Kerang, lala, kepah memang sedap dimakan tapi masalah kekotoran dan pasir buat ramai yang jadi tak rajin nak memasaknya. Selain itu bila dah masak ada juga kerang dan lala susah nak dibuka.

Sebenarnya ada cara mudah untuk selesaikan masalah ini. Jika nak masak kerang, lala, kepah dan hidangan bercengkerang seperti ini praktikkan petua yang dikongsi di bawah.

Insya-Allah pasir dari lauk cengkerang ini akan keluar dan terbuka bila dimasak. Jadi taklah susah untuk dikupas.

Ads

Tip kerang bersih dan mudah terbuka

Rendam Kerang & Lala Dengan Bahan Dapur Ini Supaya Pasir Keluar & Mudah Terbuka

Cara mudah nak bersihkan kerang guna tepung dan lada kering. Caranya;

Ads
  • Jika kerang masih ada selut, bersihkan dulu.
  • Kemudian rendam kerang dengan tepung gandum dan lada kering (guntingkan). Cara ini kerang akan terbuka keluarkan kotoran yang ada di dalamnya dengan sendiri.
  • Jika nak merebus kerang, didihkan dulu air bersama serai ketuk, bawang dihiris, lada kering gunting dan garam. Selepas mendidih baru masukkan kerang.
  • Insya-Allah cantik kejadiannya, kerang mudah terbuka.
    Kredit Fariza Basar

Bersihkan lala

Rendam Kerang & Lala Dengan Bahan Dapur Ini Supaya Pasir Keluar & Mudah Terbuka

Jika nak masak lala, kepah dan lauk lebih kurang dengannya, rendam dahulu dengan cili kering yang dipotong atau cili burung/padi. Selepas direndam semua pasir yang melekat di dalamnya keluar habis.
Kredit Azmira Ismail

Ads

Guna garam pun boleh

Selain cara di atas boleh juga rendam kerang atau lala menggunakan air dicampur dengan garam. Cara ini juga menyebabkan hidangan laut ini memuntahkan pasir dan kotoran dari dalam dan seterusnya memudahkan kerja membersih.

Selamat mencuba

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI