Kali ni VK nak kongsi resipi untuk anda yang sedang diet. Tengah diet tapi nak makan sedap. Jadi cubalah buat hidangan roti tortila dengan kepingan isi dada ayam goreng ni.
Kata empunya resipi viral ni, Mastura Razali, resipi roti tortila yang dikongsikan di sebuah grup makanan terkenal tanah air ini adalah sihat kerana kurang minyak. Tambah pula ada sayur-sayuran misalnya salad dan tomato. Kalau nak lebih sihat, anda boleh masak isi ayam tu atas kuali tanpa menggunakan banyak minyak. Lebihkan sayur.
“Nak membuat resipi ni mudah sangat. Sesuai juga untuk yang ingin diet. Jadi apabila balik kerja, badan dah letih, cukuplah makan roti tortila ini sahaja. Tak perlu makan nasi. Ini pun dah cukup mengenyangkan,” kata Mastura yang turut memaklumkan kos penyediaan resipi ini lebih kurang RM50 untuk lima hidangan.
Ads
Bahan-bahan:
Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Daun salad secukupnya
Tomato – potong dadu
Lobak merah – disagat
Timun – disagat
Keju – ikut cita rasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
Tepung gorengan serbaguna
Telur – dipukul
Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
Ads
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak sehingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ini bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
Ads
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.
Masakan orang Melayu memang kerap gunakan santan untuk masak lemak, kari, bubur dan macam macam lagi. Biasanya bagi ibu bekerja santan segera dalam kotak akan jadi pilihan.
Tapi masalah bila beli santan kotak ini adalah jika tak dihabiskan ia akan basi. Ya lah kita pun tak hari-hari guna santan kan.
Tapi perkongsian dari Puan Nelisa Sofea ini membantu menyelesaikan kaum mak-mak. Ia mudah dan bahan yang diperlukancuma plastik aiskrim saja.
Caranya:
Bila ada lebihan santan kotak tuang dalam plastik aiskrim dan simpan.
2. Bagi yang selalu membeli kotak besar pula dan mahu berjimat, buka kotak dan masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut kuantiti sekali masak.
3. Ikat dan masukkan di bahagian chiller bukan freezer.
4. Keluarkan bila hendak digunakan. Tapi pastikan anda melabel tarikh luput santan mengikut yang tertera pada kotaktu ya!
Selain jem, peanut butter atau mentega kacang selalunya akan sentiasa ada di dapur kita. Sebabnya anak-anak memang suka mentega kacang ini untuk dimakan bersama roti.
Harga sebotol sapuan roti ini boleh tahan juga, mencecah RM10.
Tapi sebenarnya kalau nak jimat mentega kacang ini boleh saja dibuat sendiri. Percaya tak modalnya cuma lebih kurang RM2 saja sebotol.
Bahan untuk membuatnya pun mudah. Jom ikut perkongsian Sheila Cyla kalau nak jimat.
Bahan pun mudah
Siapa sangka dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM2 boleh menghasilkan sebotol peanut butter sendiri. Barangnya pun cukup mudah…
200 gm kacang tanah – disangai tanpa minyak dan dibuang kulit
3 sudu besar minyak
½ sudu besar mentega
3 sudu besar gula
Sedikit garam
Cara nak buat lagi senang
Kisar semua bahan menggunakan pengisar kering sehingga hancur dan berkilat.
Tadaa…Dah siap untuk dimakan dengan roti atau biskut. Baki boleh simpan dalam botol.
Kalau follow page Masak Apa Hari Ni… posting tentang resipi biji delima ni memang asyik lalu saja di timeline dua tiga hari ni.
Tapi paling banyak dikongsi adalah resipi daripada Qema Fazri ini. Resepi ini saja mendapat lebih 25 ribu perkongsian.
Fuh viral sungguh! Dia berkongsi langkah demi langkah membuat hidangan yang sesuai untuk minum petang ni. Siapa yang nak cuba tu bolehlah ikut step ni.
Terjebak jugak akhirnya
Terjebak jugak dgn biji delima ni…merah takde hijau pun masih menawan kalbu…Letak susu cair dgn air gula merah dan ais nyaman masuk tekak. Kalau tak faham resepi boleh rujuk pic last sekali ya. Saya pun first time buat ni. Guna resepi dari ahli dlm group ni jugak, halal ya sis.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung ubi kayu ½ cawan air suam ( agak-agak sendiri) 5 helai tisu dapur Sesudu tepung jagung
Cara membuat:
Masukkan air dalam tepung ubi. Bancuh adunan jangan keras dan jangan cair. Sedang-sedang saja.
Alas pinggan dengan tisu dapur dan tabur tepung jagung di atas tisu. Kemudian tuang adunan atas tisu dan biarkan adunan tadi mengeras dlm 5 minit. Kemudian sapu permukaan adunan yang keras tadi dengan warna kegemaran masing-masing.
Bila dah keras, bolehlah dipotong.
Lepas potong, cabut tisunya dan patah-patahkan jadi bentuk dadu.
Kemudian terus masukan dalam air yg mendidih. Tunggu sampai timbul baru angkat dan masukkan dalam air ais.
Inilah rupanya biji delima yang telah siap.
Sedia untuk dimakan dengan susu cair dan air gula. Boleh masukkan juga dua atau tiga ketul ais agar terasa sejuk. Rasanya kenyal-kenyal macam black pearl dalam air Chatime tu.