Laman

Rumput Sambau Memang Sukar Dihapuskan, Kena Guna Kaedah Ini Baru Mati Terus

Share

Rumput sambau ini memang ada banyak di sekitar rumah kita. Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata semua tempat rumput ini tumpuh. Ia tumbuh merata termasuk di tanah yang selalu dipijak.

Walaupun ditebas, dimesin, dicangkul malah diracun sekalipun rumput ini tetap akan tumbuh Kembali. Sebab itulah ia juga dipanggil rumput liat atau rumput degil.

Kaedah ‘matikan’ rumput sambau, tak tumbuh dah

Namun dikongsi oleh Azhar Che Soh untuk menghapuskan rumput sambau ini sebenarnya ada caranya terutamanya jika mahu menggunakan semburan racun rumput.

Siapa alami masalah rumput sambau ini di halaman rumah. Rumpur ini memang sukar dihapuskan dengan cara biasa. Di sini saya kongsi kaedah paling mudah untuk dipraktikkan bagi mematikan rumput ini yang mana perlu menggunakan semburan racun rumput.

Cara-cara

1- Sembur rumput dengan racun.

2- Selepas diracun, tutup dengan plastik ‘silver shine’. Plastik ini ada dua permukaan berbeza warna. Sebelah hitam sebelah silver yang mana berfungsi untuk cahaya matahari.

3. Pastikan bahagian warna silver diletak di atas, hitam bawah. Biji benih rumput kalau bercambah bawah plastik ni, lama-lama akan mati, sebab gelap dan panas.

4. Tutup rumput dengan plastik silver shine ini dalam tempoh yang agak lama atau sehingga rumput kering, reput dan mati.

Cara ini insya-Allah rumpi akan mati hinggalah ke umbisi.

Nota: Rumput sambau ini jangan sesekali dipotong dan bakar. Ia akan hasilkan lagi banyak benih dan tambah subur. Ini kerana bahagian yang terbakar itu akan jadi baja yang menyuburkannya lagi.

Kaedah matikan selain rumput sambau

Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk mematikan rumput liar sekitar rumah. Antaranya dengan membuat bancuhan berikut;
-500 gram garam
-1 botol cuka
-1 periuk kecil air panas
-2-3 titis pencuci pinggan (Sun Light)

Bancuh garam dan cuka dengan air panas hingga sebati. Kemudian titis pencuci pinggan ke dalam bancuhan.

Kemudian masukkan dalam pam dan boleh sembur pada rumput. Jika sembur waktu pagi, esok akan nampak hasilnya, semua ‘clear’.

Sumber:  Azhar Che Soh

Baca Lagi : Cara Mudah Elak Rumput Tumbuh Celah Batu Bata, Lantai Simen Atau Paver Block Laman Rumah

Published by
VK