
Nak tengok rumah paling kemas dan tersusun, ha boleh tengok rumah ni. Kediaman milik Alejandra Costello, seorang perancang profesional yang pernah dilabel sebagai The Most Organized Home In America.
Selepas anda melihat video ini anda akan faham kenapa. Strategi penstoran barang yang dibuat di rumah ini memang tersusun malah berlabel.
Paling menarik adalah penstoran di bahagian dapur. Anda mungkin boleh dapat idea untuk mengemas kediaman melalui video ini.
Tip Mudah Hilangkan Kesan Kuning Pada Kasut Selepas Dibasuh, Guna Tisu Saja

Basuh kasut sebab kotor tapi bila dah kering ada pula kesan kuning pada kasut yang kering. Lagi jelas kalau kasut berwarna putih. Walau basuh kali kedua kesan kuning tetap ada.
Sebenarnya kesan kuning ini adalah saki baki kotoran yang tertinggal di permukaan kasut ketika proses pengeringan berlaku. Ada teknik yang perlu digunakan untuk mengelakkan kesan kuning ini tertinggal.

Caranya mudah sangat hanya menggunakan tisu tandas atau tisu dapur.
1. Sediakan tisu dapur atau tisu tandas.
2. Selepas mencuci bersih kasut, lapiskan keseluruhan kasut yang masih basah menggunakan tisu tadi. Jika menggunakan tisu tandas buat 2 lapisan. Biarkan tisu melekat pada kasut basah tadi.
3. Kemudian boleh jemur atau biarkan kasut mengering.
4. Selepas kasut kering, angkat tisu dan anda akan dapati kotoran kuning akan melekat pada tisu bukan pada kasut.
Selamat mencuba
Sumber: Ease Elias, vtmo6
Malu Dengan Budak 8 Tahun Shamsul Ghau Ghau Insaf, Kini Bergelar Tenaga Pengajar Agama Bertauliah

Isi Kandungan
Toggle
Bermula dari rasa malu kerana membuka al-Quran terbalik dari kanan ke kiri, sejak itulah timbulnya
rasa insaf dalam diri pelakon, Shamsul Ghau Ghau. Kejadian itu dialami ketika berada di hadapan Kaabah semasa
mengerjakan umrah.
“Sedang duduk di depan Kaabah, seorang budak lelaki dalam lingkungan 7 atau 8 tahun umurnya duduk di depan Pak Su. Dia bukak Quran dan baca. Pak Su terfikir, sejak khatam Quran masa usia 12 tahun dulu, Pak Su tak pernah dah baca Quran. Terfikir, macam mana kalau Pak Su mati pada hari itu dalam keadaan Pak Su tak boleh baca Quran,” ceritanya.
Ketika itu Shamsul yang mesra dipanggil Pak Su mengakui dia rasa tercabar dengan kanak-kanak tersebut. Dia membuka Quran namun dalam keadaan terbalik hingga mencetuskan rasa bersalah dalam dirinya. Malah ketika itu dia sendiri gagap untuk membaca surah al-Baqarah kerana sudah lupa tanda-tanda bacaan yang sepatutnya diketahui oleh seluruh umat Islam.
Doa depan Kaabah
Keinsafan yang dirasai di Kaabah itu menyebabkan dia memasang niat untuk mengubah diri. Mengambil kesempatan berada di bumi yang penuh barakah Pak Su memohon berdoa supaya dia yang ketika itu belum berumah tanga diberikan jodoh yang baik, dikurniakan anak yang menyejukkan hati, kediaman yang dekat dengan masjid selain dipermudahkan usaha untuk mengaji al-Quran. Paling utama, Pak Su berdoa supaya ditetapkan iman kerana dia sedar ketika itu imannya pasang surut.
Pada 2004, doa Pak Su dimakbulkan Allah. Dia bertemu jodoh dan tahun berikutnya dia dikurniakan seorang cahayamata malah doanya untuk punya rumah berhampiran masjid juga dimakbulkan.
“Pak Su juga bersyukur kerana Allah makbulkan Pak Su miliki rumah dekat betul dengan masjid. Sejak itulah Pak Su rasakan bahawa Allah dengar segala doa yang Pak Su bacakan ketika kali pertama pergi Mekah untuk mengerjakan umrah dulu. Maha Suci Allah.”
Tukar persekitaran
Menurut Pak Su, jika kita ingin berubah dalam hidup, hijrahlah dengan persekitaran terlebih dahulu. Kalau masih perlu berada dalam persekitaran lama, maka mereka yang ingin berhijrah itu perlu lebih kuat. Dia bagaimanapun bersyukur kerana memperoleh kawan-kawan baru yakni jemaah masjid yang dapat membantu membimbingnya.
Dari situ jugalah sedikit demi sedikit Pak Su belajar ilmu agama hingga kini dia sudahpun bergelar tenaga pengajar agama di Selangor. Pentauliahan ini diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang membolehkan Pak Su mengajar agama dan al-Quran.
“Ilmu kita kena cari kerana ilmu tak datang sendiri. Pergi berguru dengan orang yang betul. Dan kena mula dengan menutup aurat sebaik mungkin terutama wanita,” nasihat Pak Su.
Istiqamah
Setiap perubahan perlukan proses yang berterusan dan istiqamah. Menurut Pak Su, untuk terus istiqamah, dia amalkan 5 perkara iaitu:
1) Rajin baca Quran dan faham maknanya.
2) Rajin solat pada waktu malam.
3) Banyak berzikir.
4) Kerap berpuasa.
5) Berkawan dengan orang soleh.
3 impian ingin dicapai
Semua orang inginkan kebahagiaan dalam hidup. Untuk mendapatkan kebahagiaan itu, sudah pasti perlu ada usaha dan tingkah laku kita sendiri perlu menjurus ke arahnya. Demikian kata Pak Su bila ditanya tentang impiannya yang ingin dicapai.
“Dalam hidup Pak Su, antara yang ingin Pak Su capai ialah untuk mati dalam iman. Biarlah pengakhiran hidup kita ini selalu ingat mati dan diakhiri dengan iman. Bahagialah kita di alam sana nanti. Keduanya, Pak Su ingin isteri dan anak jadi insan yang soleh serta solehah. Seterusnya, Pak Su ingin Allah melapangkan kubur ibu bapa dan masukkan mereka ke dalam syurga,” kata Pak Su.
Ditanya apakah impiannya yang lain, Pak Su mengungkap sesuatu yang berbeza.
“Pak Su ingin mengislamkan Christiano Ronaldo. Apa yang Pak Su baca di internet, Christiano seorang yang punya keperibadian yang baik. Dia seorang pemain bola sepak bukan Islam namun sangat menyokong Islam. Malah dia pernah menolak kontrak syarikat produk Israel yang lumayan nilainya. Dia juga menolak bertukar jersey dengan pemain Israel dan turut menolak untuk diinterview oleh media dari Israel. Alangkah bagusnya jika dapat Islamkan beliau.”
VK pun rasa sejuk hati ketika menemu bual Shamsul Ghau Ghau di sebuah restoran di Bangi. Memang nampak berbeza sungguh beliau yang dulu dengan yang sekarang. Kata Pak Su kepada VK, jangan lupa baca al-Quran setiap hari walaupun sikit. Ini kerana itulah pedoman yang ditinggalkan untuk kita semua sejak dulu sampailah dunia ini kiamat. Terima kasih Pak Su!
Cara Menabung Untuk Orang Boros, Simpan Duit Ikut Hari Bulan. Setahun Boleh Dapat RM5,767!

Ramai yang mengaku punya sikap yang boros. Dapat saja duit gaji memang sudah ada list apa yang dihajati dan mahu dibeli. Duit memang tak lekat di tangan.
Sikap boros ini juga jadi alasan kita tak menyimpan atau menabung. Tapi bagi yang memang mengaku ada sikap boros ini dan berhajat ubah sikap serta mahu menabung mungkin boleh mempraktikkan cara yang dilakukan oleh Ana Sofiana ini.
Ujar wanita ini dia memang ada sikap boros, ada saja duit memang habis dibelanjakan namun dengan cara ini dia berjaya menyimpan setiap bulan antara RM435 hingga RM496.
Caranya adalah dengan menabung kuantiti RM ikut hari bulan. Untuk lebih jelas boleh baca perkongsian beliau ini.
Cara menabung untuk orang boros, setahun boleh simpan RM5,767
Ada saja duit, memang habis dibelanjakan dan tak lekat di tangan. Beli! Yaa! Saya lah tu, boros membeli makanan sampai tidak sedar berat badan naik sudah pula.
Jadi di sini Anaa nak share macam mana Anaa menyimpan duit untuk tahun ni dengan cara paling simple saja. Macam mana tu?
- Menyimpan ikut tarikh/hari bulan
1 hb RM1
2 hb RM2
3 hb RM3
4 hb RM4
Begitulah seterusnya untuk hari-hari lah sampai lah hujung bulan
30 hb RM30
31 hb RM31
Dan ulang benda yg sama untuk bulan bulan seterusnya. Yang penting simpan duit ikut tarikh Hari Bulan yaa!
2. Untuk lebih mudah dan keep on track buat jadual macam ini. Tick setiap hari.
Jadi kalau genap 12 bulan atau setahun, kita akan dapat total RM5,767.
Cara ni sangat berkesan pada orang yg boros berbelanja. Anaa terpaksa skip bulan March, April & May tahun ini sebab waktu PKP, tapi total ada lah juga dapat RM4310.
3. Hasilnya
Duit yang disimpan ini bolehlah;
- Buat deposit beli kereta atau beli barang kesukaan diri
- Untuk wang hantaran atau majlis kahwin
- Nak lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya.
- Boleh guna untuk ubah suai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain
- Untuk reward diri beli untuk apa yg dihajati.
Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2022 ini. Jom menabung!
Sumber: Anaa Sofianaa