
Isi Kandungan
Toggle
Selain jem, peanut butter atau mentega kacang selalunya akan sentiasa ada di dapur kita. Sebabnya anak-anak memang suka mentega kacang ini untuk dimakan bersama roti.
Harga sebotol sapuan roti ini boleh tahan juga, mencecah RM10.
Tapi sebenarnya kalau nak jimat mentega kacang ini boleh saja dibuat sendiri. Percaya tak modalnya cuma lebih kurang RM2 saja sebotol.
Bahan untuk membuatnya pun mudah. Jom ikut perkongsian Sheila Cyla kalau nak jimat.
Bahan pun mudah
Siapa sangka dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM2 boleh menghasilkan sebotol peanut butter sendiri. Barangnya pun cukup mudah…
200 gm kacang tanah – disangai tanpa minyak dan dibuang kulit
3 sudu besar minyak
½ sudu besar mentega
3 sudu besar gula
Sedikit garam
Cara nak buat lagi senang
- Kisar semua bahan menggunakan pengisar kering sehingga hancur dan berkilat.
- Tadaa…Dah siap untuk dimakan dengan roti atau biskut. Baki boleh simpan dalam botol.
Sumber : Sheila Cyla
Penggemar Mi Segera Ikut 5 Kaedah Betul Masak Mi Segera Ini Untuk Kurangkan Kesan Lilin Makanan & MSG

Isi Kandungan
Toggle
Meski tak elok diamalkan kerana bahan kimia dan pengawet yang terkandung dalamnya tapi tak dapat dinafikan ramai yang suka makan mi segera ini termasuklah kanak-kanak.
Malah Institut Jantung Negara (IJN) telah mengesyorkan agar orang ramai tidak terlalu memakan mi segera.
Maknanya jangan dimakan dengan kerap. Selain itu agar kesan bahan kimia, pengawet dan perasa ini dikurangkan sebaiknya masak mi segera ini mengikut kaedah yang disarankan.
Cara salah!
Mi segera selalunya dimasak dengan cara di bawah dan ianya sebenarnya kaedah yang SALAH:
Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk seasoning dan biarkan bahan bahan tersebut di didih bersama selama tiga minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perisa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan lilin makanan dan mi tersebut akan mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk dinyah keluar oleh badan kita selepas anda makan mi tersebut.
Ini cara masak yang betul
Ini merupakan kaedah yang betul untuk memasak mi segera menurut pakar pemakanan:
1. Rebus mi di dalam periuk air.
2. Setelah mi dimasak, toskan mi, dan buang air tersebut yang telah mengandungi lilin.
3. Rebus air dalam periuk yg lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.
5. Sekiranya, anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.
Untuk mengurangkan bahan pengawet dan perasa, kurangkan separuh dari penggunaan serbuk perisa mi segera dan elakkan menghirup kuah sup selepas menghabiskan mi.
Sejumlah besar pesakit yang berumur antara 18 hingga 24 tahun berakhir dengan pankreatitis sama ada bengkak atau jangkitan pankreas akibat dari pengambilan mi segera secara kerap.
Apakah yang dimaksudkan dengan MSG?
Dalam mi segera juga terkandung MSG. MSG ialah Mono Sodium Glutamate, sejenis bahan perisa yg mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yg menyebabkan ketagihan secara semulajadi.
AjiNoMoto, Vedan dan lain-lain adalah jenama. Bahan yang sama iaitu MSG Racun Perisa yang ada dalam setiap makanan segera, sejuk beku atau di mana-mana gerai makanan terutamanya kedai kedai Masakan Thai – TomYam kerana mereka menggunakan 210% MSG dalam masakan.
Sebab itu bila kita makan makanan segera sampai satu tahap kita akan merasa muak. Tapi selepas beberapa hari kita terasa nak makan atau masih boleh lagi makan dengan selera seolah-olah rasa muak tu tiada. Kita mudah terangsang dan seolah-olah kita tak perasan ketagihan yang dialami. Begitu juga dgn masakan Thai, kita boleh makan TomYam, sup ekor, paprik dan sebagainya dengan begitu selera.
Jenis racun dan bahan kimia yang mampu membunuh kita perlahan-lahan yang ada dalam setiap makanan yang kita makan setiap hari:
1. Perisa
2. Pewarna
3. Penaik
4. Penstabil
5. Pemanis
6. Pengawet
Kesimpulannya, apapun elakkan makan mi segera secara berlebihan sebaliknya pilihlah makanan yang segar dan sihat!
Sumber: Viral Muafakat Johor
Resipi Sos Black Pepper Oleh Wanita Ini Viral Kerana Paling Senang Nak Buat & Sedap!

Isi Kandungan
Toggle
Kalau nak sedia hidangan western atau ayam panggang di rumah, sos black pepper inilah yang paling penting. Kalau sos ini tak sedap, semua boleh failed.
Ramai yang sangka nak buat sos ini susah tapi bila melihat perkongsian Fyda Nz rupanya langkah menghasilkan sos black pepper ini tersangatlah mudah.
Cuma empat langkah ringkas dah terhasil sos yang menurutnya cukup enak.
Sebab itu lah perkongsiannya viral hingga mendapat mendapat hampir 10k perkongsian dalam sebuah page masakan.
Jom tengok caranya:
Percaya tak empat bahan yang ada dalam gambar di bawah ini boleh menghasilkan sos blackpepper yang mudah dan sedap? Ya betul, tak tipu.
Sedap dan bertambah kalau makan, resipi saya sertakan di setiap gambar. Selamat mencuba.
1. Bahan utama:
Sos lada hitam (saya guna sos Longson )
Cream of mushroom soup
Cream of chicken soup mix (kiub ayam)
Tepung gandum
2. Masukkan dua sudu makan cream of mushroom
3. Masukkan dua sudu makan tepung gandum
4. Campurkan Cream of chicken soup mix (kiub ayam)
5. Masukkan air
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul . Bila dah tak berketul masukkan lebihan air tu dalam anggaran setengah periuk seperti dalam gambar.
6. Hidupkan api
Bila dah masukkan air stgh periuk baru hidupkan api dan masak atas dapur . Bila dah mendidih masukkan sos lada hitam Longson. Sambil-sambil tu kacau ya. Kalau tidak nanti berketul dan kuah jadi tak cantik.
7. Ok dah siap!
Sumber Fyda Nz
Rahsia Buat Teh Tarik Sedap, Lagi Sedap Dari Kedai Mamak

Isi Kandungan
Toggle
Bila nak minum teh tarik yang sedap, kita biasanya terus ke kedai mamak. Kadang-kadang dah jadi rutin harian pula malah ada juga yang ketagih teh tarik mamak.
Tapi selepas tahu cara buat teh tarik yang sedap ini anda tak tak perlu lagi ke sana. Buat sendiri saja di rumah.
Malah kalau ikut perkongsian dari Zaim Ahnaf Sufi ini, teh tarik yang dibuat mengikut cara ini lebih sedap dari air tangan mamak.
Apa lagi, jom cuba petang ini. Kalau dah berjaya suami juga mungkin kurang melepak di kedai mamak.
Bahan-bahan:
- Serbuk teh
- Susu pekat atau susu cair
- Secubit garam
- Air secukupnya
- Periuk
Cara membuat:
- Tuang air dalam periuk, masukkan sekali teh dan susu.
- Masak atas api hingga menghasilkan warna teh yang pekat dan wangi teh naik. Biarkan hingga mendidih.
- Rasa air teh dan sesuaikan manisnya.
- Selepas warna teh nampak pekat, masukkan secubit garam untuk memberi rasa lemak pada teh.
- Padamkan api lalu tuang atau tarik dalam cawan sebelum dihidang.
Info
- Teh tarik yang disediakan dengan cara ini tidak akan menyebabkan perut kembung walau pun diminum beberapa cawan.
- Boleh juga ditambah sedikit hirisan halia untuk menambah keenakannya.
Selamat mencuba.
Sumber Facebook Zaim Ahnaf Sufi