Pastinya teruja bila kediaman yang dibeli akhirnya siap dan kita boleh pindah masuk rumah sendiri. Tapi ada juga yang tak bernasib baik bila kediaman yang diharap sempurna itu hanya seketika. Baru saja masuk kita boleh nampak kerosakan dah berlaku pada kediaman.
Dinding atau lantai retak dan pecah, bocor dan sebagainya. Memang mengecewakan. Lagi membuat kita stres bila pemaju lambat memberi respon dan membuat pembaikan kerosakan.
Jika ada yang mengalami situasi sebegini, perkongsian berikut boleh rujukan. Ia berkenaan langkah yang perlu dilakukan jika pemaju lambat membuat tindakan membaiki kerosakan di rumah yang baru diduduki.
Lain kali tak payah bertekak dengan Developer kalau Developer berdegil tak nak repair Defect rumah kita, buat sakit anak tekak saja.
Kalau rumah kita masih under Defect Liability Period (DLP) lagi mudah kita nak ambil tindakan. Kalau mereka tak nak repair defect. Buat ikut langkah ini.
1. Hantar formal letter ke developer dan cc ke peguam S&P kita. Hantar guna pos berdaftar (supaya ada rekod)
2. Tiada tindakan after 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan akan report ke Tribunal. Surat mesti cc ke peguam S&P.
3. Tiada tindakan juga selepas 14 hari, bawak 2 surat ni dan pergi ke Tribunal. Tribunal memang akan memihak pada Pembeli.
NOTA
Sebab duit loan dari Bank pinjaman kita, peguam kita yang control. Kebiasaannya peguam & bank takkan lepaskan duit 100%, mereka hanya release 95% sahaja dan akan simpan 5% retention sum.
Contractor mesti kena settlekan semua kecacatan baru boleh terima 5% retention sum after DLP.
Bank akan release retention sum after end defects liability period (DLP). DLP adalah 24 bulan.
Tapi developer pun cuba tipu saya, mengatakan DLP just 3 bulan masa ambil kunci, tapi saya pun dari industry pembinaan, so memang tahu 24 bulan. Saya pun ada rakan-rakan dalam industry ni, mudah saya nak double confirm dengan Arkitek, Quantity Surveyor dan Contractor lain
Apabila jadi kalau kontraktor berdegil tak nak repair defect dalam masa DLP period. Pemilik boleh baiki sendiri kecacatan tu dan claim balik duit repair tu dengan syarat kita dah hantar surat ke developer seperti step2 di atas.
Developer pun boleh baiki dan deduct dari amount 5% retention sump.
Ada sesetengah kerosakan yang cover selepas DLP period, antara nya keretakan dinding. Masih ada Warranty bangunan, ni saya tak pasti berapa lama, mungkin 50 tahun (maaf saya tak ingat)
So apa tindakan yang perlu kita lakukan. Hantar surat ke Developer, dah buat second step masih tiada respond dari Developer, pergi Tribunal buat report.
Kawan saya beli rumah subsale, rumah retak (Major), sebelum masuk rumah dia basuh lantai tapi air boleh meresap ke rumah sebelah. Report pemaja, mereka memang baiki, ambik masa sebulan untuk buat strengthening structure balik. Rumah tersebut ada mendapan, itu yang menyebabkan rumah rosak teruk.
Pengalaman pertama
Cermin di balkoni saya tiba-tiba pecah. Saya isi form defect kat pemaju tapi alasan pemaju cermin di balkoni tu external (luar rumah) so itu bukan under defect yang contractor perlu baiki. Pemilik kena baiki sendiri. Contractor hanya baiki dalam rumah sahaja.
Kira mereka berdegil tak nak baiki cermin di balik balkoni saya.
Saya just buat first step. Hantar surat formal, cc ke peguam saya dan hantar by pos berdaftar. Saya pun ada hantar by hand sebab takut pos berdaftar lambat.
Tapi kalau guna pos berdaftar lagi kukuh sebagai bukti nak bawak ke mahkamah tribunal.
Hari ketiga, wakil developer dan pihak contractor datang kerumah saya untuk periksa dan bersetuju ganti semula.
Kes SELESAI.
Pengalaman kedua
Leaking dalam bilik air saya betul-betul di atas cermin, menyebabkan cermin jadi tompok-tompok hitam. Cermin itu saya built in, saya tambah selepas dapat kunci.
Saya dah check dengan rakan saya merupakan Quantity Surveyor, cermin saya rosak disebab kecacatan bangunan memang tanggungjawab kontraktor kena tukar baru.
Kontraktor tak nak layan, so saya buat sampai second step. Lepas itu kontraktor sendiri cari kita, mungkin disebabkan 5% retention sum tu peguam kita tahan. So kontraktor kena dapatkan release letter dari pemilik baru peguam kita lepaskan retention sum. Tak sempat pun saya report ke tribunal.
Kes SELESAI
Sumber: Wa Aqilah Aqeel