Rugi Kalau Buang Kepala & Kulit Udang, Boleh Buat Stok Udang Penyedap Masakan. Ini Caranya

Share

Selalu sebelum masak udang, kepalanya kita buang dan ada masa kulitnya juga kita kopek serta buang supaya mudah makan.

Tapi rugi sangat kalau sisa udang ini dimasukkan dalam tong sampah sedangkan ia sebenarnya boleh dijadikan stok penyedap masakan yang boleh guna sehari-hari.

Cara untuk membuat stok kulit dan kepala udang ini juga mudah sangat dan ada dikongsi oleh Abd Rahman Tayun.

Cara buat stok kepala dan kulit udang

1. Basuh kulit dan kepala udang dengan garam kasar

2. Masuk dalam periuk dan goreng hingga kering dn bertukar warna kemerahan.

3. Selepas itu masuk air hingga menutupi kulit dan kepala udang.

4. Reneh selama satu atau satu setengah jam (tambah air jika perlu).

5. Sejukkan, kemudin kisar dan tapis air stok udang ini.

6. Masukkan dalam bekas dan bekukan untuk tahan lebih lama. Boleh bahagikan kepada beberapa bekas untuk mudahkan penggunakan.

7. Stok ini sesuai digunakan untuk laksa sarawak, mee atau bihun sup atau masakan goreng, sayur goreng dan lain-lain sebagai penyedap masakan.

Selamat mencuba.

Sumber: Abd Rahman Tayun

 

Published by
VK