Roti John ini memang antara menu yang dicari bila bulan puasa dan ia banyak di jual di Bazar Ramadan. Tapi ramai juga yang tak suka untuk keluar bersesak dan beratur di sini.
Jadi alternatif untuk yang tak mahu beli di bazar, kita buat sendiri. Ya memang boleh buat sendiri! Caranya dikongsi oleh Chinta Eyja.
Menariknya, tak susah-susah cari roti yang macam digunakan oleh peniaga sebaliknya guna roti frankfurter saja.
Roti John homemade
Bahan-bahan yang digunakan:
Bawang merah -potong dadu
Bawang putih- potong dadu
Rempah kari (Campur air)
Daging atau ayam cincang atau daging burger
Sosej -potong
Garam
Lada Sulah
Daun sup/bawang -dihiris
Telur
Roti frankfurter
Mentega
Ada jenama lain juga.
Cara membuat:
1. Untuk buat inti roti john, tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan, rempah kari, daging cindang, dan sosej serta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan boleh agak-agak saja. Dah masak, ketepikan.
2. Pecahkan telur dalam bekas, masukkan sekali dengan daun sup atau daun bawang. Kacau.
3. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.
4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti, jangan sampai putus dan sapukan mentega. Terus tekap atas kuali. Ketepikan sekejap.
5. Cairkan sedikit mentega dalam kuali yang sama kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.
6. Tekap roti di atasnya.
7. Terbalikkan.
8. Ini yang dah siap tekap dengan inti tadi.
9. Letak mayonis, sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.
Rasanya kebanyakan wanita berdepan masalah rambut gugur. Sampai risau dibuatnya. Begitu juga masalah kelemumur, berminyak dan gatal sama naik dengan masalah rambut gugur.
Sebab itulah ada macam-macam syampu diperkenalkan di pasaran untuk rawat masalah ini. Tapi kalangan netizen di media sosial ramai yang berkongsi satu amalan atau petua untuk mengatasi semua masalah rambut ini dengan mudah.
Tak perlu syampu rawatan khas, semua masalah rambut tadi boleh diatasi dengan hanya mencampurkan garam pada syampu.
Antaranya adalah melalui perkongsian dari Syakila Rahim.
Sebelum bersyampu cari garam dulu
Ada orang beri petua, nak rambut kuat, lebat dan tak mudah luruh, sebelum bersyampu campur dulu syampu dengan garam. Ataupun basah dulu rambut dengan air garam kemudian barulah bersyampu.
Masuk kali ini, cubaan kali ketiga. Bila campur syampu dengan garam, syampu akan kurang buih jadi jangan asyik tambah syampu.
Lepas guna petua ini, alhamdulilah rambut jadi lembut, kepala pun tak gatal dan jadi ringan.
Boleh amalkan dua atau tiga kali seminggu.
Apa fungsi garam?
1. Nyahkan kelemumur
Kelemumur merupakan bakteria, jika rambut penuh dengan kelemumur cara paling mudah untuk bersihkannya adalah dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
2. Rambut nampak lebih segar
Ya air garam boleh bantu masalah kulit kepala berminyak serta kotoran lain juga. Jika semua masalah ini diatasi maka rambut pun akan jadi lebih segar dan berkilau.
3. Halang rambut gugur
Air garam boleh menyebabkan liang roma pada kulit kepala tertutup rapat seterusnya menghalang dari berlakunya keguguran rambut.
Walau memang guna gas untuk memasak, tapi bab pasang kepala gas tetap buat kita risau terutama kalangan kaum wanita.
Kena pula lepas pasang kepala gas ada bunyi dan ada bau gas, mulalah fikir yang negatif akan berlaku. Sebenarnya jika berlaku situasi ini waktu memasang kepala anda hanya perlu melakukan beberapa langkah yang dikongsi oleh Arm Ika untuk menyelesaikan masalah ini.
Atasi masalah tong gas keluar bunyi dan bau
Saya sekadar ingin membantu apa yang saya tahu. Saya nak kongsi ilmu mengenai “tong gas” bila berdepan masalah waktu tukar gas baru. Ketika ini mungkin berlaku ada bunyi dan gas keluar. Cara atasi;
Step 1 – Ini getah hitam ada dalam kepala gas.
Step 2 – Keluarkan getah itu guna pisau atau alat yang tirus untuk cungkil keluar getah hitam dari kepala gas.
Step 3 – Bila dah keluar, terbalikkan getah hitam kemudian masukkan semula.
Step 4 – Tekan terus supaya rapat, guna jari pun boleh.
Nota: Kalau tiada getah langsung dalam kepala gas boleh ambil dari tong gas yang lain masukkan di dalamnya. Tapi kalau dah tukar pun masih ada bunyi gas dan berbau gas carilah orang yang sepatutnya untuk melakukan pemeriksaan.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...