Banyak kediaman sekarang menggunakan pintu sliding. Antara masalah selalu berlaku bila pintu ini dah lama digunakan adalah pintu sliding jadi tersekat dan susah untuk ditarik atau ditolak.
Bagi mengatasi masalah yang biasa dihadapi ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Jason_jezi di akaun Tik Tok miliknya. Mudah saja rupanya untuk betulkan.
Ujarnya masalah pintu sliding susah ditarik atau ditolak berlaku kerana skru pintu longgar mengakibatkan pintu sliding turun. Jadi lakukan perkara berikut;
1.Cari lubang skru di bahagian bawah pintu sliding kemudian ketatkan menggunakan screwdriver.
2.Apabila dah diketatkan pintu yang turun tadi akan naik semula. Selesai masalah pintu susah nak tarik.
3.Selain itu pintu sliding boleh jadi tersekat-sekat kerana ada kotoran seperti pasir pada rail. Jadi lap dan bersihkan kotoran.
Bendi antara sayuran yang selalu ditanam di rumah, kerana mudah. Dalam polibeg pun boleh dan hasilnya tetap subur dan gemuk, jika ikut penjagaan yang betul.
Bagi yang nak cuba tanam dalam polibeg boleh ikut cara ini.
SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polibeg
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.
2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.
Pilih benih berkualiti.
3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.
4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.
Semaian bendi.
5. Letak di tempat redup tetapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6 in 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.
Pindahkan ke polybag.
Tip pokok rendah, dan berbuah
Kalau mahu berbuah rendah dan berbuah, pangkas pucuknya. Pangkas masa saiz ketinggian 1.5 kaki ke 2 kaki sebelum berbuah.
Permenant marker memang selalu kita gunakan di pejabat malah selalu jadi mainan anak di rumah. Paling merimaskan jika terkena pada baju kesannya memang sukar dihilang. Selalunya baju tersebut dibuang.
Sebenarnya ia boleh dihilangkan jika kita tahu caranya malah ada banyak pilihan bahan yang boleh digunakan untuk menanggalkan kesan ini.
Fabrik
Sebenarnya ada banyak cara untuktk hilangkan permenant marker pada fabrik. Anda boleh cuba menggunakan hand sanitizer, aerosol hair spray (penyembur rambut), nail polish remover, cuka, jus lemon ataupun ubat gigi (bukan gel).
Letakkan bahan terbabit pada kain dan menggunakan tuala tekan dan tekap pada kotoran itu supaya bahan tersebut menyerap pada kotoran. Elakkan menggosok.
Letakkan juga tuala lain sebagai alas untuk memastikan dakwat marker tidak terkena pada bahagian lain.
Bagi fabrik seperti satin atau sutera sebaiknya hantar untuk kaedah dry cleaning. Pastikan anda menunjukkan kepada pekerja dobi di mana kotoran tersebut.
Perabot
Jika marker terkena pada perabot kayu boleh gunakan mentega kacang atau ubat gigi sebagai agen pembersih. Letakkan mentega kacang pada kotoran dan gosok. Sebelum itu uji dulu penggunaannya pada bahagian perabot yang terlindung untuk memastikan ia tidak menjejaskan warna perabot.
Kulit
Jika marker terkena kepada kasut atau beg kulit misalnya pastikan anda bertindak pantas ya. Gunakan aeresol hairspray, cuka putih atau pun krim pelindung cahaya matahari untuk hilangkannya. Tekan dan tekan atau sembur bahan terbabit pada kotoran sehingga kotoran keluar dan lap.
Dinding
Jika anak menconteng marker pada dinding, cuba gunakan bahan sama ada aerosol hairspray, ubat gigi (bukan gel), ataupun lemon.
Letakkan bahan pada kotoran dan gosok tapi jangan terlalu kuat untuk mengelakkan kesan marker ini merebak. Sebaiknya gunakan teknik tekan secara lembut menggunakan tuala.
Karpet
Gunakan cuka, aerosol hair spray atau krim pencukur. Letak bahan ini pada kotoran dan tekan lembut. Apabila kotoran keluar tekan sekalu lagi menggunakan tuala lain untuk membersihkannya. Selepas itu boleh juga teknik melapik permukaan karpet dengan tuala dan gosok dengan seterika untuk mengangkat kotoran.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...