Selepas berita dirinya bakal diceraikan tersebar luas di media massa dalam laman sosial, ramai yang prihatin dengan nasib madu kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh.
Apatah lagi bila dikhabarkan bahawa Intan tidak bekerja dan punya dua anak yang masih kecil.
Nasib Intan ini turut mendapat perhatian usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato’ Aliff Syukri. Sebelum ini beliau dilihat bertemu dengan Intan dalam satu posting yang dimuat naik dalam instagram dan menyatakan akan membantu Intan.
Dalam perkembangan terbaru semalam, Dato’ Aliff dilihat mengotakan janjinya bila Intan tampil menjadi model dalam produk tudung terbarunya iaitu Aliff by Sha.
Ads
Intan bergandingan dengan Datin Shahida mempromosikan hijab terbaru keluaran Aliff by sha iaitu shawl tingkat. Sejak semalam beberapa gambar mereka berdua mengenakan rekaan tudung yang labuh sudah dimuat naik dalam intagram @aliff_syukri.
Ads
Malah Intan sendiri turut memuat naik gambarnya menjadi model tudung di instagram. Rata-rata komen memuji penampilan Intan dan tumpang gembira dengan rezeki untuknya. Malah ramai yang juga memberi kata semangat untuk dia meneruskan kehidupan.
Tanggal 10 Julai hari ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad genap 93 tahun. Sempena hari jadi beliau, portal Astro Gempak telah memuat naik rakaman video mencuit hati bersama negarawan ini.
Banyak soalan yang dijawab secara spontan dan begitu menyerlahkan sisi romantik pasangan favourite tanah air ini. Keceriaan, kebahagiaan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat. Apa lagi yang dimahukan dalam hidup selain kekal sihat pada usia begini dan kebahagiaan bersama pasangan.
Memberikan kelainan, video ini dihoskan oleh artis cilik daripada rancangan Ceria Pos Star, Kashika.
Ini soalan yang ditanya dan dijawab. Memang lucu
Adakah Tun M kelakar?
Tun Siti:Kadang-kadang. Bukan selalu. Tapi saya takut kalau tiba-tiba Tun M kelakar. Sebab orang mungkin akan salah faham apa yang dia lawakkan tu sebagai sesuatu yang serius. Bahaya tu.
Bata atau Berocca?
Tun M dan Tun Siti:Bata.
Eating or working?
Tun M dan Tun Siti:Working.
Tun M selalu nampak bijak dan kadangkala kelihatan agak serius. Apakah benda paling gila Tun M pernah lakukan?
Tun M: Benda paling gila pernah saya lakukan…. Tun Siti: Kahwin dengan saya. Tun M: Ya, itu menyeronokkan.
Fikir sebelum bercakap atau bercakap sebelum fikir?
Tun M dan Tun Siti:Fikir dulu.
Proton atau Perodua?
Tun M dan Tun Siti:Proton.
Writing or reading?
Tun M: Reading Tun Siti: Both
Apa perkara Tun M paling suka tentang Tun Siti?
Tun M: Susah nak fikirlah. Tun Siti: Banyak sangat. Tun M: Tapi yang paling saya suka adalah dia tak kacau saya. Kerana saya ni selalu keluar, selalu ada kerja, tak cukup masa untuk famili, untuk anak-anak, tapi dia tak bersungut.
Piano or violin?
Tun M dan Tun Siti:Piano.
K pop or hip hop?
Tun M dan Tun Siti: Hip hop. Tun M:Sebenarnya, saya tak berapa faham soalan tu.
Soalan: Novels or movies?
Tun M dan Tun Siti: Novels.
Pasangan yang telah hidup bersama selama 62 tahun.
Tun berdua adalah pasangan paling digemari oleh rakyat Malaysia. Gambarkan pasangan masing-masing dalam 3 perkataan.
Tun Siti:Saya tak nak dengar. Tun M:Dia selalu lambat.
Durian or cheese?
Tun M dan Tun Siti: Durian.
Work hard or play hard?
Tun M dan Tun Siti:Work hard.
Logik atau kreativiti?
Tun Siti:Kreativiti. Eh, apa jawapan awak? Tun M:Saya setuju dengan awak jelah….
Apa kelemahan Tun M?
Tun Siti: Kelemahan? Itulah, kerja kuat. Tu je. Kerja, saban hari, kadang-kadang sampai lupa kat saya di rumah. Seperti mana yang disebut tadi, itu tugas dia, maka saya kena terima. Ini satu pengorbanan untuk menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab untuk bangsa dan negara. Tun M: Kalau bolehlah, ke mana pun kita pergi, biarlah berdua. Ke mana juga saya pergi, Tun Siti ikut. Tun Siti: Mengekorlah, kan. Tun M: Tapi dia tak suka dengar ucapan. Bila saya beri ucapan, dia lena. Dia tidur.
Apa yang Tun berdua ingin jadi ketika berusia 10 tahun?
Tun M:Saya bercita-cita untuk jadi seorang peguam. Tapi tak berjaya dapat biasiswa. Sebaliknya saya dapat biasiswa untuk bidang perubatan. Tun Siti:Saya nak jadi wartawan sebab saya banyak membaca dan menulis. Tapi ketika zaman pendudukan jepun, ibu saya sakit teruk. Saya ubah fikiran saya untuk jadi seorang doktor.
Perancis atau Belgium?
Tun M dan Tun Siti:Belgium
Being nice or being fair?
Tun M dan Tun Siti:Being fair.
Hugs or kisses?
Tun Siti: Both. Tun M: Hugs. Tun Siti: Dua-dua la. Hugs and kisses.
Adakah saya boleh jadi Perdana Menteri?
Tun M:Semestinya. Tapi awak mesti kerja kuat. Buat baik pada orang. Menangi sokongan mereka. Awak juga mesti sentiasa berpegang pada janji. Buat perkara yang betul. Jangan menipu. Semua ini, jika awak ada, orang akan suka dan mengikut demokrasi, awak boleh jadi Perdana Menteri. Saya tak pernah terfikir saya akan dapat jadi Perdana Menteri. Saya bukanlah siapa-siapa. Keluarga saya bukanlah dari kelas atasan. Saya hanya anak seorang guru sekolah. Tapi saya tetap cuba, bertanding dalam pilihanraya dan menang.
Selamat hari jadi, Tun. Semoga kekal sihat dan dapat menerajui Malaysia menjadi lebih kaya, aman dan harmoni.
Meski sudah setahun berlalu majlis resepsi Fattah Amin dan Fazura, kali ini bersama dengan peminatnya seramai 5,000 orang tetap diingati dek keindahan majlis mereka.
Bukan itu saja melalui majlis itulah juga akhirnya peminat dapat mengenali ahli keluarga pelakon Fattah Amin. Bersama tiga adik perempuan dan ibu yang tampil bertudung labuh, ramai yang seakan tidak percaya bahawa inilah ahli keluarga Fattah Amin.
Namun itulah hakikatnya, Fattah mempunyai tiga adik perempuan, Farhana, Raihan dan Intan serta seorang lagi adik beradik lelaki, Farhan.
Sebelum ini ada juga Fattah berkongsi gambar mereka sekeluarga di instagram.
Bersama ibunya Azizah Abdul Ghani mereka ini sebenarnya selalu saja menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pelakon terkenal ini cuma mungkin ramai yang tidak mengenali.
Melihat penampilan adik beradik terutama adik perempuan Fattah yang manis bertudung litup, ramai juga yang mendoakan agar satu hari Fazura akan mengikut jejak adik-adik iparnya. Kita doakan ya.
Sejak membuat pengakuan mengidap kanser limfoma tahap empat minggu lalu, ramai yang bersimpati dengan penyanyi Elyana. Tapi selain yang bersimpati dan menunjukkan sokongan ada juga yang mengaku sebagai BFF yang niatnya tidak diketahui.
Justeru tidak mahu ada yang terkeliru atau mengambil kesempatan, peserta program Gegar Vaganza ini terpaksa mendedahkan siapa sahabat sejati yang bersamanya selama ini.
Mengaku BFF dan yang cakap makan produk mereka pun banyak
Ramai yang mengeluarkan statement mengatakan bahawa mereka kawan baik saya (bff) dan dah lama tahu tentang kanser saya serta menyimpan rahsia tentang penyakit saya selama ini. Sedangkan saya tidak pernah memberi tahu mereka apatah lagi bercakap mengenai hal ini kerana tidak terlalu rapat…Yang cakap saya belajar satu university pun ada..Saya tak pernah masuk university,sebab dari dulu dah bijak..hahhaha?
Bukannya apa,kerana mereka bukan orang yang benar-benar tahu tentang saya jadi takut tersalah beri Information. Itu saja…Yang cakap saya makan product yang mereka jual pun banyak. Jangan la ambil kesempatan dan berbohong, tak baik. Saya takut ramai yang tertipu saja.
Terpaksa jelaskan kerana ramai bertanya dan keliru
Dia yang di dalam gambar ini adalah benar-benar sahabat saya yang mengetahui tentang saya dari mulut saya sendiri. Sahabat yang pernah menangis bersama selain Anita Baharom ,Zuhairy,Sherry Ibrahim dan Datin Anne Ngasri.
But saya ok je…tetapi saya terpaksa clear kan perkara ni kerana ramai yang bertanya pada saya dan Keliru. Terima Kasih yang mendoakan saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua.
Rupanya ada juga yang nak mengambil kesempatan atas kesakitan orang lain. Apapun kita doakan agar Elyana terus berjuang kerana sebenarnya semakin ramai yang berada di sisinya selepas dia membuat pengakuan mengidap kanser.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...