Makan

Resepi Ubi Kayu Goreng Yang Sedap. Ada Rasa Pedas, Lagi Nikmat Makan Panas-Panas

Share

Ubi kayu goreng cicah dengan gula atau sambal bilis memang sedap. Boleh makan waktu pagi atau petang juga. Lepas goreng makan terus panas-panas, lagilah nikmat.

Tapi nak lagi sedap ubi kayu goreng ini jangan goreng begitu saja. Tambah sikit bahan ini supaya jadi lebih sedap dan ada rasa pedas-pedas sikit. Inilah yang buat makin enak tak boleh berhenti makan. Ini cara orang kampung buat ubi kayu goreng.

Cara buat ubi kayu goreng yang sedap

  1. 1 kg ubi kayu dipotong dan direbus separuh empuk. Waktu rebus masukkan sekali bawang putih tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekali.

2. Bila sudah separuh empuk, tos airnya tapi tinggalkan sedikit supaya ubi lembap-lembap panas.

3. Gaulkan ubi kayu tadi dengan serbuk cili, bawang merah yang ditumbuk dan putih telur yang dipukul dengan garpu. Gaul sebati.

4. Kemudian tambah sedikit tepung gandum. Gaul rata.

5. Selepas gaul ubi dengan tepung terus goreng waktu ubi masih hangat.

6. Hasilnya ubi kayu goreng akan jadi lebih garing dan sedap. Makan begitu saja pun dah sedap tak perlu cicah gula atau sambal.

Sumber: Suriya Sar

Published by
VK