Kalau di rumah ada lebihan roti dan tarikh expired dah hampir eloklah buat puding roti marble ini.
Selalunya bila sudah diolah menjadi puding ini memang sekejap saja licin. Warna yang menarik selain rasanya yang manis berlemak gerenti buat satu keluarga suka makan.
Nak membuatnya pun mudah, boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nurul Munirah Jamaludin ini.
Bahan-bahan
6 keping roti 9 (dipotong/dicarik)
20g agar-agar tali
3 sudu gula
1/2 sb esen vanilla
2 sudu mentega
3 jenis pewarna
Bahan kisar
1 tin susu cair
3/4 tin susu pekat
2 biji telur
6 cawan air
1. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
2. Kemudian masukkan gula, esen vanilla dan bahan yang dikisar tadi.
3. Masukkan sekali mentega kemudian kacau sebati.
4. Tuang adunan dalam 3 bekas dan warnakan setiap satu dengan warna yang disukai.
5. Sediakan loyang dan tuang adunan satu persatu ke dalamnya untuk menghasilkan corak marble.
6. Sejukkan dulu di luar kemudian barulah dimasukkan dalam peti ais selama satu jam.
7. Selepas sejam bolehlah dipotong.
Selamat mencuba.
Sumber: Nurul Munirah Jamaludin