang boleh kita cuba rempeyek moden guna kulit popia!
Perkongsian Shai Anne Ahemed boleh jadi kuih raya atau kudapan kita saja. Senang tapi sedap. Potong kulit popia, tabur bahan kemudian goreng. Dah siap.
Rempeyek moden
Kulit popia (apa apa brand pun boleh) Kacang tanah (sangai dulu) Ikan bilis Sedikit tepung gandum dan air (bancuh untuk pastikan kacang, bilis tak tanggal masa menggoreng) Jintan manis dan jintan putih (kisar sekali)
Ads
Cara membuat
1. Potong kulit popia (potong 4)
2. Letakkan bancuhan tepung dan air pada kulit popia yang sudah dipotong
3. Kemudian tabur kacang, bilis dan juga jintan.
Ads
4. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga kekuningan.
Mexican bun ini memang ramai peminat. Kalau lalu depan kiosk roti ini mesti terjebak beli sebab baunya yang harum. Jika ramai dalam keluarga yang suka, elok kita belajar buat sendiri. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Amy Akim ini.
Buat sendiri Mexican Bun
Bahan roti :
300gram atau 3 cawan tepung gandum
70gram gula
30gram marjerin
Sebiji telur
1 sudu besar mauripan
150ml susu segar
Esen vanila
Secubit garam
Salted Butter atau Buttercup (untuk inti)
Bahan topping :
50gram tepung gandum
40gram gula
60gram marjerin
Sebiji telur
2 sudu besar Nescafe dan air suam (sekadar boleh larut)
Esen vanila
Cara membuat:
1. Campurkan yis atau mauripan dengan susu segar dan gula. Biarkan dalam 10 minit.
2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dan masukkan marjerin gaul sampai jadi macam serbuk roti. Kemudian masukkan telur, secubit garam & esen vanila.
3. Masukkan bancuhan yis/mauripan tadi. Uli sampai tepung tak melekat di tangan. Tambah tepung sikit demi sikit kalau adunan lembik. Uli doh dalam 10 minit. Lagi lama uli lagi lembut doh roti.
4. Tutup doh dengan kain yang lembap. Boleh guna napkin juga. Perap doh selama 1 jam.
5. Selepas doh naik, tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin.
6. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Buat 50gram untuk setiap doh, boleh dapat 13 biji roti.
7. Masukkan butter dalam doh jadikan inti roti dan bulat-bulatkan. Letak atas baking tray yang disapu marjerin. Tutup dan biarkan dalam 10 minit.
8. Sementara itu boleh sediakan topping. Kisar marjerin dan gula, kemudian baru masukkan bahan-bahan lain. Akhir sekali baru masukkan tepung. Blend sebati. Masukkan dalam piping beg.
9. Buat lingkaran topping dari tengah roti. Cukup topping bahagian atas tak perlu sampai bawah sebab topping akan cair ke bawah semasa roti dibakar.
10. Panaskan oven dalam 10 minit, baru bakar roti guna api atas dan bawah dengan suhu 170°c selama 20 minit bergantung pada suhu oven masing-masing.
Hasilnya
Selamat mencuba.
Layari laman web VANILLA KISMIS untuk pelbagai tip dan info berguna termasuk masakan.
Keringkan daun kari adalah satu cara nak pastikan daun untuk masakan ini tahan lama Selalunya kita pakai daun ini sikit saja tapi di kedai jual dalam paket kuantiti banyak. Guna sikit untuk memasak bakinya yang banyak kadang-kadang buruk begitu saja. Membazir kan!
Lepas ini kalau beli daun kari dalam jumlah yang banyak boleh praktikkan cara Emma Zam supaya tak membazir.
Cara ini dilakukan selepas pokok kari di rumahnya ditebang. Dari terbuang, daun kari dikeringkan sebelum disimpan untuk tahan lama. Baunya juga kekal sama.
Cara keringkan daun kari, tip supaya tahan lama
Boleh ikut cara ini;
1. Jemur daun kari hingga betul-betul kering.
2. Bila dah kering, masukkan daun kari dalam balang. Tutup kemas.
3. Jika nak guna waktu memasak, boleh terus cekup dan masuk dalam masakan, baunya kekal sama.
Tip ekstra
Boleh basuh daun terlebih dahulu supaya boleh terus digunakan untuk memasak selepas dikeringkan.
Boleh keringkan dalam oven untuk lebih mudah.
Untuk lebih tahan lama, boleh simpan balang dalam peti sejuk atau freezer.
Kaedah yang sama boleh juga dilakukan untuk daun daun kunyit, daun limau purut dan daun kesum.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...