Makan

Buat Sendiri Sizzling Yee Mee Ayam Cendawan, Ini Resipi Paling Sedap

Share

Sizzling yee mee ini antara makanan food court yang digemari ramai. Tambah pula sizzling yee mee ayam dan cendawan. Tapi hidangan ini boleh juga dimasak di dapur sendiri. Nak lagi ‘feel’ boleh beli hot plate.

Cara membuatnya dikongsi oleh Ara Zuharoh.

Katanya resipi ini memang sedap malah lagi sedap dari restoren kegemarannya.

Buat sendiri sizzling yee mee ayam & cendawan

Bahan-bahan:
1 gulung yee mee
Ayam – potong kecil-kecil
2 biji cendawan kering – rendam hingga kembang dan belah dua
3 tangkai cili kering – potong dalam 1 inci
1 inci halia – diketuk
3 ulas bawang putih – cincang halus
2 pokok sawi- siang dan dicelur sekejap
5 sb kicap pekat
3 sb sos tiram
3 cawan air – kalau nak kuah banyak letak air lebih
1 biji telur
1 sb tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
Serbuk lada hitam
Minyak secukupnya
Garam dan perasa

Cara membuat:

1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.

2. Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam, tumis lagi dan seterusnya masukkan ayam.. Biarkan ayam separuh masak.

3. Masukkan air dan gaul sebati, seterusnya masukkan cendawan.

4. Seterusnya masukkan air bancuhan tepung jagung, perasa, garam dan serbuk perasa. Kuah terpulang nak pekat atau sebaliknya.

5. Panaskan hot plate, masukkan dahulu kuah tadi dan seterusnya masukkan yee mee.

6. Akhir sekali masukkan sawi dicelur dan pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.

7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.

8. Taburkan serbuk lada sulah dan tambah cili potong untuk menambah selera.

Siap.. Selamat mencuba

INFO
Bahan untuk hidangan 1 pax, kalau nak lebih gandakan bahan.
Hot plate boleh beli di Shopee (klik SINI untuk beli), harga lebih kurang RM20. Cara simpan supaya tak mudah karat, pastikan lepas guna keringkan dan sapu minyak. Sebelum simpan, bungkus dengan surat khabar.

Selamat mencuba

Sumber: Ara Zuharoh.

Published by
VK