Jenama syampu Sunsilk mencatat sejarah bila melancarkan replika botol syampu terbesar di Malaysia semalam.
VK pun hadir jugak dalam majlis yang diadakan di Pasar Raya Giant Stadium Shah Alam ni. Terkejut tengok botol besar dan tinggi nih, sampai kena mendongak ke langit!
Dengan ketinggian 12.25m dan 9.66m lebar ia secara rasmi diiktiraf sebagai Replika Botol Syampu Terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book of Records.
Replika botol gergasi syampu varian ‘Segar Berhijab Sunsilk Hijab Recharge ditempatkan di sini dari 23-26 November 2017. Jadi sesiapa yang nak tengok bolehlah datang ke sini.
Pasal apa buat botol besar nih?
Ads
Sebagai jenama syampu dan perapi nombor satu di Semenanjung Malaysia tanggungjawab Sunsilk bukan sekadar menawarkan produk penjagaan yang inovatif tapi juga mahu memberi inspirasi kepada wanita muda berhijab supaya bercita-cita besar dan berusaha mencapainya.
Inilah yang yang mengilhamkan mereka mencipta ‘Replika Botol Syampu Terbesar’ yang turut mendapat kerjasama dengan Giant.
Paling best jangan ingat replika botol syampu ini kosong tau. Replika ini penuh dengan hadiah untuk diberi kepada pelanggan.
Dari 23-26 November sesiapa yang membeli sebotol Sunsilk Hijab Recharge 320ml di pameran bergerak yang terletak di pintu masuk Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam boleh menebus hadiah yang letakkan di dalam replika tersebut sementara stok masih ada.
Ads
Orang perempuan yang tinggal kat Shah Alam rugi kalau tak ambil peluang ni.
Hadiah percutian ke Korea, boleh sorang bawak kawan!
Tak cukup beri hadiah, Sunsilk juga tawarkan hadiah percutian ke Korea dengan segala perbelanjaan bersama seorang rakan ditanggung. Maknanya boleh pergi bercuti bawa seorang kawan. Syok kan.
Ads
Korang yang teringin nak pergi Korea bolehlah masuk pertandingan ni. Caranya mudah sangat, ada tiga langkah saja:
1. Ambil swafoto atau gambar dengan tiga replika botol syampu Sunsilk Hijab Recharge yang terletak di hadapan kedai Emas zeni di Pasar Raya Giant Stadium Shah Alam.
2. Muat naik foto dalam bahagian ulasan peraduan (comment section) di laman Facebook Sunsilk Malaysia.
3. Lengkapkan penyertaan dengan menyatakan azam korang pada tahun 2018 bersama hashtag #SunsilkCoverKita #GiantMY dan #SunsilkGiantBottle. Tarikh akhir peraduan 27 Disember 2017. Jom lah join!
Kalau sebelum ini anak Norman Hakim, Marissa Dania jadi perhatian, terbaru anak Raja Azura atau Kak Engku pula.
Sudah menginjak remaja dalam diam rupanya dah besar anak perempuan Kak Engku, cantik pula tu. Bukan itu saja wajah Puteri Mikia Maizurah ini saling tak tumpah macam ibunya terutama bila dia tersenyum.
Ia terserlah bila pengacara ini memuat naik gambar di instagram bersama anak-anak mereka sempena raya baru-baru ini.
Sama kan
Bersama dua abang
Sama cantik dengan ibunya
Diam-diam dah besar anak dara Kak Engku
Selain Puteri Mikia Maizurah, Raja Azura juga turut mempunyai dua lagi anak lelaki iaitu Megat Muhammad Raziq dan Megat Luqman Hakim.
Siapa yang duduk asrama korang mesti tau cerita-cerita hantu asrama nih. Kalau dulu dengar cerita ni meremang bulu roma. Tapi sekarang bila dah besar ni tergelak pun ada bila ingat zaman sekolah.
Jom kita flash back cerita hantu asrama yang legend, sekarang tak tahu sama ada student asrama masih dengar lagi ke tidak cerita macam ni.
1. Dah ingat ke dah tau
Kisah ni berlaku pada sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur. Ceritanya macam ni:
Kat asrama pompuan, ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik prep dia. Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik study tu.
Dia pun study la dengan khusyuknya. Sampai satu part dia tak paham, dia nak tanya la kat ‘member’ dia yang kat sebelah tu. Dia tak sedar lagi benda tu bukan orang. Masa dia nak tanya tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan ‘member’ tu takde kaki.
Lepas tu dia kata “Takpe la, dah ingat camna nak buat.” Lebih kurang camtu la dia cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang mencuakkan bila si ‘member’ tu pulak tiba-tiba tanya “Dah ingat ke dah tahu….????” Maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu. Budak ni terus lari balik dorm dia.
Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak pompuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak ambik SPM. Mungkin tu la hantu dia
yang still study tak abih-abih. Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi. Takoot siottt! Korang caya tak? Kalau tak caya terpulanglah.
Dipetik dari Facebook Wujud
2. Mati terkunci dalam locker
Kisahnya bermula katanya ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumaat dengan bersembunyi dalam locker supaya tak dapat di kesan warden. Masa tempoh bersembunyi tu dia tertidur. Sedar je dah petang. Bila bangun je dia cuba keluar tapi terkunci dari luar.
Maybe kawan-kawan dia la kot kunci sebab tak tahu dia ada kat dalam. Dia cuba panggil kawan-kawan dia tapi malangnya sorang pun takde sebab hari tu hari terakhir persekolahan semua dah balik kampung. Akibat lemas sebab suhu panas & kurang udara, pelajar tersebut pun mati.
Akibat dari kejadian tu katanya sesiapa jer tidur atas katil arwah, akan nampak pelajar lelaki tu tidur kat sebelah dia. Ditambah seram lagi, setiap tengah malam jumaat, akan ada dengar bunyi locker tu diketuk dari dalam.
Tragedi ini dikatakan berlaku di Maktab Tentera Darat, Sungai Besi.
Dipetik dari www.lekatlekit.com.
3. “Satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur….empat tak tidur lagi…?”
Hari tu saya mula kenal Julia, kami mula rapat sebab masing2 takut nak pergi tandas malam-malam. Kami saling menemani bila nak terkencing malam-malam. Pada mulanya kami berdua memang tak percaya cerita hantu senior sebab sebelum saya mendaftarkan diri di asrama, abang saya dah baritahu awal-awal supaya jangan dengar sangat cerita hantu ni.
Nak dijadikan cerita, ada la satu hari ni saya memang tak boleh nak lelapkan mata. Katil Julia ni sebelah saya je, saya nampak Julia ni dah tidur nyenyak dah, yang lain pun dah tidur jugak. Saya tengok jam dah pukul 2 pagi. Saya cuba nak lelapkan mata tapi tak boleh.
Sedang saya berguling ke kiri ke kanan cuba nak lelapkan mata, saya terdengar macam ada orang buka tingkap bilik saya. Tingkap tu betul-betul depan katil saya. Saya boleh nampak tingkap tu sebab semua katil dah disusun menghadap ke tingkap tu, katil saya yang ke-4 dari dinding. Saya tak fikir apa-apa lagi masa tu sehingga saya terdengar suara
“satu, dua, tiga…“
Lepas saya dengar suara tu, saya terus teringat cerita senior masa mula-mula saya mendaftar di asrama.
Saya mula meremang satu badan, saya dengar lagi
“satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur….empat tak tidur lagi…??“
Saya makin tak sedap hati sebab memang saya katil ke-4 dari dinding. Saya baca semua surah-surah yang saya hafal dalam keadaan sebutan yang berterabur. Benda tu mengira lagi
“satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur….empat tak tidur lagi…??“
Badan saya memang dah menggigil dah masa tu, saya cuba paggil Julia dalam suara terketar2.
“Julia !! Ju.. Julia… Julia !!“
Tapi apa yang membuatkan saya makin menggigil dan menangis bila saya dengar benda tu cakap
“Julia dah tidur…“
…dan disertakan hilaian ketawa yang sangat kuat. Saya terus menjerit “PERGI!!!!“ Banyak kali jugak saya jerit sampai semua pelajar dalam bilik saya terbangun. Saya langsung tak berani nak pandang benda tu.
Dipetik dari auntieserampunya.blogspot.my.
Ada juga versi lain yang mengatakan ‘benda’ itu merupakan seorang nenek kebayan yang suka duduk di atas locker sambil menggoyang-goyangkan kakinya.
4. Roommate jelmaan
Tak tahu pulak sama ada ianya benar atau tidak. Kisah ini diceritakan oleh seorang Cikgu matrik. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Kehidupan mereka seperti biasa tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik berlaku.
Sehinggalah pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suis lampu. Dengan selamba roomatenya mengjulurkan tangannya yang memanjang macam Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik.
Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di pejabat kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud.
Rupanya sudah satu semester dia tinggal dengan hantu (jin). Lepas tu cikgu berpesan kalau boleh nanti bila balik ke bilik cuba check roomate betul-betul sama ada orang betul atau hantu. Setelah dicheck didapati peristiwa ini tak berulang lagi kerana kebanyakan roomate adalah benar-benar manusia.
Kisah ini dikatakan berlaku di UUM di Sintok, Kedah.
Dipetik dari Facebook Wujud.
5. Hantu Banduan
Masa hari pertama sekolah, kiranya masa form one, malam tu, dalam pukul 2 pagi, aku tersedar. Tak tahu pasal apa boleh tersedar, tetiba macam tu. So, bila dah tersedar, aku keluar dari dorm then berjalan ke koridor. Aku pandang bawah, pandang block lain, aku pun tak tahu pasai apa aku jadi berani, keluar dari dorm pukul 2 pagi.
So, lepas jalan jalan, aku masuk balik dorm, dan baring atas katil. Masa tu, semua kawan dah tidur mati, ada bunyi kipas buruk je. Then, selepas aku selimutkan badan, aku terdengar bunyi orang jalan jalan di koridor. Aku bukak mata, tapi takda pape pun, fikirku, mungkin kawan ke tandas kot. Takpe lah, sambung tidur balik.
Then, after few minutes macam tu, aku dengar lagi orang jalan jalan. Kali ni, bukan tapak kaki je yang bunyi, tapi ada sekali dengan bunyi nafas. Seoalah olah, bunyi tu tak jauh dari aku. Bunyi tu makin dekat, dekat dan dekat. Bunyi nafas sekali dengan bunyi gelak gelak halus macam tu. Ohh, time tu, memang tak berani bukak mata la, aku dah fikir bukan bukan dah, hantu kot yang ni, takkan orang.
Tak lama lepas tu, memang sah, bunyi foot steps ni dah masuk dalam dorm aku. Kitorang tidur, tak tutup pintu, kitorang bukak. Tutup pun takda makna, sebab tak boleh lock. Pastu Bunyi nafasnya jelas kedengaran. Aku dah tak berani nak bukak mata. Takut kot, takut terpandang lembaga hodoh berambut panjang depan mata.
Lepas tu, katil aku digoyangkan, fikirku, takkan kawan yang tidur atas goyang katil kot, tak mungkin, tak mungkin. Sah lah ni, hantu ni. Mulut aku kumat kamit baca doa dan surah surah yang aku ingat. time tu, bdan aku mula terketar, mata dipejam rapat, selimut digengam erat, takut hantu tu tarik selimut je. Dan aku pastikan kaki aku dilipat dengan lutut ke dada, taknak hantu tu gosok dan tarik kaki aku. Malah nafasnya jelas kedengaran disebelah kaki katil. Fuuhhh.
Lebih kurang 10 minit jugak katil aku digoyangkan. Lepas tu, hilang. Lega jugaklah, tapi tak lama lepas tu, aku kedengaran seperti orang tarik besi di koridor sebelah tingkap. Takkan senior datang usik macam ni kot. takkan lah. Bunyinya jelas kedengaran, makin lama, makin kuat, then end up, aku terdengar bunyi orang menembak dan jeritan kuat disudahi dengan bunyi macam orang jatuh..
Kejadian malam tu stop sampai situ je, tak lama lepas tu, aku dengar bunyi orang azan dan alarm jam member. Rasa lega gila.
Keesokannya, bila tanya senior, senior kata, memang kawasan sekolah ni dulu adalah tempat sorang banduan bunuh diri. Dia cakap, kalau aku gi tengok di satu pokok dekat dengan bilik band (orang kata, bilik ni banyak kisah hantu), akan ada satu rantai kaki tergantung di puncak atas pokok.
Dan ye, aku tengok memang ada rantai tu. tapi aku masih ragu ragu dengan cerita sebenar. Bila aku tanya adik (adik aku bersekolah di sekolah aku dulu) pasal gangguan tu, dia kata, member dia pernah kena.
Dipetik dari ceritaseramsanasini.blogspot.my.
6. Melati
Melati? Kalau nak tau, Melati ni la sejak dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi penghuni tetap d kawasan asrama UiTM Sabah. Sebut sahaja Melati, rata-rata penghuni asrama UiTM Sabah tau sapa Melati.
Menurut senior-senior yang terdahulu, Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri. Tapi ada juga yang cakap, Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun. Bermacam-macam versi diceritakan tentang cara Melati membunuh diri. Tapi realitinya, dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar di asrama tersebut.
Selalunya..’dia’ ini akan mengacau bila tibanya dekat time exam. Dulu, pelajar perempuan pernah tinggal di blok B dan C. Tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D, E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C.
Lepas tu, setiap tandas di blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dicabut oleh pihak asrama. Menurut mereka, ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas. Setelah diperiksa berulang kali, mereka tidak menemui seorang perempuan pun. So kita cuma akan nampak Melati melalui cermin. (ada cermin atau tiada..’dia’ tetap ada disitu).
Ada juga pelajar yang ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang sedang melompat diatas katil.
Siapa yang ada anak-anak sekolah rendah terutama yang tinggal kat bandar pastinya tahu tentang jenama Smiggle. Jenama aksesori, peralatan sekolah dan cenderahati untuk kanak-kanak.
Warna warni dan cantik-cantik barangannya. Tapi harganya boleh tahan mahal. Bekas pensil saja harganya RM50, keychain pun dah RM20, belum masuk beg paling murah lebih kurang RM170.
Sebab itu hanya parents yang berduit saja membeli barang sekolah dari jenama yang berasal daripada Australia ini untuk anak mereka.
Tapi yang tak sedapnya kerana trend pakai barangan Smiggle di sekolah inilah ada anak-anak yang tersisih. Ada anak murid yang dikata miskin kerana tiada barang-barang ini.
Pengalaman ini diceritakan oleh Hazrezal Ahmad yang dikongsi dalam Facebook.
Dikata miskin sebab takde barang Smiggle
Babah, kawan-kawan saya cakap saya orang miskin. Begitulah ungkapan anak aku lepas pulang dari sekolah semalam. Bila ditanya kenapa, dengan muka sedih dia jawab,
“Kawan-kawan dalam kelas ramai yang ada barang Smiggle. Bila dorang tengok saya takda barang Smiggle, dorang kata saya orang miskin.”
Ya, Smiggle. Sejenis brand menjual fashionable stationery dengan harga premium untuk kanak-kanak especially perempuan.
Selepas mendengar si anak mengadu, aku barasa sedih. Bukan sedih sebab dihina miskin, tapi sedih bila budak sekolah pun ada sikap menilai kawan-kawan hanya dengan melihat barang apa yang kawan dia miliki.
Jenis ibu bapa miskin minda
Ibu bapa memang berhak beli apa saja untuk anak mereka, tetapi janganlah sampai anak memiliki mindset yang salah.
Anak-anak yang mengata kawan mereka miskin kerana takda Smiggle, sebenarnya ibubapa merekalah yang miskin. Mereka ini jenis miskin minda.
Bila masuk outlet terkejut tengok harga mahal. Lepas tu cakap kat anak tak payah beli sebab mahal, orang kaya je boleh beli barang macam ni. Dan macam-macam lagi lah jawapan diberi.
Selepas beberapa waktu, ibubapanya belikan juga.Anak yang melalui proses tadi secara tak langsung akan faham bahawa orang banyak duit saja boleh beli. Jadi bila mereka lihat kawan takda Smiggle, mereka sangka kawan mereka miskin.
Lama kelamaan bila mereka dewasa, mereka akan banyak buat penilaian yang salah terhadap banyak perkara.