
Rendang ikan tongkol, mungkin ada yang tak pernah rasa rendang menggunakan ikan.
Biasanya kita buat hidangan ini dengan ayam atau daging tapi jika mahukan kelainan bolehlah cuba rendang ikan tongkol ini untuk lauk berbuka puasa nanti. Nak buat untuk hidangan raya pun boleh.
Rendang ini kaya dengan rempah ratus yang meresap ke dalam isi ikan, menjadikannya hidangan yang sedap sangat untuk dinikmati bersama nasi panas atau lemang.
Cara buat rendang ikan tongkol
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol, dipotong nipis dan diperap dengan asam limau
Bahan A (kisar halus)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 senduk nasi cili kisar (campurkan semasa menumis)
20 biji cili api (ikut tahap kepedasan)
1 inci halia
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
Bahan B
Santan kelapa (dari 1 biji kelapa, lebih sedap jika diperah sendiri)
3 keping asam keping
2 helai daun kunyit, dimayang halus
Gula melaka secukupnya
Garam secukup rasa
Kerisik kelapa
Cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan 2 batang serai yang telah dititik dan kacau rata.
3. Tambahkan ikan tongkol yang telah diperap, asam keping, santan, gula melaka dan garam. Gaul sebati.
4. Masak dengan api sederhana sehingga kuah pekat dan rempah meresap ke dalam ikan. Boleh sesuaikan kepekatan mengikut citarasa.
5. Masukkan kerisik kelapa dan kacau sebati.
6. Akhir sekali, taburkan daun kunyit yang telah dimayang halus sebelum ditutup api.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas atau lemang.
Sumber: Habibah Husin
Baca Lagi: Telur Pun Boleh Buat Rendang, Ini Cara Membuatnya. Memang Sedap, Sekali Rasa Mesti Suka