Roti Tortila Homemade Sihat Untuk Makan Malam, Sesuai Bagi Yang Sedang Diet Tapi Nak Makan Sedap

Share

 

Kali ni VK nak kongsi resipi untuk anda yang sedang diet. Tengah diet tapi nak makan sedap. Jadi cubalah buat hidangan roti tortila dengan kepingan isi dada ayam goreng ni.

Kata empunya resipi viral ni, Mastura Razali, resipi roti tortila yang dikongsikan di sebuah grup makanan terkenal tanah air ini adalah sihat kerana kurang minyak. Tambah pula ada sayur-sayuran misalnya salad dan tomato. Kalau nak lebih sihat, anda boleh masak isi ayam tu atas kuali tanpa menggunakan banyak minyak. Lebihkan sayur.

“Nak membuat resipi ni mudah sangat. Sesuai juga untuk yang ingin diet. Jadi apabila balik kerja, badan dah letih, cukuplah makan roti tortila ini sahaja. Tak perlu makan nasi. Ini pun dah cukup mengenyangkan,” kata Mastura yang turut memaklumkan kos penyediaan resipi ini lebih kurang RM50 untuk lima hidangan.

 

Bahan-bahan:

Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Daun salad secukupnya
Tomato – potong dadu
Lobak merah – disagat
Timun – disagat
Keju – ikut cita rasa. Tak nak pun tak mengapa

BAHAN PERAP AYAM

Tepung gorengan serbaguna
Telur – dipukul
Bahan perasa

CARA MEMASAK:

1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.

2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.

3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak sehingga garing dan berwarna keemasan.

4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ini bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.

5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.

6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.

7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.

8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.

9. Sedia untuk dinikmati.

Resipi & foto: Mastura Razali

Published by
Maryam Elyas