Bagi yang suka bercucuk tanam kat sekeliling rumah tapi pokok yang ditanam asyik tak subur dan tak berbuah boleh cuba cara yang digunakan oleh Intan Suhana.
Menggunakan hanya roti dan air inilah rahsia tanamannya menjadi. Katanya baja yang dinamakan MOL (Mikroorganisma Lokal) ini memang berkesan. Dia boleh lihat ‘keajaiban’ selepas menggunakan baja ini.
Pokok akan berkembang biak, pucuk baru keluar meriah, daun jadi hijau dan kalau yang tak pernah berbuah akan mula keluarkan hasil.
Cara nak buat juga senang, tak guna tenaga pun malah kosnya tersangatlah murah. Boleh ikut perkongsian Intan Suhana ini.
Sekeping roti yang masih baik
Air sebanyak 1.5 liter
1. Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.
2. Kak Intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah.
3. Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah singki.
4. Kak intan suka gunakan nisbah sendiri. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah.
Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.
Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur.
5. Ha… tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar. Tapi sayang. Udah kena libas separuh dengan suamiku si tukang mesin rumput.
6. Daun kucai ni bagus. Mencontohi kekedingan tuan nya kahkah. Tapi subur ok!
7. Daun kesum yang gemok
8. Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis.
9. Ini pulak pokok delima yang dah lebat daunnya.
Menarik sungguh tengok hasil tanaman dia kan. Selamat mencuba uols.
Sumber: Intan Suhana