Makan

Resipi Biskut Makmur & Kisah Menyentuh Hati Di Sebaliknya

Share

Biskut makmur antara kuih tradisi yang masih disukai hingga kini. Gabungan rasa manis, berlemak dengan teksturnya cair di mulut memang enak.

Lagi best bahan dan cara membuat biskut makmur ini tak lah susah pun. Jadi boleh sangat jika mahu membuatnya sendiri. Panduan ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nora Afida.

Selain itu biskut makmur ini juga punya kisah yang menyentuh hati. Sambil-sambil bakar kuih ini boleh tonton kisah gadis bernama Myra yang membuat biskut ini berdasarkan pesanan ibunya.

Bahan doh

4 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu tepung
3 sudu besar mentega/ minyak sapi – cairkan dulu & tunggu sejuk
Minyak jagung secukupnya

Bahan inti

500 gm kacang tanah – sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar/ ditumbuk
Minyak jagung secukupnya

Cara membuat

1. Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.

2. Campurkan tepung gandum bersama gula castor, butter/minyak sapi yang dah dicairkan (pastikan butter/minyak sapi dah sejuk lepas dicairkan), susu tepung. Gaul rata.

3. Masukkan sedikit demi sedikit minyak jagung ke dalam adunan. Masukkan secukupnya hingga adunan boleh digentel dengan cantik. Untuk memastikan biskut jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.

4. Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak. Buang kulitnya dan kisar kacang sama ada halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa.

5. Campurkan kacang yang hancurkan dengan sedikit minyak jagung atau mazola. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.

6. Bakar dengan suhu 150˚ selama 20 minit.

7. Dah siap bakar biarkan suam kemudian gaulkan biskut makmur ke dalam gula aising.

8. Susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.

Tonton Pangsa Makmur

Tonton kisah menyentuh hati gadis cekal bernama Myra dalam Pangsa Makmur.

Published by
VK