
Ubi kayu goreng cicah dengan gula atau sambal bilis memang sedap. Boleh makan waktu pagi atau petang juga. Lepas goreng makan terus panas-panas, lagilah nikmat.
Tapi nak lagi sedap ubi kayu goreng ini jangan goreng begitu saja. Tambah sikit bahan ini supaya jadi lebih sedap dan ada rasa pedas-pedas sikit. Inilah yang buat makin enak tak boleh berhenti makan. Ini cara orang kampung buat ubi kayu goreng.
Cara buat ubi kayu goreng yang sedap
- 1 kg ubi kayu dipotong dan direbus separuh empuk. Waktu rebus masukkan sekali bawang putih tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekali.
2. Bila sudah separuh empuk, tos airnya tapi tinggalkan sedikit supaya ubi lembap-lembap panas.
3. Gaulkan ubi kayu tadi dengan serbuk cili, bawang merah yang ditumbuk dan putih telur yang dipukul dengan garpu. Gaul sebati.
4. Kemudian tambah sedikit tepung gandum. Gaul rata.
5. Selepas gaul ubi dengan tepung terus goreng waktu ubi masih hangat.
6. Hasilnya ubi kayu goreng akan jadi lebih garing dan sedap. Makan begitu saja pun dah sedap tak perlu cicah gula atau sambal.
Sumber: Suriya Sar
Tip Buat Sotong Celup Tepung Yang Sedap Rangup Macam Gerai Tepi Pantai. Guna Tepung Kanji!

Kalau pergi pantai di negeri pantai timur selalu akan ada gerai menjual sotong celup tepung. Rasa sotong lagi yang rangup, makan pulak tepi sambil menikmati pemandangan dan angin pantai memang syok.
Tapi bila kita buat sendiri tepung celup tepung ini di rumah selalu tak menjadi. Tepungnya lerai, tak rangup pulak tu. Ada juga yang jadi bulat macam cucur.
Kalau setiap kali buat sotong celup tepung jadi begini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ag Jeffry A Nuddin pula.
Cara buat sotong celup tepung/ sotong goreng tepung
Hasil beli 2.5kg sotong di pasar, buat sotong goreng tepung. Caranya;
- Bersihkan sotong dan potong.
2. Campurkan sotong ini bersama dengan tepung kanji, telur, serbuk kunyit dan serbuk perasa, garam serta gula. Gaul sebati.
3. Sediakan satu lagi bekas untuk letak tepung kanji.
4. Sebelum goreng, gaulkan sekali lagi sotong tadi dengan tepung kanji dalam bekas.
5. Kemudian bolehlah digoreng hingga masak.
Selamat mencuba.
Tip Beli Perabot Selepas Kejadian Banjir, Cari Perabot Plastik & Bekas Simpan Barang Sementara Dulu

Banjir yang berlaku baru-baru ini memang menyebabkan banyak kerugian. Selain kediaman, kenderaan, perabot rumah antara yang banyak rosak akibat ditenggelami air.
Bagi mangsa banjir untuk menggantikan perabot baru dalam masa terdekat bukan sesuatu yang mudah. Banyak kos yang harus dikeluarkan apatah lagi ada perkara lain yang lebih utama perlu dibaiki.
Tapi nak tak nak sedikit perabot dalam rumah kena ada untuk kemudahan dan kekemasan. Cuma jadi dilema bagaimana kalau banjir lagi?
Pernah berdepan pengalaman kediaman dilanda bah satu ketika dulu, berdasarkan pengalaman ibunya Wan Chu memberikan tip untuk mangsa banjir membeli perabot selepas banjir.
Tip beli perabot untuk mangsa banjir
Saya kongsikan tip berdasarkan pengalaman ibu saya yang melalui banjir paling teruk sekitar 1971 dulu.
1) Mulakan dengan beli perabot yang ringkas tapi tahan lasak. Seperti kotak-kotak plastik, almari plastik, meja dan kerusi plastik. Tidak perlu fikirkan perhiasan-perhiasan buat masa sekarang.
2) Sasarkan pembelian perabot plastik ini untuk penyimpanan sementara yang baik dan dapat digunakan dengan efisien. Keselesaan di tempat kedua.
3) Mula membuat target kewangan tertentu untuk miliki perabot yang lebih baik. Jangan terburu-buru dengan pelbagai tawaran yang disediakan di kedai perabot.
4) Buatlah pilihan yang menjimatkan bajet anda. Kedai barang terpakai juga ada menjual barang barang yang masih baik dan boleh digunakan.
5) Jika anda sudah bersedia untuk membeli perabot yang lebih baik pilihlah perabot berasaskan jati. Umumnya perabot jati kurang popular kerana berat, rekaan yang kurang menarik, agak sukar diperoleh serta harganya yang agak kayangan.
Namun jati adalah perabot paling tahan lasak. Dalam situasi banjir ada kemungkinan yang rosak cuma span sahaja tapi binaan asas jati tetap kuat.
6) Anda masih punya pilihan lain seperti perabot solid wood. Kayu keras yang berat dan padu. Juga merupakan pilihan yang tidak popular kerana kurang menarik dan berat.
7) Selain itu jika anda seorang yang kreatif mgkin boleh hasilkan perabot daripada paip pvc sahaja. Ringan cuma agak kurang tahan lasak jika disasarkan untuk penggunaan jgka masa panjang.
Pembelian sofa berasaskan full leathers juga membantu mengurangkan risiko rosak dalam air. Pastikan kulit yang asli dan bukan campuran tekstil yang lain.
9) Pembelian perabot berasaskan papan partikel (chip board) boleh dibuat jika anda mempunyai bajet yang agak terhad. Namun perlu diingatkan perabot chipboard berisiko tinggi untuk mudah rosak jika terendam di dalam air dan agak merugikan untuk jangka masa panjang.
10) Ambillah masa untuk bertenang dan kumpul semula tabung untuk pembelian perabot anda. Tidak perlu membeli kesemuanya sekaligus. Beli sedikit-sedikit mengikut bajet Dan keperluan terdesak anda.
11) Sebaiknya elakkan berhutang semasa membeli. Ingatkan diri sendiri bahawa pembelian perabot baru bukanlah keutamaan dalam masa musibah ini.
10) Musibah banjir memberi pengajaran pada kita bahawa sederhana itu perlu. Mungkin dekorasi rumah Kita selepas ini lebih kepada minimalis di samping mengurangkan habit menyimpan yang tidak perlu.
Jika ditakdirkan Kita ditimpa musibah ini sekali lagi Insya-Allah Kita tidak panik dengan barang yang terlalu banyak di rumah di samping mudah dan cepat untuk dikemas.
Berbelanjalah mengikut keperluan Dan bajet Kita. Utamakan keperluan asas hidup seperti makanan pakaian Dan tempat berteduh. Keselamatan diri Dan yang tersayang adalah lebih utama.
Sumber: Wan Chu
Mudahnya Tanam Kangkung Guna 4 Bahan, Hasilnya Lebih Menjadi Bila Siram Akar Pakai Baja A+B!

Isi Kandungan
ToggleTak rugi berbudi pada tanah kerana hasil sayuran ditanam boleh dimakan sekaligus menjimatkan belanja dapur.
Selain sawi, pak choy, sayur kangkung juga menjadi pilihan untuk bercucuk tanam.
Tidak sukar untuk menanamnya kerana kangkung boleh hidup subur jika kena caranya.
Perkongsian oleh Encik Acan Ca dari page Berkebun Di Rumah ini boleh kita praktikkan untuk mendapatkan hasil yang banyak dengan hanya menggunakan empat bahan saja.
Tanam Kangkung Guna 4 Bahan
Bahan diperlukan:
1. Benih kangkung
2. Raga dan besen
3. Kapas muka
4. Baja A+B
Cara membuat:
1. Pastikan biji benih terendam pada paras air cecah raga sahaja. Asalkan kapas basah dan jangan pula terendam sampai tenggelam benih berkenaan.

2. Biarkan dan selepas 5 hingga 6 hari, semaian akan jadi begini.

3. Campurkan baja A+B dalam air, ikut umur pokok yang ditanam. Contoh 5 hari kena guna sukatan 500/600EC sukatan baja A+B. Manakala 15/20 hari pula sukatannya 800/1.0EC. Untuk sukatan baja A=B kena ada EC meter.


Info tambahan:
– Baja A+B boleh beli di Shopee. Biasanya jenis cecair, campurkan dalam air. Goncang dan kemudian tuangkan.

– Taburkan saja biji benih dalam penapis dan pastikan terendam air. Tutup pastikan gelap dan bila keluar akar, dedahkan cahaya matahari dan baru guna air baja.
– Kalau tak mahu letak tisu, tabur saja biji benih dalam penapis tetapi jangan banyak. Untuk elakkan daun terbantut, kecil dan tidak lebar. Apabila sudah bertunas, cepat-cepat dedahkan kepada cahaya matahari.

– Pastikan benih sentiasa lembab boleh guna spray air waktu pagi dan petang sekali.
– Ketika semaian jangan kena sinaran matahari, kalau sudah keluar daun, boleh kena sinaran matahari selama setengah jam sudah memadai pada cahaya matahari pagi.
Artikel berkait:
Tanam kangkung, Bayam Guna Penapis Untuk Yang Suka Bercucuk Tanam
Cara Tanam Sayur Paling Mudah Guna Teknik 3T
Nota: Untuk yang nak dapatkan baja A+B, boleh cari di sini